Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG




KERTAS KERJA KARNIVAL PELAJAR IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2013


TARIKH:
28 JANUARI 2013 - 4 FEBRUARI 2013


TEMPAT:
Kawasan sekitar IPG Kampus Tuanku Bainun

ANJURAN:

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun 2012/2013.



KARNIVAL PELAJAR IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2013

1.0 PENGENALAN
Karnival ini merupakan program yang telah direncanakan oleh
kepimpinan Jawankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/13. Karnival pelajar ini
merupakan satu rencana yang akan direalisasikan bagi menggapai gagasan
untuk meningkatkan tahap mutu guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.
Dengan wujudnya program seumpama ini, semua guru pelatih di Kampus
Tuanku Bainun dapat berkongsi pengetahuan, dan budaya di samping dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mereka dan ianya
secara tidak langsung dapat membuka minda dan pandangan mereka terhadap
konsep keilmuan, kebudayaan, dan kesukanan ke arah yang lebih positif.
Selain itu, karnival ini merupakan wadah memberi peluang kepada pihak
penganjur iaitu, kepimpinan jawatankuasa perwakilan pelajar untuk menghargai
guru pelatih melalui seberapa banyak aktiviti yang dianjurkan supaya mereka
dapat menjadi bakal pendidik yang lebih produktif dan dinamik.

Maka dengan ini, diharapkan karnival ini mampu memberi persediaan
untuk guru pelatih bagi melahirkan pendidik yang berketrampilan, berwawasan
dan berkepimpinan bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.








2.0 RASIONAL
Program Karnival Pelajar merupakan satu keperluan dan peluang yang
harus dilaksanakan oleh ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013, IPG
Kampus Tuanku Bainun bagi meningkatkan mutu kepimpinan dan pengurusan
di samping memantapkan pembangunan kendiri agar menjadi modal insan yang
cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kemahiran kepimpinan
kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Adalah diharapkan setelah
melaksanakan program ini, semua ahli jawatankuasa akan memperolehi
pengalaman dan kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang dapat membantu
mereka apabila bertugas ke sekolah.
Di samping itu, program ini juga dapat memberi manfaat dan input yang
berguna kepada guru pelatih melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang
karnival ini berlangsung.
3.0 MATLAMAT
Program Karnival Pelajar ini sebenarnya mempunyai matlamat serampang dua
mata. Program ini mampu memberi bimbingan dan kemahiran kepada Ahli
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dalam mendapat pengalaman
sebenar untuk merancang dan melaksanakan program. Tambahan pula,
program ini mampu melahirkan keyakinan dalam diri Ahli Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar 2012/2013 dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan
kendiri. Melalui program ini juga, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat
berkongsi idea serta pendapat bersama guru pelatih yang lain mengenai hal
keilmuan, kebudayaan, dan kesukanan. Selain itu juga, program ini membantu
untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih di IPG Kampus
Tuanku Bainun.


4.0 OBJEKTIF
Objektif karnival ini adalah:-
1.1 Ahli jawatankuasa perwakilan pelajar, selaku pihak pengajur dapat
mempelajari kemahiran mengurus dan mengendalikan program
1.2 Berkongsi idea mengenai konsep keilmuan, kebudayaan, dan kesukanan.
1.3 Merapatkan ukhuwah silaturahim antara guru pelatih.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
5.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 28 Januari 2013- 4 Februari 2013
iaitu pada hari Isnin sehingga hari Isnin minggu berikutnya.
5.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.


6.0 TEMPAT PELAKSANAAN

6.1 Tempat yang dicadangkan untuk karnival ini ialah di kawasan sekitar IPG
Kampus Tuanku Bainun.

7.0 KUMPULAN SASARAN

7.1 Guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun

8.0 PENGISIAN / TENTATIF PROGRAM
8.1 Karnival Pelajar bermula dari hari pertama hingga hari terakhir iaitu pada
28 Januari 2013 4 Februari 2013 (Sila Rujuk Lampiran I)

9.0 BELANJAWAN
(Sila Rujuk Lampiran II)










10.0 AHLI JAWATANKUASA

10.1 JAWATANKUASA INDUK

Penaung
Tuan. Haji Daud bin Md Saman
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

Penasihat
Tuan Hj. Abu Bakar bin Othman
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun

Ketua Penyelaras
Encik Mohd Saat bin Abbas
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Tuanku Bainun

10.2 AJK PELAKSANA

Pengerusi : MOHD KHAIROL ANUAR B ZAKARIA
N.Pengerusi : HAMIDAH BT JAMALUDIN
Setiausaha : ZHARIF ASYRAF B KHOZALI
Naib Setiausaha : NURUL HIDAYATI BT MANAS
Bendahari : SOH FANG YONG
Ajk Aktiviti : SEMUA EXCO JPP





11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan. Semoga segala input ilmu dan pengalaman yang bakal kami
perolehi sepanjang karnival ini berjalan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kami dan
sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan
sahaja dalam akademik, malahan sahsiah diri dan kepimpinan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Proses pembelajaran boleh kami dapati melalui buku dan
manusia, tetapi apa yang kami alami sendiri itulah pengalaman berharga selamanya
bak kata pepatah, pengalaman merupakan pendidik yang paling baik.
Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ _________________________________
(ZHARIF ASYRAF BIN KHOZALI) (MOHD KHAIROL ANUAR B. ZAKARIA)
Setiausaha Agong Kehormat Yang Dipertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2012/2013 Sesi 2012/2013
IPG Kampus Tuanku Bainun. IPG Kampus Tuanku Bainun.








PENGESAHAN DAN KELULUSAN PROGRAM AKTIVITI IPG KAMPUS TUANKU
BAINUN


Ulasan Pensyarah Penasihat:

............................................. ...................................
............................................. ( )
.............................................
............................................. Tarikh:


Ulasan Ketua Jabatan/Unit:

............................................ ...................................
............................................ ( )
............................................
............................................ Tarikh:


Ulasan Unit Kewangan:

............................................ ..................................
............................................ ( )
............................................
............................................ Tarikh:


Ulasan KUKP:

............................................ ..................................
............................................ ( )
............................................
............................................ Tarikh:


Ulasan/Kelulusan Pengarah:

............................................ ....................................
............................................ ( )
............................................
................................................ Tarikh:


LAMPIRAN I
TENTATIF PROGRAM

Bil
Tarikh &
Masa
Nama aktiviti PIC
1
24 Januari
2013
This is For You
(sempena Hari Keputeraan Nabi
Muhammad)
Exco Kebajikan
2
29 Januari
2013
Pameran Karnival Makanan

Street Soccer ( Lelaki & Perempuan)

Ceramah Tabiat Sultan Muhammad Al-
Fateh oleh Ustaz Ashari
Exco Kantin &
Kafeteria
Exco Sukan &
Rekreasi
Exco Agama &
Moral

5
30 Januari
2013

Jualan makanan

Street Soccer ( Lelaki & Perempuan)

Exco Kantin &
Kafeteria
Exco Sukan &
Rekreasi
6
31 Januari
2013
Hari Rawatan Percuma : rawatan gigi, ujian
AIDS, dsb.

Exco Kebajikan

Exco Sukan &
Rekreasi
7
1 Februari
2013
Pertandingan Boling
Exco Sukan &
Rekreasi
8
4 Februari
2013
Perasmian Penutupan Karnival Guru Pelatih
Pelancaran Sudut Jana Minda
Konsert Amal Palestin - Undangan khas,
PEKIN (Pelakon, penyayi, & pengarang
buku)
Pertandingan Video

Semua ahli
JPP




LAMPIRAN II
ANGGARAN PERBELANJAAAN