Anda di halaman 1dari 3

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Teori segitiga semiotik dipelopori oleh Richard dan Ogden. Teori Semiotik bermula pada 1960-
an di Eropah, khususnya Perancis. Teori ini percaya bahawa ilmu tanda merupakan satu sains
sosial yang penting kerana ia dapat mendatangkan atau menzahirkan makna-makna dan
signifikasi tertentu. Pemikiran tentang lambang` ini terus meluas terutama apabila karya pemikir
Perancis diterjemahkan.
Teori ini menitikberatkan soal kebahasaan dengan penumpuan kepada sistem perlambangan
dan petanda dalam teks. Semiotik mungkin bermula awal, iaitu semenjak zaman Plato lagi.
Namun, untuk beberapa tempoh waktu, ia tidak dipentingkan terutamanya dalam era penolakan
epistimologi teori ini. Walau bagaimanapun, selepas kurun ke-17, Semiotik muncul semula
dengan lebih bertenaga. Beberapa cadangan supaya kajian secara mendalam tentang bahasa
yang lebih sistematik perlu diwujudkan telah disuarakan oleh ramai pemikir falsafah seperti
Ferdinand de Saussure dan Charles Sander Peirce. Idea Semiotik bertolak daripada idea-idea
struktural Fredinand de Saussure seorang ahli linguitik Perancis yang sangat terkenal dengan
kajian ilmu kebahasaan.
Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa, bahasa terbina dalam struktur
yang mengandungi tanda-tanda dan setiap tanda dalam bahasa itu memiliki makna yang
tersendiri. De Saussure mengunakan istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda dalam
sistem bahasa dapat dikaji secara saintifik. Menurut Saussure, bahasa adalah suatu sistem
tanda yang berfungsi melalui sebuah koda operasional oposisi binari (Mana Sikana,2005: 34).
Oposisi binari inilah yang menghasilkan makna-makna.
Seorang lagi tokoh penting teori Semiotik ialah Sander Pierce. Tidak sebagaimana De
Saussure, Pierce menggunakan istilah semiotik. Beliau dianggap sebagai tokoh pertama yang
menggunakan dan mempopularkan istilah semiotik ini yang kemudiannya dikenali dengan nama
teori Semiotik oleh pengkaji kemudian. Semiotik menghubungkan tanda-tanda dengan psikologi
manusia, manakala semiologi De Saussure memisahkannya.
Istilah Semiotik berasal daripada perkataan Greek daripada akar kata semeion yang membawa
maksud sains umum yang mengkaji sistem perlambangan dalam segenap kehidupan manusia.
Istilah telah digunakan oleh Charles Sander Peirce untuk merujuk kepada satu cabang
autonomous sains. Beliau membezakan tiga jenis lambang iaitu ikonik, indeksikal dan simbolik
(Terry Eagleton,1993: 111).
Di antara Peirce dan Saussure ada perbezaan yang jelas dalam penekanan terhadap lambang
ini. Saussure merujuk lambang secara wewenang kepada penandanya.
Idea semiotik dan semiologi yang dikemukakan oleh Sander Pierce dan De Saussure terus
dibahas dan dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain yang turut mendokong idea ini. Antara tokoh-
tokoh yang telah menggunakan dan mengembangkan idea semiotik ini ialah Umberto Eco,
Roland Barthes, Jonathan Culler, Charles Morris, Micheal Rifatarre, Jurij Lotman dan lain-lain.
Pengasas utama teori Semiotik dalam kesusasteraan ialah Jurij M. Lotman yang menulis kertas
kerja dalam buku mengenai teori dan metodologi semiotik (Mana Sikana,1990: 18). Lotman
memberi perhatian kepada semantik sastera dengan melakukannya atas dasar dan tanggapan
bahawa setiap tanda harus memiliki makna. Menurut Lotman lagi, karya sastera mempunyai
sistemnya yang tersendiri, oleh itu interpertasi harus bersandarkan kepada struktur linguistik
dan dihubungkan dengan fenomena budaya dan pemikiran masyarakat. Dengan ini, kita dapat
menyatakan Lotman menganggap teks semiotik meliputi teks kesusasteraan dan teks linguistik.













Berdasarkan teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang
berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau
bentuk kata, rujukan dan konsep seperti dalam rajah dibawah.
Lakaran Teori segi tiga semiotik Ogden dan Richards (1949)
Fikiran





Simbol (Perkataan) Rujukan ( Benda atau perkara)

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship) dengan kedua-
dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) atau (referen). Bentuk kata (lambang)
mempunyai hubungan yang tidak langsung ( indirect relationship) dengan rujukan lain iaitu
(benda). Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.
Kajian ini dijalankan untuk melihat aspek penggunaan teori ilmu semiotik dalam puisi
tradisional iaitu pantun. Toeri semiotik merupakan ilmu yang mencakup pelbagai disiplin ilmu
yang ada seperti kajian bahasa terutamanya, tanda (sign), simbol, seni bina dan reka bentuk
visual. Banyak kajian-kajian terdahulu dijalankan berkenaan dengan semiotik baik semiotik
terhadap bahasa, reka bentuk lambang atau logo mahupun . Kerangka
konsep dalam penelitian ini menggunakan semiotik Peirce (1839-1914), seorang tokoh
falsafah Amerika yang paling asli dan argumentatif (Alex, 2009). Tanda Peirce (1839-
1914) memberi fokus pada tiga aspek iaitu ikon, indeks dan simbol.

Anda mungkin juga menyukai