Anda di halaman 1dari 31

1

ZZZT2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA



SEMESTER 2 2014/2015
TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK KAJIAN:
PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP DINAR EMAS DALAM
PELABURAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHAMAD (A139972)
AHMAD FIRDAUS BIN AB MANAF (A139929)
RAJA MOHD RADZIE BIN RAJA ABDUL HALIM (A139408)
FAREED FAHIMI BIN MOHAMMAT NAWAWI (A139831)
MUHAMMAD RASHDAN BIN MAMAT (A139781)



DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. HASNAN BIN KASAN
2



ISI KANDUNGAN
1 BAB 1
Abstrak....2
1.0Pengenalan.2
1.1 Objektif Kajian.........3
1.2 Penyataan Masalah...........................................................................................
1.3 Lokasi / Skop Kajian
1.4 Metodologi Kajian...........................................................................................

2 KAJIAN TEORI.

3 ANALISIS DATA.

4 KESIMPULAN38
5 RUJUKAN....39
6 LAMPIRAN..40





3

Abstrak
Dinar emas merupakan syiling emas yang telah diguna pakai sebelum zaman Islam dan
diterima penggunaannya pada zaman Rasulullah s.a.w, sahabat dan para tabiin sehingga
ia dikenali sebagai mata wang umat Islam. Penggunaannya berterusan sehingga zaman
kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah pada tahun 1924. Manakala dinar emas zaman
moden mula ditempa pada tahun 1992 di Dubai dan cadangan untuk memartabatkan
kembali penggunaannya mula dibahaskan setelah negara-negara ASEAN dilanda krisis
mata wang yang teruk pada tahun 1997/98. Justeru, kajian ini cuba mendedahkan semua
aplikasi semasa dinar emas yang telah diamalkan di Malaysia setelah 10 tahun cadangan
dibuat. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa penggunaan dinar emas
antaranya sebagai mata wang fizikal dan sistem pembayaran elektronik (edinar),
pelaburan, simpanan, urusan haji, pembayaran zakat, cenderamata dan sebagai hantaran
perkahwinan. Kajian ini telah membuktikan bahawa dinar emas sudah mula diterima oleh
sebahagian masyarakat Malaysia dan sekali gus usaha memartabatkan penggunaannya
boleh direalisasikan.










4

1.0 PENGENALAN

Isu untuk memartabatkan kembali penggunaan dinar emas ini mula dibincangkan secara
meluas dalam tahun 1998-2002 iaitu sewaktu negara-negara Asia dilanda krisis mata
wang yang teruk. Pada tahun 2001 Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri
Malaysia telah mengutarakan cadangan kepada OIC bagi menggunakan dinar emas dalam
perdagangan antarabangsa. Saranan dan usaha beliau ini telah membuka mata kepada
penganalisis ekonomi, ahli akademik dan para cendekiawan Islam untuk meneliti dan
mengkaji kewajaran penggunaan kembali dinar emas di abad ini. Sehingga kini terdapat
beberapa alternatif penggunaannya yang telah dicadangkan dan dilaksanakan iaitu
penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa, sistem pembayaran elektronik
(e-dinar), pelaburan, simpanan, pembayaran zakat, cenderamata dan sebagai hantaran
perkahwinan. Bermula tahun 2001 sehingga sekarang terdapat banyak seminar, bengkel
dan forum telah di adakan bagi mencari mekanisme yang sesuai untuk memartabatkan
semula penggunaan dinar emas. Nama-nama seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad,
Profesor Dr Umar Ibrahim Vadillo, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera,
Syaikh Abdul Kadir al-Murabit, Syaikh Imran N. Hosein adalah merupakan individu
yang banyak terlibat dalam mempromosi dan melaksanakan dinar emas di Malaysia
khususnya dan di dunia amnya.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui :-
.
1. Mengenalpasti pendapat penulis tentang penggunaan dinar emas dalam sistem
mata wang.
2. Membandingkan hujah-hujah penulis tentang penggunaan dinar emas dalam
sistem mata wang.


5

1.2 Penyataan Masalah
1.2.1 Generasi sekarang tidak tahu dan kurang peka terhadap penggunaan dinar
emas.
1.2.2 Penggunaan dinar emas kurang dititikberatkan dan kurang sambutan oleh
masyarakat.



1.3 Lokasi / Skop Kajian

Melalui kajian-kajian penulisan, majalah ,surat khabar ,internet dan lain-lain.



1.4 Metodologi Kajian

Kajian kami dilakukan mengambil artikel-artikel dan kajian luar berkaitan dinar
emas. kami menggunakan kaedah analisis untuk membandingkan kajian-kajian yang
dilakukan.










