Anda di halaman 1dari 3

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.

Anda hanya perlu


menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________

Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:

1. Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula
bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.

Jawapan:___________________________________________________________
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Romzy pulang semula ke
kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
Jawapan: _____________________________________________________________
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu,
keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
Jawapan: ______________________________________________________________
isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

1. Tok Penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat
dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak
kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak
mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat
menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau
bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah
(iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

Jawapan:
i.__________________________________________________________________________
ii _________________________________________________________________________
iii _________________________________________________________________________

beri maksud peribahasa di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut
1. menegakkan benang yang basah
2. bagaikan telur dihujung tanduk
3. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya