Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2012/2013


TARIKH : 18 MEI 2012 20 MEI 2012
HARI : JUMAAT HINGGA AHAD
TEMPAT : HOTEL LANGKASUKA, LANGKAWI


ANJURAN
JABATAN HAL EHWALPELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN


1.0 RASIONAL PROGRAM
Kemahiran fasilitator dan daya kepimpinan sangat penting kepada setiap guru
pelatih yang menjadi ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Mereka perlu
didedahkan serta dimantapkan kemahiran fasilitator dan daya kepimpinan kerana
mereka adalah wakil bagi semua pelatih di IPG. Ianya sangat penting dan berguna
terutama ketika mengendalikan aktiviti di IPG masing-masing. Maka kursus ini sangat
penting diberikan kepada JPP demi mencapai hasrat tersebut.

2.0 MATLAMAT PROGRAM
Sebagai memenuhi keperluan guru pelatih demi membina dan memantapkan
kemahiran fasilitator dan daya kepimpinan mereka, peserta akan didedahkan dengan
pelbagai teknik dan kemahiran fasilitator dan pembinaan bakat kepimpinan. Apabila
mereka diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti di IPG, mereka akan lebih
berkeyakinan dan faham terhadap tugas yang telah diamanahkan.
Peserta akan dapat menjadi pemimpin atau ketua yang berkeyakinan tinggi,
mahir berkomunikasi dan tahu bertindak ketika melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka. Semoga kursus ini akan mencapai matlamat dengan
jayanya.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi pendedahan tentang kemahiran sebagai pemimpin.
2. Memberi pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab JPP.
3. Membina semangat kerjaberpasukan dengan ahli kumpulan.
4. Membina kemahiran mengendalikan LDK.
5. Memberi kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
6. Mencungkil bakat kepimpinan guru pelatih

4.0 SASARAN
Seramai 25 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

5.0 ANJURAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.
6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penaung
Pengarah IPGKTB
Pn. Tumerah bt Rosmin

Penasihat
Timbalan Pengarah IPGKTB
Tn. Hj. Daud b. Md. Saman

Pengerusi
Pengurus Modal Insan
En. Mansor b. Ahmad

Pen. Pengurusi
KJ Jabatan HEP
Tn. Hj. Abu Bakar b. Othman

Setiausaha
Pn. Hjh. Noraini bt. Ismail

Pendaftaran
Pn. Zarina bt. Zainul Abidin


Pengangkutan/Penginapan
Pn. Hjh. Noraini Ismail

Disiplin
En. Shahidan b. Hashim

Agama dan Moral
Tn. Hj. Mohd. Subki b. Mohamad
Dr. Tan Cheng Im

Dokumentasi
En. Mohammad Ikram b. T Roslan

Pensyarah Pengiring
Dr. Tan Cheng Im
En. Shahidan b. Hashim

7.0 KANDUNGAN KURSUS
1. Ice Breaking En. Ahmad Shukri b. Ghazali
2. Kemahiran Komunikasi Pn. Hjh. Noraini bt. Ismail
3. Tugas dan Tanggungjawab JPP En. Mohd. Saat b. Abbas
4. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Dr. Tan Cheng Im
5. Kembara En. Omar Saifuddin b. Ahmad
6. Persembahan Kepimpinan En. Omar Saifuddin b. Ahmad
7. Refleksi Pn. Hjh. Noraini bt. Ismail

.