Anda di halaman 1dari 3

NAMA : ENCIK SYAID HASSAN

KERJA SEBAGAI : ( PENIAGA - KEDAI KAIN ) LARKIN



1) Apakah pandangan tuan/puan terhadap hubungan etnik di Malaysia yang
berbilang kaum?
Jawapan : Semuanya baik. Tidak ada masalah apa-apa.

2) Apakah cara berkomunikasi yang berkesan untuk memupuk realiti kehidupan
yang harmonis dalam masyarakat?
Jawapan : beliau berkata cara komunikasi yang baik adalah dari segi pertuturan
bahasa. memfokuskan kepada bahasa melayu. Kebanyakan datang ke kedai
menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris.

3) Adakah pengamalan budaya ziara-menziarahi dapat membantu memupuk
kehidupan yang aman dan harmonis?
Jawapan :Ada banyak kawan daripada bangsa india, cina dan juga melayu. Ada
pergi ke rumah kawan-kawan ataupun jiran-jiran bersebelahan. Kalau ada apa-
apa perayaan mereka akan jemput dan beliau akan pergi tetapi mereka tidak
mengambil makanan kerana belau berkata tidak boleh makan kerana halal.
Beliau berkata Ziarah-menziarahi sangat membantu untuk memupuk kehidupan
yang aman dan harmonis di Negara ini. Beliau kata seronok bergaul dengan
jiran-jiran yang pelbagai bangsa. Beliau uga berkata jangan menggunakan
sentiment agama kerana ia akan menjejaskan perhubungan antara satu-sama
lain.




4) Apakah sebab masyarakat kini kurang mengamalkan budaya ziarah-menziarahi?
Apakah nasihat atau cadangan yang encik / puan boleh berikan untuk
menggalakkan budaya ziarah-menziarahi?
Jawapan : Beliau kata pada masasekarang memang kurang ziarah-menziarahi
antara satu sama lain kerana sibuk dengan kerja masing-masing.tiada masa
untuk pergi ke rumah kawan. Beiau menasihati bahawa kalau ada masa pergi ke
rumah jiran dan kenal antara satu sama lain kerana mereka lah yang boleh
membantu kita semasa kita memerukan bantuanya.

5) Adakah menghormati jiran dapat dipupuk dalam mewujudkan masyarakat yang
harmoni?
Jawapan : paling tepat. Beliau berkata Sesame jiran harus mengormati antara
satu sama lain. Kenal sama dengan kawan-kawan bersebelahan. Sangat penting
untuk dipupuk untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni. Jiran sebelah
adalah paling dekat dengan kita. Apabila kita susah mereka akan memberikan
pertolongan kepada kami. selain daripada itu beliau juga berkata kalau apa-apa
terjadi kita mesti panggil jiran sebelah kita bukanya saudara-mara kita.

6) Pada pandangan anda, adakah adat atau budaya yang pelbagai etnik
menjejaskan hubungan etnik di negara kita?
Jawapan : Tidak. Beliau berkata tolong-menolong antara satu sama lain. Tiada
timbulnya apa-apa masalah berkaitan dengan adat dan budaya.




7) Adakah pertukaran bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris memberi kesan
terhadap pelajar-pelajar yang berbilang kaum di sekolah? Adakah encik/puan
setuju terhadap pemasuhan PPSMI?
Jawapan : Dari segi pendidikan beliau setuju dengan program PPSMI. Belau
berkata anak-anak beliau keliru dan susah untuk mempelajari matapelajaran
matematik dan sains dalam bahasa melayu. Beliau mengatakan bahawa
kekalkan matematik dengan sains dalam bahasa inggeris. Anak-anak beliau
menyesuaikan diri dengan bahasa inggeris.

8) Adakah kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru sekolah dapat membantu
untuk mencapai matlamat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang
etnik.

Jawapan : Beliau berkata guru bertanggungjawab atas kalangan murid. Guru
harus mengajar dan menunjukkan etika dan moral kepada generasi akan datang,
supaya murid-murid yang akan datang lebih mengormati budaya dan bangsa
etnik lain di Malaysia ini.Dapat kita lahirkan negara yang aman dan damai.

Anda mungkin juga menyukai