DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK HALIMATON SAADIAH BINTI AHMAD D 20112052752
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 12 (A 132 PJJ ) NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. AZLI BIN ARIFFIN TARIKH SERAH: 27 APRIL 2014
MODUL PENGAJARAN BACAAN
PEMARKAHAN
1.
Pengenalan
Kebolehan membaca dan menulis kanak-kanak tidak datang secara semula jadi. Bunyi- bunyi asas fonem digabung menjadi perkataan yang bermakna. Dari perspektif ini,pengajaran awal membaca hendaklah berdasarkan dimulakan dengan mengajar kanak-kanak mengenal bentuk huruf dan bunyi setiap huruf dalam abjad. Kemudian,barulah kanak-kanak diajar membaca perkataan yang dibentuk dari huruf tersebut. Namun begitu terdapat satu lagi perspektif yang boleh diberikan perhatian untuk mengajar kanak-kanak membaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK). Kaedah ini diilhamkan oleh Prof. Dato Isahak Harun. Beliau memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan muru Seid sekolah rendah. Kaedah ini juga turut dijadikan kaedah pilihan keempat dalam buku panduan am,Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Terdapat beberapa ciri-ciri perspektif Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata. Pertama,murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam system ejaan Bahasa Melayu . Kedua,kaedah Gabungan Bunyi Kata menggabungkan bunyi, suku kata dan membaca perkataan , frasa atau ayat yang bermakna. Ketiga,gabungan dibuat secara sistematik dan tiap-tiap pelajaran yang berikutnya beransur-ansur perkembangannya. Ketiga,kad imbasan amat diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Keempat, murid-murid akan dibekalkan bahan bacaan berperingkat-peringkat supaya mereka dapat berlatih membaca sendiri.
MEMBINA MODUL PENGAJARAN BACAAN Tema : Diri Saya Tajuk : Mudahnya membaca Kumpulan sasaran : murid pra sekolah (5 dan 6 tahun) Aktiviti: 1. Guru perlu memperkenalkan tiga huruf vokal a, i dan u. Murid perlu menyebut huruf tersebut pada kad imbasan yang ditunjukkan.
2. Kemudian,guru perlu mengajar kad imbasan huruf konsonan.
3. Murid perlu menyebut berulang kali dengan bimbingan guru .
4. Guru menukar kad imbasan dengan huruf-huruf konsonan yang lain.
a i u b k c s t m n
5. Gabungkan huruf vokal dan konsonan supaya menjadi suku kata. Murid dikehendaki menyebut suku kata yang dibentuk dengan bimbingan guru.
ba
bi
bu
ca
ci
cu
da
di
du g l j h y f w q z
6. Ulang aktiviti 5 dengan gabungan konsonan dan vokal yang lain. 7. Seterusnya,murid perlu menggabungkan suku kata suku kata agar menjadi perkataan yang bermakna.
Ku ku kuku Bu bu bubu Gi gi gigi Cu cu cucu 8. Ulang aktiviti 7 beberapa kali.
9. Gabungkan dua perkataan seperti fi bawah.
gigi cucu kuku Baba cucu Baba bubu Baba gigi Baba kuku cucu
10. Perkenalkan gabungan vokal dan konsonan vokal ( v + kv ).
a da ada a pa apa a pi api a ku aku a ki aki i bu ibu i tu itu i ni ini a li ali a bu abu 11. Murid-murid diminta membaca ayat-ayat daripada perkataan di bawah.
Baba ada buku Baba ada kuda Baba ada kuku Baba ada cucu
12. Gantikan Baba dengan Saya. Saya ada buku Saya ada kuda Saya ada kuku
13. Kemudian,latih murid-murid membaca ayat dibawah secara latih tubi. Itu cucu saya
14. Gantikan perkataan cucu dengan baju. Itu baju saya
15. Gantikan saya dengan raya. Itu baju raya
16. Gantikan itu dengan ini. Ini baju raya
17. Minta murid membaca ayat dengan pelbagai perkataan yang dicipta.
Itu buku baru Ini baju ibu Saya ada aki Ali suka labu Mama ada kaki Baba ada jari Ali ada aki Itu bapa saya Baju mama baru Pipi Adi luka 18. Perkenalkan kepada murid bunyi gugusan dalam Bahasa Melayu.
bising ng datang sayang nganga singa
syarikat syarat
ng nga aa s y
Modul 2 Tema: Objek dalam bilik darjah Tajuk : Mari Membaca Sasaran murid :Murid tahun 1 (murid yang telah mengenal huruf vokal dan konsonan) Aktiviti : 1. Murid menyanyi lagu huruf dengan bimbingan guru.
