Anda di halaman 1dari 2

Kementerian: Titas subjek universal

19 Julai 2013
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0
Morshidi Sirat
< 1 / 1 >
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menegaskan kebimbangan pihak tertentu yang
berpandangan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai berunsurkan Islam dan
tidak sesuai bagi pelajar bukan Islam adalah tidak tepat.

Sebaliknya Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Morshidi Sirat berkata melalui
subjek itu para pelajar diberi ruang untuk lebih mengenali tamadun kumpulan etnik di Malaysia.

"Sistem pendidikan luar negara seperti Amerika Syarikat juga menawarkan mata pelajaran wajib di
institusi pengajian tinggi negara masing-masing untuk diambil pelajar tempatan dan antarabangsa,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan ingin menjelaskan bahawa kandungan kursus Titas bukan hanya
mengandungi tamadun Islam tetapi juga tamadun Melayu, Cina, India dan masa depan tamadun,
kata Morshidi.

Morshidi berkata penawaran Titas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)bertujuan memberikan
pendedahan kepada pelajar mengenai tamadun-tamadun yang wujud dalam persekitaran Malaysia
yang telah menyumbang kepada pembentukan jati diri dan sahsiah serta sistem nilai yang diamalkan
dalam negara, pada masa kini.

Menurutnya Titas telah bermula sejak tahun 2006 di IPTA dan wajib diambil semua pelajar Melayu,
Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

"Pelajar yang mempelajari subjek itu juga tidak menghadapi sebarang masalah termasuk pelajar
bukan Islam yang turut memperoleh keputusan cemerlang," katanya.

Morshidi berkata terdapat pihak tertentu yang bimbang penggunaan Bahasa Melayu dalam
pembelajaran Titas yang akan mendatangkan masalah kepada pelajar tempatan yang tidak pernah
mengikuti sistem pendidikan Malaysia.

"Dalam hal ini kaedah pengajaran yang berinovatif dan kreatif serta menggunakan teknologi mampu
mengatasi kebimbangan tersebut," katanya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
usaha kerajaan mewajibkan subjek Titas kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan
tidak akan mengislamkan pelajar bukan Islam di negara ini. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai