Anda di halaman 1dari 13

PERIBAHASA

PERIBAHASA

Ialah ayat atau kelompok kata
yang mempunyai susunan yang
tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu
Jenis-jenis
peribahasa
Kata-kata hikmat
perumpamaan
Simpulan bahasa
bidalan
pepatah
perbandingan

1
Perumpamaan




























Perumpamaan










Merupakan jenis peribahasa yang
membandingkan sesuatu dengan yang lain.
Biasanya, maksud perumpamaan berlainan
daripada kelompok kata yang
membentuknya.
Biasanya, ia menggunakan kata-kata
bandingan seperti bagai, laksana, seperti,
umpama, ibarat dan macam untuk
mengiaskan sesuatu secara perbandingan


Perumpamaan Maksud Contoh ayat

1. Bagai pinang
dibelah dua

Pengantin yang
sama padan

Pasangan pengantin itu
bagai pinang dibelah dua
kerana kedua-duanya sama
cantik dan berpelajaran

2. Bagai
menatang
minyak yang
penuh


Memelihara anak
dengan penuh
kemanjaan dan
kasih sayang


Encik Rahmat dan isterinya
menjaga anak mereka bagai
menatang minyak yang
penuh kerana itulah satu-
satunya anak yang dimiliki
mereka.



3. Seperti katak
di bawah
tempurung


Orang yang cetek
pengetahuannya

Seman seperti katak di
bawah tempurung kerana
dia langsung tidak
mengetahui perkembangan
dunia


4. Seperti ular
kena palu


Keadaan jalan,
lorong atau sungai
yang bengkang-
bengkok

Keadaan jalan Kuala Pilah-
Seremban yang seperti ular
kena palu membahayakan
pengguna jalan itu.


5. Bagai kacang
lupakan kulit

Orang yang tidak
tahu mengenang
budi

Zamani terus menjaga ibu
bapa angkatnya yang banyak
berjasa kepadanya kerana dia
tidak mahu dikatakan bagai
kacang lupakan kulit.

S Simpulan Bahasa


2
Simpulan
Bahasa
Maksud Contoh ayat
1. Ada angin Berubah perangai
kerana jiwa
tergangu
Adik beradik Abang Rafi tidak
berani menganggunya kerana
abangnya ada angin.

2. Ada hati Ingin memiliki
sesuatu
Walaupun gajinya rendah,
Effa tetap ada hati untuk
membeli rumah yang besar.

3. Berat mulut Orang yang
pendiam
Amir memang berat mulut
kerana sepatah ditanya,
sepatah dijawab

4. Berat
tangan
Bersifat malas Hidupnya agak susah ekoran
perangainya yang berat
tangan.

Bidalan


3
-Merupakan sejenis peribahasa yang
mengandungi nasihat dan pengajaran
yang benar.
-Biasanya, ia merupakan ungkapan
pendek yang melekat di mulut orang
Bidalan Maksud Contoh ayat
1. Ada gula ada
semut
Tempat yang menjadi
tumpuan kerana ada
sesuatu yang menarik
Ramai buruh asing datang
ke negara kaya kerana
ada gula ada semut.
2. Ada udang di
sebalik batu
Melakukan sesuatu
tetapi ada tujuan lain
di sebaliknya
Tindakan Amir memberi
hadiah kepada Mira ada
udang di sebalik batu
kerana dia ingin memikat
gadis itu.
3. Rosak badan
kerana mulut
Mendapat masalah
akibat terlanjur kata
Sikap Mak Minah yang
suka mengumpat tidak
ubah seperti rosak badan
kerana mulut kerana dia
telah dilempang oleh
orang yang diumpatnya.

Pepatah
4
-Ialah sejenis peribahasa yang
berangkap

- biasanya terdapat pengulangan
kata yang berperanan sebagai
penegasan atau sebagai unsur-unsur
pengajaran yang hendak
disampaikan.
Pepatah Maksud Contoh ayat
1. Di mana bumi
dipijak, di situ langit
dijunjung
Kita hendaklah
mematuhi adat dan
istiadat di mana-
mana kita berada
Robert menjalani hidup
mengikut adat resam
penduduk setempat
kerana baginya di mana
bumi dipijak, di situ
langit dijunjung

2. Bagaimana
acuan, begitulah
kuihnya
Perangai anak
biasanya mengikut
orang yang
mengasuhnya
Perangai Ahmad saling
tidak tumpah seperti
ayahnya kerana
bagaimana acuan,
begitulah kuihnya.

3. Masuk telinga
kanan, keluar
telinga kiri
Tidak mendengar
nasihat
Kini dia terjebak dalam
kancah penagihan dadah
kerana nasihat ibunya
masuk telinga kanan
keluar telinga kiri.
Kata-kata Hikmat
5
Ungkapan yang
mengandungi
pengertian,
pengajaran, atau
falsafah yang
berguna
Biasanya, ringkas
tetapi bernas dan
mudah disebut.
Digunakan sebagai
cogan kata atau kiasan
dalam pertutuan dan
penulisan
Kata-kata
hikmat
Maksud Contoh ayat
1. Masa itu
emas
Masa sangat berharga Kita tidak boleh membuang
masa kerana masa itu
emas.

2. Ilmu itu
pelita hidup
Ilmu pengetahuan
menjamin kehidupan
seseorang
Kita tidak harus jemu
menuntut ilmu kerana ilmu
itu pelita hidup.

3. Bahasa jiwa
bangsa
Bahasa ialah
semanagt sesuatu
bangsa
Penduduk negara ini sangat
megah menggunakan bahasa
kebangsaan mereka kerana
bahasa jiwa bangsa.

4. Muafakat itu
berkat
Sifat bekerjasama
membawa manfaat
kepada semua pihak
Seluruh penduduk kawasan
itu sentiasa bermuafakat
dalam melakukan sesuatu
kerana muafakat itu
berkat.