6

2.0 KAJIAN TEORI
2.1 Sejarah Dinar Emas

Emas (Sanskrit = jval, Greek = chrysos, Latin = aurum, AngloSaxon = gold) telah
diketahui sebagai amat berharga sejak zaman pra sejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600SM)
mengatakan logam emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Old
Testament). Penjelajahan orang Eropah ke benua Amerika, salah satu sebabnya ialah
digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan
secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru,
dan Colombia. Emas sebagai logam paling berharga yang mempunyai kestabilan nilai
telah digunakan sebagai piawai untuk banyak mata wang dalam sejarah. Malah emas
telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi
peranan yang mengaitkan sifatsifat tersebut. Tidak hairanlah pernah terdapat usaha oleh
ahli kimia untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon melalui
proses tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosophers stone.
Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun usaha itu telah menaikkan
minat terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa
kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang
merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi. Pada kurun ke19, bila sahaja
longgokan emas dijumpai, perpindahan secara beramairamai berlaku, termasuklah di
California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills dan Klondike.









7

3 ANALISIS DATA
Perbandingan pendapat tentang dinar emas:
Analisis dilakukan melalui 15 artikel dipilih untuk dianalisis untuk membandingkan
pendapat sama ada penulis menyokong atau tidak. Kajian telah dicatat melalui jadual
berikut. Hasil kajian mendapati 10 daripada 15 artikel telah menyokong pendapat yang
menyatakan penggunaan dinar emas sesuai dijadikan sebagai sistem mata wang.
Seterusnya, 5 daripada 15 artikel telah menolak penggunaan dinar emas sesuai dijadikan
sebagai sistem mata wang.

Menyokong Tidak Menyokong
Tuan guru Nik Aziz & Dato Seri Najib Razak Pakar ekonomi dari University of
Cambridge, United Kingdom, Lord Eatwell
Tun Dr Mahathir Mohamad Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu,
Richard Nixon
Murabitun sedunia Shaykh Abdul Qadir
As-Sufi
Profesor Dr Murat Cizakca
Umar Ibrahim Vadillo dan Prof Wan Mohd
Nor Wan Daud
Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik
Bank Islam Malaysia Bhd. Azrul Azwar
Ahmad Tajudin
Ustaz Abdul Halim Abdul Hamid

Peniaga di Kota Bharu
Bretton Woods
Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin
Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad,
Wan Kamal Mujani, Rohimi Shapiee





8







Antara Hujah Tidak Menyokong

i. Lord Eatwell
menyifatkan dinar emas tidak sesuai digunakan sebagai mata wang di peringkat
antarabangsa. Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Penganalisis Kewangan dan Polisi
University of Cambridge berkata, ini berikutan dinar emas tergolong dalam kategori
komoditi yang mempunyai harga pasaran tidak menentu.''Saya sendiri tidak berminat
dengan emas. Ia tidak boleh digunakan di peringkat antarabangsa kerana kita tidak boleh
menduga pasaran pada masa akan datang,'' katanya.


ii. Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon
Mengumumkan bahawa AS membatalkan Perjanjian Bretton Woods yang
menyebabkan sejak itu emas tidak lagi menjadi piawai matawang dunia dan dunia
mula menggunakan wang fiat (usd).


iii. Profesor Dr Murat Cizakca
9

Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank-bank pusat yang
mengawal mata wang kertas wajar diberi kuasa autonomi penuh Sumber
emas kini dikuasai oleh negara bukan Islam Dinar emas akan terdedah
kepada spekulasi memandangkan harga emas juga naik dan turun. Negara
Islam perlu terus menggunakan wang kertas dan meningkatkan perdagangan
sesama mereka




iv. Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin


Pertama, Umat Islam penduduk paling ramai di dunia? Jika negara islam nak guna emas
sebagai matawang, maka yang dapat keuntungan besar adalah negara bukan Islam. Dan
keuntungan yang mereka perolehi tak mustahil untuk digunakan untuk menentang Islam.

Tatkala kita gembira mengembalikan matawang emas Islam dan tunjuk kepada dunia, ada
negara Islam lain yang kena tindas hasil jualan emas yang kita gunakan sendiri?
Pelancong tak digalakkan melawat khazanah Islam (tak ingat sama ada Masjid Biru
Istanbul atau BailtulMaqdis) sebab setiap duit yang disumbangkan (mungkin sebab kena
bayar per entry?) digunakan Yahudi membeli peluru untuk membunuh Islam Palestin.

