Anda di halaman 1dari 53

Astronomi adalah bidang kajian tentang objek

semula jadi di langit


Ahli-ahli astronomi purba daripada Timur
Tengah, China dan India telah membuat
pemerhatian terhadap pergerakan Matahari,
bintang dan Bulan.
Ahli astronomi purba seperti orang Greek telah
cuba menerangkan pergerakan planet dan
bintang
Ahli astronomi
ARISTOTLE
Tahun 384-322 SM
Mencadangkan Bumi
berbentuk sfera dan bukannya
mendatar
Ahli astronomi
ARISTARCHUS
Tahun 200 SM
Ahli astronomi pertama yang
mencadangkan Bumi berputar
pada paksinya dan bergerak
mengikut orbit yang tersendiri
Mengelaskan bintang
berdasarkan kecerahannya
Ahli astronomi
HIPPARCHUS
Tahun 100 SM
Ahli astronomi
CLAUDIUS
PTOLEMY
Tahun 120 TM
Memperkembangkan teori
tentang Sistem Suria
Mencadangkan Bumi adalah
pusat Sistem Suria
Ahli astronomi
NICHOLAS
COPERNICUS
Tahun 1473-1543
Ahli astronomi pertama yang
mencadangkan Matahari
adalah Pusat Sistem Suria
Menyatakan setiap planet
mempunyai orbit sendiri dan
orbit-orbit planet berbentuk
bulatan
Ahli astronomi
GALILEO
GALILEI
Tahun 1564-1642
Mencipta teleskop astronomi
yang pertama dan
menggunakannya untuk
memerhati:
a) Permukaan Bulan
b) Tompok matahari
c) Planet Zuhal dan gelangnya
d) Empat bulan yang
mengorbit Planet Musytari
Ahli astronomi
JOHANNES
KEPLER
Tahun 1571-1630
Menyatakan orbit Bumi
berbentuk elips
Ahli astronomi
ISAAC NEWTON
Tahun 1642-1727
Memperkenalkan hukum
graviti
Mengemukakan idea tentang
satelit semula jadi dan planet
kekal pada orbit masing-masing
adalah berkait rapat dengan
daya tarikan graviti
Mencipta teleskop pantulan
yang pertama
Ahli astronomi
EDMUND HALLEY
Tahun 1656-1743
Menemui Komet Halley
(komet ini diramal muncul
semula setiap 76 tahun)
Ahli astronomi
WILLIAM
HERSCHEL
Tahun 1781
Menemui Planet Uranus
Ahli astronomi
JOHANN G.
GALLE
Tahun 1848
Menemui Planet Neptun
Ahli astronomi
CLYDE W.
TOMBAUGH
Tahun 1930
Menemui Planet Pluto
Penerokaan angkasa lepas pertama kali
dilakukan dari Bumi dengan
menggunakan teleskop
Roket, satelit buatan manusia, stesen
angkasa lepas dan kapal angkasa ulang
alik kemudian dicipta untuk meneruskan
usaha penerokaan angkasa lepas.
16 MAC 1926

Goddard melancarkan roket
bahan api yang pertama ke
angkasa lepas
4 OKTOBER 1957

Pelancaran satelit buatan
manusia yang pertama,
Sputnik 1, ke orbit
mengelilingi Bumi. Satelit ini
tidak membawa sebarang
hidupan
Sputnik 1
3 NOVEMBER 1957

Sputnik 2 dilancarkan ke
orbit
Sputnik 2
13 SEPTEMBER 1959

Kapal angkasa yang
pertama, Lunar 2, dilancarkan.
Namun demikian, kapal
angkasa ini terhempas di
permukaan bulan 24 jam
selepas pelancaran
Lunar 2
12 APRIL 1961

Yuri Gagarin, orang
pertama yang sampai ke
angkasa lepas dalam kapal
angkasanya dan mengorbit
Bumi
27 OGOS 1962

Prob pertama, Mariner 2,
dilancarkan ke Planet Zuhrah
Mariner 2
Yuri Gagarin
28 NOVEMBER 1964

Prob kedua, Mariner 4,
dilancarkan ke Planet Marikh
Mariner 4
3 FEBRUARI 1966

Kapal angkasa Rusia,
Lunar 9, mendarat di
permukaan Bulan. Kapal
angkasa ini tidak membawa
angkasawan
Lunar 9
21 JULAI 1969

Neil Armstrong ialah
angkasawan pertama yang
mendarat di Bulan dalam
kapal angkasa Apollo 11
Apollo 11
1972

Pionner 10 dilancarkan ke
Planet Musytari
Pionner 10
1973

Pionner 11 dilancarkan ke
Planet Zuhal
Mariner 10 dilancarkan ke
Planet Utarid dan Zuhrah
Stesen angkasa lepas,
Skylab, dilancarkan untuk
mengorbit Bumi
Pionner 11
Mariner 10 Skylab
1976

Viking 1 dan Viking 2
mendarat di Planet Marikh
Viking 1
1981

Kapal angkasa ulang-alik
Columbia dilancarkan
1986

Voyager 2 bergerak melintasi
ruang angkasa Uranus
Voyager 2
1989

Voyager 2 bergerak melintasi
ruang angkasa Pluto
25 APRIL 1990

Kapal angkasa ulang-alik,
Discovery, membawa lima
orang angkasawan. Teleskop
Hubble ditempatkan di orbit
Bumi untuk mengumpulkan
maklumat tentang galaksi.
Hubble
Discovery

25 SEPTEMBER 1992

Kapal angkasa Mars
Observer mengorbit Planet
Marikh.

