Anda di halaman 1dari 1

Tuesday, February 10, 2009

PERAYAAN-PERAYAAN DALAM TAHUN BARU CINA 9 - YUANXIAOJIE (CHAP GOH


MEH)
Yuanxiaojie (Perayaan Tanglung)
Yuanxiaojie atau Chinese Vaslentines Day diraikan pada hari ke-15 dalam bulan lu
nar pertama. Hari ini merupakan hari terakhir atau kemuncak terakhir untuk pera
yaan tahun baru. Selepas hari ini, semua orang akan balik ke tempat kerja masing-m
asing. Dipercayai bahawa Yuanxiaojie mula-mula diraikan pada Dinasti Han (206SM221). Dikatakan Maharaja Wudi ingin meraikan kemenangan ketenteraan bersama-s
ama rakyat jelata, baginda pun membenarkan rakyat jelata bersuka ria sepanjang m
alam di ibu kota (pada malam yang lain, ibu kota dikawal ketat dan tidak ada aktiviti
lewat malam)bersama-sama dengan baginda. Aktiviti-aktiviti yang diadakan pada m
alam itu ialah menikmati pelbagai tanglung, pertunjukkan akrobatik, pertunjukan bu
nga api, pembakaran mercun, tarian naga, perarakan besar dan meneka teka-teki ya
ng digantungkan pada tanglung.
Yuanxiaojie juga dikenali sebagai Shangyuanjie, iaitu harijadi kepada Tianguan Dadi
(seorang dewa dalam kepercayaan Taoist). Origin ini kurang diberi perhatian oleh or
ang ramai, hari ini lebih mengerti kepada orang ramai kerana ia merupakan Chines
e Valentines Day kepada kebanyakan orang. Pada zaman dahulu, gadis-gadis adala
h dilarang keluar dari rumah dengan sesuka hati. Pada malam Yuanxiaojie, peratura
n ini dilonggarkan dan pemuda-pemudi dibenarkan bersosial pada malam ini. Cara y
ang paling mudah untuk saling kenal-mengenali ialah melalui meneka teka-teki tang
lung. Cara yang lain adalah adat doa dijodohkan dengan melempar buah ke dalam ai
r (laut/sungai). Orang Hokkian percaya bahawa lelaki yang melempar buah epal ke
dalam air akan mendapat isteri yang baik dan perempuan melemparbuah limau ke d
alam air akan mendapat seorang suami yang baik. Melalui aktiviti lempar-melempar
i buah ini, pemuda-pemudi dapat saling mengenali. Di Pulau Pinang dan Pelabuhan
Klang, aktiviti melempar buah ini masih dijalankan semasa Yuanxiaojie setiap tahun.
Makanan khas pada Yuanxiaojie ialah yuanxiao, iaitu sejenis makanan yang berbent
uk guli dan diperbuat daripada tepung pulut. Yuanxiao dipercayai bahawa adalah na
ma seorang dayang Han Wudi yang kemudian dijadikan nama makanan. Nama ini ak
hir sekali dijadikan nama perayaan tanglung. Yuanxiao adalah sama dengan tangyua
n, iaitu sejenis makanan yang dimakan semasa solstis musim sejuk. Yuanxiao yang b
erbentuk bulat bersimbol kesekutuan, kesempurnaan dan keharmonian sebuah kelu
arga.

Anda mungkin juga menyukai