Anda di halaman 1dari 13

TAFSIRAN PENAMPANG 1

1. Rasulullah dengan yang orang sentiasa mereka sir


2. Asa pada Dewata yang Mulia Raya memberi menamakan negara Agama
Islam
3. Dengan benar bicara dari diajar mengesahkan bagi sekalian hamba Dewata
Mulia Raya
4. Di Benua aku ini penentu agama Rasulullah s.a.w. Raja Mandalika yang
benar secara Islam Dewata Mulia Raya
5. Bahumi ini penentu itu fardhu pada sekalia Raja Mandalika
6. Islam menurut sembah Dewata Mulia Raya
7. Dengan benar bicara secara hal ehwal kerana Hukum Mu Asma Illahi Mu
8. Maka titah Seri Paduka Tuhan menduduki Tamir ini di benua Terengganu ini
ada purnama ada
9. Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di Sasakala
10. Baginda Rasullullah telah lalu Tujuh Ratus Dua
TAFSIRAN PENAMPANG 2

1. Keluarga di benua jauh jika (minta bahagian)
2. Datang berikan. Keempat (derma) orang berpiutang
3. Jangan mengambil (laba jika diambil) hilangkan emas
4. Kelima derma barang orang (laki-laki) merdeka
5. Jangan mengambil tukul (buat pakai) emas
6. Jika ambil hilangkan emas. Keenam derma barang
7. Orang berbuat balacara laki-laki perempuan satitah
8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu
9. Seratus rotan. Jika beristeri
10. Atau perempuan bersuami ditanam hinggakan
11. Pinggang di hambalang dengan batu matikan
12. Jika ingkar (balacara) hambalang jika anak Mandalika
TAFSIRAN PENAMPANG 3













1. Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika........
2. Menteri bujang dandanya tujuh tahil (sepaha)........
3. Tengah tiga, jika tertua (ketua) bujang dandanya lima (tahil).....
4. Tujuh tahil sepaha masuk bendahara, (jika) orang.......
5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak (berkahwin)........
6. Tiada dapat bersuami, jika berbuat balacara jika tiada (saksi)

TAFSIRAN PENAMPANG 4

1. ......tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma
2. .......(Titah) Seri Paduka Tuhan siapa tiada terpedaya dendanya
sepuluh tengah tiga
3. ........jika anakku atau pamanku atau cucuku, atau
keluargaku atau anak (saudaraku)
4. ........Tamir ini segala isi Tamir barang siapa tiada mengikut
Tamir ini laknat Dewata Mulia Raya
5. .........dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgarcara Tamir ini

TAFSIRAN BATU BERSURAT KUALA BERANG
Batu Bersurat Terengganu adalah bukti paling awal untuk menelusuri tahap terakhir
dalam evolusi bahasa Melayu praklasik karena prasasti ini telah menggunakan aksara
Jawi untuk menuliskan ekspresi dalam bahasa Melayu. Selain itu, Batu Bersurat
Terengganu juga membuktikan bahwa hukum agama Islam (fikih) dalam bidang
pemerintahan telah dikenal dan dipraktekkan di Kepulauan Melayu pada abad ke-14 itu,
karena prasasti di dalam tersebut diungkapkan seruan kepada penguasa untuk
meyakini keimanan dalam Islam dan mengamalkan ajaran-ajaran nabi Muhammad
SAW.
Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika
iaitu pemerintah pada masa itu yang telah memerintah dan melaksanakan syariat
Islam.Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang
terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan
hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.
Setelah kami membaca dan meneliti pelbagai bahan bacaan, kajian dan
menonton video berkaitan batu bersurat kami dapati bahawa apa yang ingin
disampaikan kepada kita ialah berkaitan dengan perintah raja dan rakyat supaya
berpegang dengan ajaran Islam dinyatakan dengan jelas seperti terjemahan Batu
Bersurat yang diusahakan oleh Dato Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang ialah:







PENAMPANG PERTAMA :




















Teks pada batu bersurat penampang 1 ini, jelas memberitahu bahawa beliau iaitu Raja
Mandalika sebagai seorang pemerintah Islam yang akan melaksanakan undang-
undang Islam. Dia juga menyatakan bahawa dia berpegang teguh kepada ajaran Islam
dan akan melaksanakan kewajipannya dan meminta rakyat mengikuti ajaran dan
nundang-undang ynag telah ditetapkan.
Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu
"Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu
tujuh ratus dua". Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib
Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan
22 Februari 1303M.
Ia juga secara jelasmewartakan undang-undang jenayah Islam yang diterima-
pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.












PENAMPANG KEDUA :



Teks pada batu penampang kedua ini sebahagiannya telah patah dan bahagian yang
patah itu hilang tidak dapat dikesan. Batu itu juga serpih pada beberapa bahagian dan
tulisannya tidak dapat dibaca pada beberapa tempat.
Namun yang menariknya Batu tersebut menggariskan beberapa hukum-hukum
syariat yang diguna pakai. Tiga butiran undang-undang telah hilang bersama bahagian
Batu yang tidak dapat dikesan. Oleh itu perkataan diatas agak sukar ditafsirkan kerana
sebahagian daripada perkataan tersebut telah hilang dan menyebabakan maksud
sebenar yang ingin disampaikan tidak jelas.
Walaubagaimanapun pengkaji sejarah dapat merumuskan dan mengenalpasti
beberapa undang-undang yang telah hilang walaupun maksudnya masih kabur. Jika
dilihat ayat pada batu penampang kedua diatas peraturan yang keempat ialah berkaitan
hutang-piutang. Peraturan kelima dan keenam tidak dapat dipastikan kerana
sebahagian hurufnya telah hilang. Cuma ia dapat dipastikan masih berkaitan muamalat.
Namun ayat dibawah ini dapat ditafsirkan iaitu:










Hukum zina kepada penzina belum kahwin adalah 100 kali rotan merupakan hukum
hudud dalam Islam. Peraturan diatas jelas terpelihara dan dapat dibaca dengan baik
ialah berkaitan zina.

Ayat diatas dapat ditafsirkan sebagai:



PENAMPANG KETIGA
Pada penampang ketiga batu bersurat ini masih membicarakan dan menggariskan
beberapa hukum-hukum syariat yang diguna pakai pada waktu itu. Namun kali ini ia
membicarakan hukuman zina kepada golongan pemerintah dan orang atasan:

Berpandukan ayat ini yang terdapat pada batu bersurat:








Ayat diatas dapat ditafsirkan sebagai:


Oleh itu jika dilihat penampang ketiga dalam batu bersurat ini memberitahu
hukum berzina bagi golongan pemerintah, raja, dan pebesar serta menyatakan hukum
yang akan diterima jika menuduh perempuan baik berzina.

Anda mungkin juga menyukai