Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan PJM3103E, iaitu
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Saya Faez bin Mohd Jawawi sangat berbesar
hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan
berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Reaksi saya selepas menyelesaikan
tugasan ini sangat gembira kerana saya tidak menyangka bahawa telah berjaya
menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat
juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan.
Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai spektrum
pengajaran Pendidikan Jasmani oleh Mosston dan Ashworth (1997). Bahan rujukan yang
berkaitan tajuk ini sukar dicari terutamanya dalam bentuk buku dan dokumen bertulis. Jadi,
saya juga telah menambah sumber rujukan lain dengan mencari maklumat-maklumatyang
berkaitan di internet disebabkan maklumat-maklumat yang saya peroleh mengenai tajuk ini
agak terhad. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugasan ini kerana tidak
begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, setelah telah diterangkan
dengan lebih lanjut mana-mana kehendak soalan yang saya tidak faham oleh pensyarah,
Encik Mahamad Ali. Saya amat bersyukur, akhirnya dapat juga memahami kehendak soalan
yang sebenar.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, saya sebelum ini tidak mempunyai asas dalam
subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani. Nota-nota yang telah diberikan oleh
Mahamad Ali telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Saya telah
memperoleh maklumat-maklumat penting dari perpustakaan dan saya juga telah mennyalin
semula untuk memahami tajuk yang diberikan di dalam soalan kerja kursus. Pada mulanya,
ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun, berkat doa dan pertolongan pensyarah,
saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan
tanpa berlengah.
Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya mendapat pelbagai
pengetahuan tentang spektrum pengajaran Pendidikan Jasmani oleh Mosston dan Ashworth
(1997). Antara yang saya perolehi antaranya adalah, saya dapat mengetahui serba sedikit
tentang aspek pengajaran yang telah diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
oleh kedua-dua tokoh tersebut. Saya dapati bahawa, Mosston dan Ashworth telah
membahagikan gaya pengajaran kepada dua aspek iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan
murid. Gaya pengajaran berpusatkan guru termasuklah gaya arahan, gaya latihan, gaya
resiprokal, gaya semakan kendiri, dan gaya inklusi. Gaya pengajaran berpusatkan murid
pula termasuklah gaya penemuan terbimbing, gaya penemuan tertumpu, gaya penemuan
tercapah, program reka bentuk individu, gaya ikhtiar pembelajaran dan gaya pengajaran
kendiri. Melalui pengetahuan yang saya peroleh daripada gaya-gaya pengajaran ini, saya
boleh menggguna pakai mengikut kesesuaian apabila melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas nanti. Oleh itu, gaya-gaya pengajaran yang telah
diperkenalkan sememangnya banyak membantu saya dalam menempuh cabaran menjadi
seorang guru.
Tugasan SJH 3105 ini juga merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu
pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tak langsung
telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan dalam melaksanakan pengajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, spektrum pengajaran
Pendidikan Jasmani oleh Mosston dan Ashworth (1997) diperkenalkan bagi membantu guru
melaksanakan gaya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berdasarkan objektif
yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, saya juga perlu mengambil kira tahap kebolehan
murid yang saya hadapi supaya bersesuaian dengan gaya pengajaran yang digunakan. Jika
saya dapati kebanyakan murid di dalam kelas mempunyai tahap akademik yang kurang
memuaskan, saya perlu bijak memilih gaya yang bersesuaian.
Seterusnya, saya juga mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk sesi pengajaran Pendidikan Jasmani. Setelah
berjaya menghasilkan RPH, saya dapati bahawa RPH merupakan perkara yang amat
penting kerana ianya menggambarkan persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum
mengajar. Sebagaimana hebatnya seorang guru itu atau seberapa lama guru tersebut telah
mengajar, mereka masih perlu menyediakan RPH sebelum masuk ke kelas untuk mengajar.
Hal ini demikian kerana dengan adanya RPH tersebut, seseorang guru itu dapat
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dengan lancar. Set
induksi, pengenalan pada langkah 1, perkembangan pada langkah 2, langkah 3, dan
penutup adalah komponen-komponen di dalam RPH yang akan membantu guru dalam
merangka perjalanan pengajarannya mengenai sesuatu topik tersebut. Ini membolehkan
guru bersedia untuk masuk ke kelas.
Sesungguhnya tugasan ini mempunyai kecacatan dan kekurangan disebabkan
kurangnya pengetahuan dan sumber rujukan. Walauapapun, tunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu saya mendapatkan maklumat bagi
menyiapkan tugasan ini. Kekurangan dan kecacatan ini memberikan pengajaran kepada
saya supaya dapat melakukan tugasan yang lebih baik pada masa depan. Saya
menganggap masalah dan juga kekurangan ini sebagai satu cabaran yang dapat
mematangkan diri ini. Tanpa cabaran, saya akan menjadi seorang terlalu selesa dan tidak
mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Akhir sekali, saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan
dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan ini telah membuka
perspektif baru kepada saya dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan
maklumat serta mengenai pengurusan bilik darjah. Dengan siapnya tugasan ini, ia
memberikan saya satu dimensi baru mengenai subjek PJM3103E. Ia secara tak langsung
telah menjadikan saya seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif
terhadap tugasan. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat
belajar kelak. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Encik
Mahamad Ali bin Abd. Rahman.

Anda mungkin juga menyukai