Kedua, dinar emas takkan terkecuali daripada spekulasi harga emas. Dan jika lihat kepada
trend harga emas 5 tahun lepas, harganya yang naik mendadak boleh menjejaskan urusan
perdagangan. Lebih mengeruhkan keadaan, kita masih terpaksa menggunakan wang
kertas negara bukan Islam memandangkan kebanyakan produk adalah dari sana. Negara
Islam kan hanya terkenal sebagai negara pengguna?

v. peniaga di Kota Bharu
10

Tidak melibatkan para pakar kewangan khususnya dari OIC. Seharusnya satu Panel
syariah Antarabangsa dari negara-negara Islam diwujudkan sewaktu merangka mata
wang Dinar dan Dirham. Prinsip utama mata wang ialah diterima umum. Malangnya
tiada negara yang menerima Dinar dan Dirham KGT, malah peniaga di Kota Bharu juga
menolak penggunaan Dinar dan Dirham KGT sebagai mata wang bagi transaksi
perniagaan. Pengiktirafan negara-negara Islam amat penting dalam mempastikan mata
wang Dinar dan Dirhm KGT diterima umum.





Antara Hujah Yang Menyokong

i. Tuan guru Nik Aziz

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau
belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan
kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli
keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang
kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi
hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas
sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia,
sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi
Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu
tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam
khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham,
11

serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan
dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya
dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin,
membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai
harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada
perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.






ii. Tun Dr Mahathir Mohamad

Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan
menggunakan dinar dalam urusniaganya.

"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika
tidak ada nilai," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia
tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa.

cKatanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga
harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif
perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara
gagal atau musnah.

12

Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia
menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan.

"Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sitem perbankan lama masih
dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat patut menerima bayaran dari pengimport di dalam
negeri dan dan digunakan untuk membayar kepada pengekport dari negara
sama.




iii. Murabitun sedunia Shaykh Abdul Qadir As-Sufi
Kesedaran dinar yang tercetus secara senyap oleh gerakan Murabitun sedunia
Shaykh Abdul Qadir As-Sufi menjadi lebih rancak pada tahun 1993 apabila
Fernando Vadillo, seorang pelajar ekonomi Sepanyol memeluk Islam atas
ajakan Shaykh tersebut dengan nama Umar lalu mencetak dinar pertamanya di
Sepanyol. Kemudian ia tercetak di Dubai dan kemudian di Jakarta dan
akhirnya selepas beberapa kali kunjungan Umar ke Mahathir dan Anwar
Ibrahim (yang tidak menerimanya), krisis mata wang 1997 menyedarkan
Mahathir tentang kebenaran mesej Shaykh itu.

iv. Umar Ibrahim Vadillo
Beliaulah individu yang telah melobi kepada Tun Mahathir selepas negara di landa krisis
mata wang 1997 untuk bertukar kepada dinar emas. Dari tahun 1992 lagi Umar telah
berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang
sepatutnya menjadi mata wang umat Islam.
"Hatta orang Amerika sendiri tidak mempercayai mata wang mereka. Mereka
menganggap monopoli Federal Reserve dalam bab ini telah memberi banyak kesusahan
13

kepada mereka tatkala ekonomi dunia semakin bermasalah. Walaupun mereka tidak ada
syariat yang menyuruh mereka bertukar kepada emas, mereka telah menubuhkan
beberapa institusi alternatif kepada sistem wang kertas ini. Antaranya adalah kumpulan
Liberty Dollar yang telah menarik hampir 5 juta rakyat Amerika untuk memahami dan
memilih alternatif mata wang yang lebih selamat."
v. Bretton Woods
Sejarah perbankan moden yang diwujudkan oleh Rothschild, pasaran saham,
Revolusi Industri, Bretton Woods dan senario-senario yang pernah wujud
sekitar abad ke-19 dan 20 kita akan menyaksikan bahawa dinar emas
merupakan penyelesaiaan kepada masalah ekonomi dunia.


6. Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin
penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan
manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu
yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi
prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara
Islam tetapi juga kepada semua negara lain, katanya.
, masalah sistem kewangan sekarang adalah jumlah wang kertas yang dicetak sebenarnya
lebih banyak berbanding pertumbuhan ekonomi sebenar dunia.
Keadaan ini menyebabkan berlaku inflasi dan krisis ekonomi yang bukan sahaja
memberi kesan kepada negara, tetapi juga kepada kehidupan rakyat, ujarnya


14

7. Salmy Edawati Yaacob dan Sanep Ahmad

Menggantikan mata wang fiat sekarang kepada mata wang asli emas dan perak ataupun
sekurang-kurangnya kembali kepada penggunaan matawang fiat bersandarkan emas
kerana boleh menjamin kestabilan ekonomi dunia.Umat Islam mestilah menggunakan
emas dan perak sebagai piawai matawang mereka dan bukannya matawang palsu yang
kini berleluasa. Matawang-matawang itu terikat dengan dolar Amerika dan membantu
penguasaan dan kawalan Amerika.