Mars Observer

10 OKTOBER 2007

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor angkasawan Malaysia
yang pertama sampai ke
angkasa lepas

Soyuz TMA-11
Beberapa jenis alat teknologi moden telah
direka untuk meneroka angkasa lepas.
Antaranya ialah:
a) Teleskop
b) Kapal angkasa
c) Stesen angkasa lepas
d) Roket
e) Kapal angkasa ulang-alik
f) Satelit
Terdapat tiga jenis teleskop yang digunakan:
a) Teleskop pembiasan (Refracting telescope)
b) Teleskop pantulan (Reflection telescope)
c) Teleskop radio (Radio telescope)
Teleskop pembiasan (menggunakan kanta),
teleskop pantulan (menggunakan cermin) untuk
mengambil gambar dan menghantar gambar foto
tentang angkasa lepas
Teleskop radio digunakan untuk menerima isyarat
elektrik dan sinaran dari angkasa lepas.
Kini, teleskop astronomi seperti teleskop Hubble
digunakan untuk memerhatikan galaksi
Teleskop pembiasan
Teleskop pantulan
Teleskop radio
Kapal angkasa telah dilancarkan ke angkasa
lepas untuk memperoleh pelbagai maklumat
Kapal angkasa yang membawa angkasawan
dilancarkan oleh roket ke angkasa lepas
Prob ialah kapal angkasa yang tidak membawa
manusia. Contoh: Voyager 2, Viking 1, Pioneer 10
dan Mariner 10
Prob angkasa lepas dilancarkan untuk
mengumpulkan maklumat dengan mengambil
gambar foto tentang Sistem Suria kita. Kemudian
maklumat dihantar balik ke Bumi dalam bentuk
isyarat radio dan diterima di Bumi melalui teleskop
radio.
Kapal Angkasa
Stesen angkasa lepas menyediakan tempat di
angkasa lepas bagi membolehkan
angkasawan menjalankan penyelidikan
semasa di angkasa lepas
Stesen angkasa lepas Rusia, Salyut dan
stesen angkasa lepas Amerika Syarikat,
Skylab, dilancarkan untuk tujuan tersebut
International Space Station ialah sebuah
stesen angkasa lepas yang sedang dibina di
orbit melalui usaha sama 16 buah negara.
Stesen Angkasa
Lepas
Roket digunakan untuk
melancarkan objek-
objek seperti kapal
angkasa atau prob dan
satelit
Roket tidak boleh
digunakan berulang
kali. Hari ini, peranan
roket telah kian diambil
alih oleh kapal angkasa
ulang alik.
Satelit kaji cuaca membantu kita meramalkan
keadaan cuaca dengan tepat
Satelit jenis ini dapat mengesan perubahan
suhu, angin dan tekanan di atmosfera.
Maklumat yang diterima, dapat meramal
tempat dan masa berlakunya ribut,taufan,banjir
dan pasang surut air laut.
Satelit ini dapat mengambil gambar foto sperti
awan, litupan ais serta salji dan menghantar
melalui isyarat ke stesen kaji cuaca.
Satelit dapat membantu ahli geologi untuk
mencari gali minyak dan mineral tertentu
Dengan mengkaji gambar foto yang diambil
daripada satelit, ahli geologi dapat mengesan
kewujudan sumber semulajadi seperti
petroleum, arang batu dan bijih logam yang
terdapat di bawah permukaan Bumi.
Satelit boleh digunakan untuk mengesan tanah
pertanian yang sesuai bagi tanaman tertentu
Dengan foto, satelit dapat mengenalpasti jenis
tanaman yang terdapat di kawasan
penanaman yang tertentu
Dapat memberi maklumat tentang kawasan
penanaman yang telah dijangkiti penyakit
tertentu.
Satelit juga dapat membantu petani mengawal
pengairan dan meramalkan musim kemarau.
Satelit dapat memberi maklumat tentang
produktiviti hutan dan padang rumput, keadaan
habitat hidupan liar, penggunaan tanah hutan,
pengurusan pembalakan, dan tempat yang
sesuai untuk reakreasi.
Dengan itu, perlindungan hutan untuk masa
hadapan dapat dirancang
Satelit juga dapat memberi maklumat tentang
kemusnahan hutan akibat kebakaran,
pembakaran terbuka, serangga perosak atau
penyakit
Satelit membolehkan kita menguruskan
kejadian bencana alam seperti ribut taufan dan
kejadian musim kemarau di sesuatu tempat
Amaran awal dapat diberi kepada penduduk di
kawasan yang terlibat.
Dengan itu, langkah-langkah awal dapat
diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Satelit dapat mengesan pencemaran seperti
tumpahan minyak di laut
Satelit berupaya mengesan kejadian seperti
penipisan lapisan ozon di suatu tempat dan
pemanasan global yang disebabkan oleh
kesan rumah hijau
Satelit dapat membantu pihak tertentu untuk
memerhatikan pangkalan tentera musuh dan
gerak geri pihak musuh.
Keperluan meneruskan
penerokaan angkasa
lepas
Membongkar rahsia Bumi,
planet-planet dan objek angkasa
lepas lain yang tersembunyi
selama ini
Mencari petempatan baru bagi
manusia di Bulan, planet lain,
atau di angkasa lepas
Memperoleh galian seperti
aluminium, kalium, magnesium
dan ferum yang terdapat di
Bulan, planet lain atau asteroid
Mengkaji pendirian stesen jana
kuasa yang menggunakan
tenaga suria di angkasa lepas.
Tenaga suria yang diperoleh
kemudian dihantar balik ke Bumi
END OF
CHAPTER
Created by fariha subri