Abu ada ayam aaa
Itu itik ibu iii
Ular usik ulat uuu
2. Membimbing murid mencantum kad huruf vokal dan kad huruf konsonan. Kemudian,murid-murid perlu membunyikan suku kata yang telah dicantumkan.
b a ba 3. Tukarkan huruf konsonan b dengan huruf konsonan yang lain. Contohnya, c , d dan f.
c a ca d a da f a fa 4. Tukar huruf vocal a dengan huruf vocal yang lain. Contohnya e.
b e be c e ce d e de f e fe 5. Gunakan vokal i.
b i bi c i ci d i di f i fi
6. Gunakan huruf vokal o.
b o bo c o co d o do f o fo 7. Gunakan huruf vokal u.
b u bu c u cu d u du f u Fu
8. Murid mencantum dua kad suku kata membentuk perkataan berdasarkan gambar.
+ = bola
+ = meja
bo la me ja 9. Murid menggabungkan tiga kad suku kata (kv + kv + kv) . Contohnya:
+ + kereta
10. Murid menggabungkan dua suku kata ( v + kv ).
a da ada a pa apa a pi api a ku aku a ki aki ke re ta i bu ibu i tu itu i ni ini 11. Murid menggabungkan dua perkataan yang telah dipelajari berdasarkan gambar.
ini + bola bola + saya bola + baru
Modul 3 Tema: Permainan Tajuk : Cepatlah membaca Sasaran murid: Murid tahun 1 yang telah menguasai modul 2. Aktiviti : 1. Murid diberikan gambar dan tajuk bagi gambar tersebut. Contohnya:
topi saya
2. Murid diminta membaca tajuk. 3. Murid diminta mencantumkan dua perkataan untuk membina ayat tentang gambar . Contohnya:
ini topi topi baru
4. Murid dikehendaki mencantumkan tiga perkataan untuk gambar tersebut.
ini topi saya
topi baru saya
5. Murid dikehendaki cuba mencantumkan lebih banyak perkataan supaya ayat menjadi lebih panjang.
Ini topi Ini topi saya Ini topi baru Ini topi baru saya Ini topi baru ibu saya Ini topi baru bapa saya Bapa baru beli topi baru 6. Murid diberikan beberapa kad bacaan bergred supaya menambah kelancaran membaca. Contohnya:
Ini guli Ini guli kaca Ini guli kaca saya Guli kaca saya ada satu Nani beri guli kaca itu
Guli kaca II. Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid. Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu. Pentaksiran atau penilaian dalam bacaan kepada murid di setiap sekolah dilakukan oleh cikgu secara 100%. Cikgu akan mengikut Dukumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara. Berdasarkan Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia tahun 1,objektif yang kelapan ialah murid berkeupayaan membaca pelbagai perkataan ,frasa dan ayat secara mekanis dalam sebutan dan intonasi yang betul. Pernyataan standard band 1 Bahasa Malaysia tahun 1 ialah mengetahui asas mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Di sini,saya sertakan lampiran Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun bagi kemahiran membaca. KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR 1 Membunyikan huruf vokal,mengeja suku kata dan membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Bacaan 2 Membaca dan memahami perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul. 3 Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta memahaminya. 4 Membaca dan memahami maklumat untuk menyatakan maklumat dengan betul 5 Membaca, memahami dan menaakul untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan grafik kepada bentuk bukan grafik 6 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang betul berdasarkan bahan grafik kepada bentuk bukan grafik
Berdasarkan pengalaman saya,penilaian membaca dalam PBS dijalankan secara formatif pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses penilaian perlu berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang dirancang. Sebagai contoh,saya lampirkan standard kandungan yang dipilih.
Fokus utama
Standard kandungan 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard pembelajaran 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
Melalui standard kandungan di atas, akvititi bacaan yang boleh dijalankan ialah Murid membaca petikan yang ditulis oleh guru secara individu. Kemudian,murid boleh membaca kata kerja sebagai pilihan jawapan dan menggariskan kata kerja yang paling tepat bagi ayat yang diberi. PBS juga menetapkan agar guru menjalankan aktviti pemulihan didalam kelas sekiranya murid tidak mencapai descriptor semasa penilaian dilakukan. Sebagai contoh aktiviti penilaian membaca untuk murid yang lemah adalah membaca suku kata tertutup dari petikan yang sama. Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca. Bibliografi http://ms.wikipedia.org/wiki/Pentaksiran_Berasaskan_Sekolah http://www.beritasemasa.com.my/cikgu-hasniza-ibrahim-pbs-sppbs-guru Panduan Perkembangan Pembelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 1,Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.