8. , Wan Kamal Mujani, Rohimi Shapiee
Islam telah menetapkan emas dan perak sebagai sesuatu yang penting dalam sistem
kewangan kerana fungsinya sebagai alat pertukaran, pengukur dan penyimpan nilai yang
baik. Syariah juga menyarankan supaya mata wang sepatutnya dalam bentuk emas dan
perak kerana ia mempunyai nilai yang stabil. Sistem mata wang sekarang tidak mampu
memberikan keadilan. Sistem mata wang dinar dikatakan mampu mengembalikan
keadilan terutamanya terhadap negara-negara miskin dan membangun yang sebelum ini
ditindas oleh sistem kapitalis.








15







4.0 KESIMPULAN
Sistem Dinar Emas memerlukan komitmen yang tinggi di dalam perlaksanaannya. Usaha
untuk mengembalikan penggunaan dinar emas dan dirham perak bukanlah suatu yang
boleh diambil ringan atau dianggap sebagai satu agenda untuk sesuatu masa tertentu saja.
Ia seiring usaha menegakkan kedaulatan Islam dengan menegakkan keadilan dalam
semua aspek kehidupan khas kepada umat Islam dan kepada seluruh masyarakat amnya.
Ia bertujuan mengatasi masalah riba yang kini berakar umbi dalam sistem ekonomi
spekulatif wang kertas, mengembalikan penggunaan dinar emas sebagai mata wang
dalam pembayaran zakat serta digunakan dalam perdagangan. Semua ini bukan perkara
kecil. Mata wang euro mengambil masa hampir 20 tahun untuk dilaksanakan dan kad
Menyokong
67%
Menolak
33%
Pendapat penulis
16

kredit diperkenalkan dengan dimulakan penerimaannya oleh beberapa kedai, hanya
diberikan kepada mereka yang berpendapatan tinggi dan memiliki kad melambangkan
status dalam masyarakat. Sistem mata wang dwilogam dilaksanakan di atas kesedaran
keagamaan dan Insya-Allah sistem mata wang dinar emas dan dirham perak boleh
dilaksanakan dengan mudah. Pihak bertanggungjawab khasnya Royal Mint Sdn Bhd dan
Islamic Mint Sdn Bhd seharusnya berganding bahu untuk meningkatkan pengetahuan
masyarakat mengenai sistem mata wang dwilogam yang mereka keluarkan. Banyak
persoalan yang perlu dibangkitkan demi memastikan tahap kepercayaan masyarakat terus
meningkat terhadap penggunaan dinar emas. Kita sekarang berada pada zaman transisi
untuk mendidik masyarakat supaya menerima dinar emas dan dirham perak sebagai
sesuatu yang berharga dan mempunyai nilai sebenar bukan nilai yang dijanjikan seperti
wang kertas dolar Amerika. Dalam keghairahan usaha mengembalikan dinar emas ini,
kita harus waspada kerana ada pihak yang menunggang pengembalian dinar emas ini
untuk kepentingan politik, peribadi atau kekayaan. Kita tidak perlu runsing mengenai
kegagalan pelaksanaan dinar emas dan dirham perak ini, tetapi apa yang kita harus
takutkan adalah umat Islam dan masyarakat amnya menyalahkan sistem mata wang Islam
itu disebabkan oleh kebodohan atau kelemahan kita sendiri untuk melaksanakannya.
Seperti dalam banyak keadaan kita dapati ada yang menyalahkan Islam sedangkan yang
salah adalah mereka yang salah faham atau mereka tidak mahu faham mengenai Islam.
Kita semua harus waspada terhadap perkara ini. Adalah salah untuk mengatakan bahawa
riba itu sama dengan perdagangan kerana Allah mengharamkan riba dan menghalalkan
perdagangan. Adalah salah untuk kita mengatakan wang kertas sekarang ini ada sandaran
emas sedangkan ia hanyalah disandarkan oleh janji terhadap nilai yang tercatat pada
kertas itu.




