Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG



KERTAS KERJA MAJLIS
MAKAN MALAM
PIMSP SEMESTER 8 AMBILAN
JANUARI 2011

TARIKH:
OKTOBER 2014


ANJURAN:
GURU PELATIH SEMESTER 8
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
DENGAN KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR





1.0 PENGENALAN
Pertemuan dan permulaan sebuah ikatan persahabatan antara guru pelatih selama
lima tahun setengah ini hampir sampai kepada tiitk perpisahan. Namun sepanjang
tempoh tersebut, ia telah menghasilkan satu simpulan yang utuh dan kuat. Setiap
peristiwa, dugaan dan pengalaman yang manis dan pahit yang mendatang telah
ditempuh bersama dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan guru pelatih. Tidak
dilupakan juga, para pensyarah yang telah bertungkus lumus mengerah keringat
dalam memastikan kesemua guru pelatih mampu menjadi guru yang cemerlang
kelak.
Dalam tempoh lima tahun setengah menjadi penuntut di IPG Kampus Tuanku
Bainun banyak mengajar kami menjadi seorang bakal guru yang berwibawa. Demi
mengabadikan momen terakhir bersama, kami guru pelatih semester 8 ambilan
januari 2011 telah sebulat suara untuk mengadakan satu majlis makan malam
sebagai satu kenangan terakhir kami bersama dengan para pensyarah dan mentor.
2.0 NAMA PROGRAM
#K5NITE Dinner. Majlis pada malam ini akan bertemakan Glamorous Night.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Merapatkan hubungan antara guru pelatih dengan pihak pentadbir, para
pensyarah dan Tutor.
3.2 Meraikan kesemua Tutor yang diibaratkan sebagai ibu bapa angkat
selama berada di IPG Kampus Tuanku Bainun.
3.3 Meraikan kesemua rakan guru pelatih Semester 8 selama 5 tahun
setengah bersama.
3.4 Mengabadikan dan menjadikan salah satu detik terindah terakhir bagi
semester 8 sebelum menamatkan pengajian.
3.5 Menjadi simbolik perpisahan kepada ikatan persahabatan yang terbina
sejak julai 2009.



4.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN
Tarikh : 9 Oktober 2014
Masa : 8:00 malam 11.00 malam
5.0 TEMPAT
Tempat : Penang Golf Resort,
1687 , Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

6.0 PENYERTAAN
Semua guru pelatih semester 8 Ambilan Januari 2011, pengarah dan timbalan
pengarah, para pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan mentor bagi setiap
kumpulan.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Pengerusi : Muhammad Hamdi bin Afandi
Setiausaha : Nur Naiemah Binti Mohd Ibrahim
Bendahari : Soh Fang Yong
Banquet dan Makanan : Muhammad Faez B Nurazman Amrullah
Hadiah dan Cenderahati : Nurul Syuhada Binti Zolkeppley
Grafik dan hiasan dewan : Nur Athirah Awatif Binti Ahmad
Gimik dan Persembahan : Fendy Ting Sie Ying
Jemputan : Nur Izzati Diyanah Binti
Teknikal : Ang Wei Kai
Publisiti : Muhamad Syazwan Bin Mohd Syukri
Videografi : Muhammad Hanif Bin Kamaludi
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 1

9.0 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewanagan adalah hasil daripada kutipan bagi setiap guru pelatih. Kami
juga amat mengharapkan sumbangan wang amanah daripada beberapa pihak
berikut:
(a) Mentor bagi setiap kumpulan.
(b) Syarikat Pembersihan IPG Kampus Tunku Bainun.
(c) Pihak Kantin IPG Kampus Tuanku Bainun.

10.0 PENUTUP
Kami berharap dan berdoa agar segala perancangan dan penyusunan yang telah
dirangka untuk menjayakan program ini dapat dilaksanakan. Semoga Allah SWT
memberikan pertolongan, tawfiq dan hidayah-Nya dalam merealisasikan segala
objektif pelaksanaan program ini dan mampu menjadi satu kenangan abadi yang
tidak akan dilupakan. Akhir sekali, sekalung penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,
.......................................
(NUR NAIEMAH BINTI MOHD IBRAHIM)
Setiausaha,
Majlis Makan Malam #k5NITE.
Diluluskan oleh,
.......................................
(Tn Hj Daud Bin Md Saman)
Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun.




LAMPIRAN 1
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA ANGGARAN CATATAN
1 JAMUAN MAKAN
230 x RM35
RM8050
Guru Pelatih 201
Tutor / Mentor 10
VIP / HEP 10
Lain-lain 9
230
2 SEWA2
RM 500
DEWAN, PA
SYSTEM
3 CENDERAMATA RM 400
4 HIASAN2 RM 200
5 PENGACARA MAJLIS RM 300
RM9450

Anda mungkin juga menyukai