Anda di halaman 1dari 3

20/12/2011

1
PENYELESAIAN MASALAH



ELM 3102
PENYELESAIAN MASALAH
Disediakan oleh:
1. ABDUL RAUB JALUDIN
2. ANISITA BINTI USIN
DEFINISI
Penyelesaian masalah merupakan proses mental
yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif
dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi
kekurangan dan seterusnya menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
Penyelesaian masalah adalah satu cara
menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan
satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,
menghasilkan sesuatu yang diingini, dan
menyelesaikan sesuatu yang rumit.
Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar
membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip
atau teori yang sudah dipelajari.

disertai proses pemikiran peringkat tinggi seperti yang
disarankan oleh Bloom iaitu aplikasi, analisis, sintesis
dan penilaian.
CIRI CIRI PENTING

1.Tujuan penyelesaian masalah ialah ia
membolehkan pelajar berfikir secara
rasional, logik dan objektif apabila
menghadapi masalah

2. Mempertingkatkan daya berfikir pelajar
secara kreatif dan kritis
TUJUAN UTAMA:

I. memberikan peluang kepada pelajar
menggunakan kemahiran yang sudah
dipelajari bagi menyelesaikan masalah
yang berkaitan.

ii.melatih mereka supaya berfikiran kritis dan
kreatif - penting kerana proses berfikir
akan menjurus kepada aktiviti membuat
keputusan.

20/12/2011
2
Kaedah yang boleh digunakan dalam
penyelesaian masalah:

i. kaedah inkuiri penemuan
ii. sumbangsaran
Iii. simulasi
iv. kaedah penyelesaian masalah itu sendiri.
v. kajian masa depan
Pelaksanaan Teknik Penyelesaian
Masalah

I. Mengenal pasti masalah

ii. Mencari maklumat

iii. Membuat hipotesis

iv. Menguji hipotesis

v. Menilai dan membuat rumusan
Aplikasi aktiviti menyelesaikan masalah di
dalam bilik darjah

I. Selepas mempelajari sesuatu topik tertentu murid diminta
menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi oleh guru.
ii.Masalah yang diberi oleh guru perlu mengambil kira pengetahuan
dan pengalaman sedia ada pelajar.
Iii.Guru perlu menerangkan langkah-langkah penyelesaian untuk
panduan murid.
iv.Guru perlu mengelak daripada memberikan jawapan kepada
permasalahan yang dikemukakan.
v. Guru hanya membimbing mereka mencari jalan dan alternatif
untuk menyelesaikan masalah untuk melatih mereka berfikir
dengan cara yang kreatif dan pelbagai.
6. Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta
mengemukakan contoh-contoh baru bagaimana
kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh
diaplikasikan

7.Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan,
alternatif-alternatif lain dikemukakan

8. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia
mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan
pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar
dalam pelajaran
Contoh Penyelesaian Masalah
Unit 7: PAKAIAN LAMBANG PERIBADI (m/s 31- PM Thn 5 )
Objektif:
I.berpakaian mengikut situasi dan tidakketerlaluan
ii.bersikap sederhana dan tidak keterlaluan dalam berpakaian
Nilai kesederhanaan
Kesederhanaan dalam memilih pakaian
Masalah A:
Remaja kini sering berpakaian tidak sopan dan mencolok
mata. Bagaimanakah cara mengatasi gejala berpakaian
kurang sopan di kalangan remaja masa kini?



NILAI BOLEH DITERAPKAN MELALUI:
I.Guru sebagai role model
ii.Bahan - Isi / kandungan yang terdapat
dalam isu atau permasalahan yang
diketengahkan.
Iii. Aktiviti murid
20/12/2011
3
KELEBIHAN
I.pelajar dapat menggunakan akal fikiran mereka dalam
menjana idea.
II.pelajar tidak lagi mengamalkan konsep menghafal kerana
pelajar perlu itu tahu, faham dan boleh diaplikasikan dalam
setiap masalah yang diberi.
III.lebih senang untuk berkomunikasi dan berani untuk
berkomunikasi berpusatkan pelajar. Ini bermakna melalui
kaedah ini pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan
pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan merangsang
minda pelajar untuk lebih kreatif dan kritis.
iv. mendidik pelajar beinteraksi secara diplomasi


KELEMAHAN
I. penggunaan masa.
Memandangkan terlalu banyak topik dan isi kandungan yang
perlu dihabiskan mengikut masa yang telah ditetapkan maka
banyak aktiviti tidak dapat dijayakan di mana adakalanya pelajar
tidak sempat membentangkan hasil projek mereka. Risikonya,
objektif tidak tercapai.
II.Selain itu disebabkan kebanyakkan pendekatan masalah
menggunakan aktiviti berkumpulan maka di sini akan timbul
pelajar yang tidak membuat kerja iaitu hanya pada nama sahaja.
SEKIAN ADANYA....

WASSALAM

SEMOGA MASALAH ANDA AKAN
SELESAI...

Anda mungkin juga menyukai