17


RUJUKAN

Ahmed Kameel Maydin Merra. 2002. The Islamic gold dinar. Subang Jaya: Pelanduk
Publications.
Ahmed Kameel Maydin Meera. 2004. The theft of nations: Returning to gold. Subang
Jaya: Pelanduk Publications.
Ann Abdullah. 2002. Wang Emas Mampu Selesai Kemelut Ekonomi Dunia. Dewan
Ekonomi. Mac. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hussin Salamon. 1998. Speculation in the Stock Market from the Islamic Perspective.
Tesis Ph.D. University of Wales Lampeter, United Kingdom.
Hussin Salamon. 2000. Bil. 9. The Model of Stock Market in Islam. Review of Islamic
Economics. Leicester: The Islamic Foundation.
Hussin Salamon. 2003. An Alternative Model of Stock Market in Islam. Halal Malaysia:
Islamic Capital Market & Financial Services. Kuala Lumpur: Islamic Dakwah
Foundation Malaysia.





18


LAMPIRAN


19




20


1)
1)
Dinarist
Dinarist
Robert

Robert

Mundell
Mundell
,

,

Rais
Rais
Umar
Umar
Vadillo
Vadillo
,

,

21

Masudul
Masudul
Chowdury
Chowdury
,

,

Tarek
Tarek
Al

Al

Diwany
Diwany
,

,

Ahamed
Ahamed
Kameel
Kameel
Myden
22

Myden
Meera
Meera
,
,
Imran
Imran
Hussein.
Hussein.


Perlu
Perlu
kembali
kembali
kpd
kpd
Dinar
Dinar
dan
dan
Dirham
Dirham
atau
atau
23

piawaian
piawaian
emas
emas
.
.
(3
(3
aspek
aspek
:
:


Real money
Real money


, 100
, 100


reserve requirement
reserve requirement

24


dan
dan
tiada
tiada


faedah
faedah


)
)
2) Non
2) Non
Dinarist
Dinarist
:

:

Zubair
Zubair
Hassan
Hassan
25

,

,

Murat
Murat
Cizakca
Cizakca
,

,

Munzer
Munzer
Kahf
Kahf
,
Muhammad

,
Muhammad

Umer
Umer
Chapra
26

Chapra
,

,

Mahmoud
Mahmoud


Dalam
Dalam
sistem
sistem
kewangan
kewangan
kini
kini
,
,
mustahil
mustahil
atau
atau
tidak
tidak
27

relevan
relevan
untuk
untuk
kembali
kembali
kpd
kpd
Dinar
Dinar
dan
dan
Dirham
Dirham
atau
atau
Piawaian
Piawaian
ElGamal
ElGamal
.
.
Emas
Emas
.
28

Zaman Ottoman: Nilai setiap
Dinar dan Dirham berdasarkan
kos tempa+ seignorage+ harga
emas dan perak di pasaran.
Penggunaan dinar dan dirham
dalam konteks sistem sedia ada
adalah tidak Islamik kerana
terdedah kepada gharar dan
spekulasi serta bnyk
kemafsadatan.
Emas dan Perak stabil tetapi
tidak jamin kestabilan. Perlu
pada monetary management
Wang fiat jika baik pengurusa
dan tadbir urus polisi kewangan
juga akan jamin kestabilan.


Dinar
Dinar
emas
emas
akan
akan
terdedah
29

terdedah
kepada
kepada
spekulasi
spekulasi
memandangkan
memandangkan
harga
harga
emas
emas
jugjugturun
turun
dan
dan
naik
naik


1440
1440
1600
1600
Inflasi
Inflasi
30

di
di
Eropah
Eropah


Ottoman Abad
Ottoman Abad
ke
ke
15
15
Inflasi
Inflasi
akibat
akibat
peningkatan
peningkatan


money

money

supply
31

supply


melalui
melalui
penemuan
penemuan
emas
emas
.
.Penutup
Terdapat ketidakadilan dan kecacatan pada sistem
matawang sedia ada.
Keperluan ijtihad bagi isu seigniorage pada wang fiat.
Inisiatif kembali kpd dinar dan Dirham merupakan usaha
yg murni dan mempunyai justifikasi yang kuat.
Di dalam konteks sistem sedia ada, terdapat banyak
cabaran dan isu berbangkit yang perlu diberi perhatian
sblm ianya boleh dilaksanakan.
Umat Islam perlu menggembleng tenaga dan pemikiran ke
arah sistem matawang yang lebih adil yg bukan sahaja
menepati hukum Syarak tetapi berkesan dari semua aspek
termasuk ekonomi, kewangan, pengurusan, politik dan
sosial.

Anda mungkin juga menyukai