Anda di halaman 1dari 4

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim

1

AMALI 5
PROSES PEMBUATAN SABUN

Tujuan :
Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi.

Teori :
1. Natrium Hidroksida adalah bahan kimia utama dalam pembuatan sabun.
2. Asid lemak ini akan bertindak dengan minyak bagi membentuk sabun. Tindakbalas ini dikenali
sebagai proses saponifikasi. Asid lemak dibuat dengan mencampurkan Natrium Hidroksida
kepada air suling.
3. Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium
yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan
beralkali (seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida) pada 80100 C dalam
proses yang dikenali sebagai saponifikasi.
4. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan alkali, menghasilkan gliserol dan sabun
kasar (garam asid lemak beralkali).
















Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim



2

Bahan dan Radas:
Minyak masak, Larutan natrium dioksida, serbuk natrium klorida, kertas turas, air suling,
bikar, penyukat silinder spatula, rod kaca, condong turas, kaca dawai, tungku kaki tiga,
penunu Bunsen, tabung uji.


Kaedah:
1. 5 cm
3
minyak masak dituang ke dalam sebuah bikar.
2. Dengan berhati-hati, 30 cm
3
larutan natrium dioksida dituang ke dalam bikar yang
mengandungi minyak masak.
3. Campuran dalam bikar dipanaskan sehingga mendidih dan dikacau menggunakan
rod kaca.
4. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk mendidih selama 10 minit.
5. Api dipadamkan dan bikar dialihkan. 50cm
3
air suling dan 3 spatula natrium klorida
ditambahkan ke dalam campuran tersebut.
6. Campuran dalam bikar dipanaskan sekali lagi selama 5 minit.
8. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk disejukkan.
9. Sabun yang terbentuk di turaskan. Baki turasan dibasuh dengan sedikit air suling.
10. Sabun yang terbentuk dikeringkan.
11. Ujian menggunakan kertas litmus dijalankan.
12. Pemerhatian yang diperoleh dicatatkan.








Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim



3












Pemerhatian

Ujian ke atas pepejal putih Pemerhatian
Sentuh dengan jari Licin
Goncang dalam air Buih terhasil
Kertas litmus Merah ke biru


Perbincangan :
1. Apakah sifat asal minyak dan lemak?
Asid karbosilik.
2. Tuliskan persamaan kata untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam eksperimen ini.
Minyak masak + Natrium Hidroksida --- Garam Natrium Asid Lemak + Gliserol

3. Beza sabun dan detergen.
Sabun adalah garam terbentuk hasil tindak balas antara alkali dengan asid lemak
(RCOOH)
Detergen adalah garam terbentuk hasil daripada tindak balas alkali dengan asid
sulfonik.
Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim



4

4. Bagaimana sabun membersihkan kotoran.
Molekul sabun mempunyai 2 jenis atom iaitu hidrofilik yang larut air dan
hidrofobik yang larut minyak. Hidrofobik akan menanggalkan kotoran dan seterusnya
kotoran tertanggal dan larut ke dalam air oleh tindakan hidrofilik.
5. Sabun digunakan bersama air suling. Bolehkah ia berkesan?

Buih yang dihasilkan adalah lebih banyak kerana air suling adalah air tulen yang
tidak mempunyai ion-ion setrat yang akan menyebabkan penghasilan kekat. Oleh
itu, air suling akan menghasilkan buih yang lebih dan menghasilkan skum yang
kurang.

6. Tiga bahan tambahan dalam sabun dan fungsinya.
3 bahan utama tersebut adalah pelembut air, enzim dan peluntur. Pewangi juga ditambah
mengharumkan detergen.









Kesimpulan
Sabun boleh disediakan melalui proses hidrolisis dalam keadaan alkali
minyak + alkali sabun + gliserol

Anda mungkin juga menyukai