Anda di halaman 1dari 46

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK

PEMBANGUNAN
POLITIK
DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PEMBANGUNAN POLITIK


MATLAMAT

Pembinaan Negara Bangsa.





UKURAN PENCAPAIAN

Diukur secara kualitatif
dan kuantitatif.


METODE

Pembentukan dan pelaksanaan
dasar khas seperti Dasar Pendidikan
Nasional, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara
dan pemupukan semangat nasionalisme.



KEPENTINGAN

Modenisasi ekonomi memerlukan
masyarakat nasional yang stabil
dan berintegrasi dengan baik.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PEMBANGUNAN POLITIK

Dari segi pembangunan politik, Malaysia menghadapi
cabaran besar dalam membina sebuah Negara
Bangsa kerana:
Migrasi
Penjajahan
Gabungan wilayah yang berbeza
Gabungan etnik yang berbeza



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM
SUATU SISTEM POLITIK

Parti-parti politik

Majlis perwakilan rakyat atau parlimen

Perlembagaan Negara

Pilihanraya


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK

British ingin memperkenalkan corak
pemerintahan yang berasaskan
penguasaan majoriti oleh pihak Inggeris
dan rakyat ditadbir sebagai satu bangsa.

Parti Perikatan menang membuktikan
bahawa kerjasama politik dan perkongsian
kuasa antara etnik boleh berjalan dengan
baik.

Dari perundingan ini,diputuskan bahawa
Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi
negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

perhatian utama adalah tuntutan orang
Melayu dan bukan Melayu
Penyelesaiannya melalui kontrak sosial @
pakatan murni


Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu
1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial
merupakan persetujuan antara etnik
Melayu, Cina dan India
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
LATAR BELAKANG
POLITIK MALAYSIA
SEBELUM DAN SELEPAS
MERDEKA
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Kemajmukan Etnik Dalam Proses Politik Di Malaysia
Pada tahun 2008, jumlah penduduk di Malaysia
27juta:
Melayu lebih kurang 55%
Cina lebih kurang 25%
India lebih kurang 7%

Oleh itu, berlandaskan bancian, penduduk Malaysia
dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang
berbeza-beza. Mereka dapat dibezakan
berdasarkan aspek kepercayaan dan agama serta
aspek demografi.




BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
SEMENANJUNG
MALAYSIA
SARAWAK SABAH
UMNO
MCA
MIC
PAS
SEMANGAT 46
IMP
BERJASA
PESAKA
PANAS
SUPP
SNAP
UNKO
USNO
SCA
BERJAYA
PBS
SCA
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SEMENANJUNG
MALAYSIA
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERTUBUHAN KEBANGSAAN
MELAYU BERSATU (UMNO)
Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada
orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)
telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat
penentangan terhadap pelaksanaan Malayan Union.

UMNO adalah hasil gabungan pelbagai persatuan
dan pertubuhan Melayu.

Tujuannya adalah bagi memelihara kepentingan dan
memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
MALAYAN INDIAN CONGRESS (MIC)
John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini.

MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan
kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
MALAYAN CHINESE ASSOCIATION
(MCA)
Tan Cheng Lok adalah presiden pertama.

Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk menjaga
kepentingan dan kebajikan orang Cina.

Pesaing utama parti ini adalah Democratic Action
Party (DAP).

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UMNO-MCA-MIC telah bergabung bagi membentuk
Parti Perikatan.

Pada pilihan raya Persekutuan 1955, Parti
Perikatan telah menang 51 daripada 52 buah kerusi
yang dipertandingkan.

Ini merupakan petanda bahawa Tanah Melayu
sudah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY
Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar setelah ahli-ahli
UMNO menolak cadangannya untuk membuka
keahlian UMNO kepada semua rakyat Tanah
Melayu.

Ia adalah sebuah parti multi-etnik.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan
sebuah negara Islam di Tanah Melayu.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI SEMANGAT 46

Merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang
diketuai oleh Tngku Razaleigh Hamzah.

Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembalikan
semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa telah
hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr
Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, parti ini telah dibubarkan setelah
kegagalannya dalam pilihan raya Parlimen 1994.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK

SARAWAK UNITED PEOPLES PARTY
(SUPP)

Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang
terawal di Sarawak.

Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang Cina.

Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran
kolonial sebagai langkah awal untuk pemerintahan
sendiri.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI KEBANGSAAN SARAWAK (SNAP)

Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan
Skrang- Saribas.

Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK





PARTI PESAKA ANAK SARAWAK
(PESAKA)

Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah.

Parti ini mewakili etnik Dayak dari Rejang.


PARTI NEGARA SARAWAK (PANAS)

Pimpinan Abang Haji Mustapha.

Mewakili etnik Melayu dan Melanau.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI RAKYAT JATI SARAWAK
(BERJASA)

Juga mewakili etnik Melayu dan Melanau dari
Lembah Rejang.

Mereka beranggapan PANAS tidak mewakili
mereka.

Parti ini dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK CHINESE ASSOCIATION
(SCA)

Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana.

Semua parti di atas bergabung membentuk Parti
Perikatan, kecuali SUPP.

Masyarakat di Sarawak terpisah kepada beberapa
parti yang berasaskan etnik dari bahagian-bahagian
tertentu.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
DAYAK
SNAP
PESAKA
MELAYU DAN
MELANAU
BERJASA
PANAS
CINA
SUPP
SCA
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Selepas tahun 1970,SUPP yang diterima baik
oleh masyarakat Cina Sarawak, telah menjadi
teman pilihan bagi Melayu dan Melanau untuk
menubuhkan kerajaancampuran selepas pilihan
raya umum tahun 1969/71.

Bagi masyarakat Melayu pula, PANAS dan
BERJASA telah pun bergabung membentuk Parti
Bumiputera yang dipimpin oleh Abd Rahman
Yakub dan Abd Taib Mahmud.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Pada pertengahan 1970-an, parti PESAKA pula
bergabung dengan Parti Bumiputera membentuk
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

PERMAS (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak)
ditubuhkan dan dipimpin oleh Abd Rahman
Yakub,Salleh Safaruddin, Sharifah Mardiah dan
Bujang Ulis.

Mereka mendakwa kepentingan mereka telah
diketepikan oleh PBB.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SABAH
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UNITED KADAZAN NATIONAL
ORGANIZATION (UNKO)

Diketuai oleh Donald Stephens (kemudian dikenali
dengan Tun Fuad Stephens).

Tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan
Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam.


UNITED SABAH NATIONAL
ORGANIZATION (USNO)

Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau, Suluk dan
lain-lain. Diketuai oleh Tun Dato Mustapha Dato
Harun.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SABAH CHINESE ASSOCIATION (SCA)

Ditubuhkan bagi memelihara kepentingan
orang-orang Cina di Sabah.

UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO, SCA
kemudiannya bergabung bagi membentuk
sebuah parti Perikatan.

Pakatan ini berjaya memenangi pilihan raya
dan seterusnya membentuk kerajaan negeri
Sabah yang pertama.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK

PARTI BERSATU RAKYAT JELATA SABAH
(BERJAYA)

Sebuah parti berbilang etnik dan dianggotai oleh
Bumiputera Islam dan bukan Islam.

Walau bagaimanapun, jelas kelihatan bahawa parti
ini dimonopoli oleh Bumiputera Islam.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI BERSATU SABAH (PBS)

Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat
tentangan terhadap kepimpinan Harris Salleh dari
parti BERJAYA.

Sebuah parti multi etnik, walaupun jelas didominasi
oleh bumiputera Bukan Islam.

Jatuh pada 17 Mac 1994. Akibat kejatuhannya,
proses politik Sabah mengalami perbahan yang
besar.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UMNO berjanji, sekiranya parti tersebut berjaya
merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua
Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera
Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina.

Beberapa parti politik baru tertubuh seperti Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik
Sabah (PDS).



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
ASAS-ASAS PENTING
POLITIK MALAYSIA

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KONTRAK SOSIAL 1948
Kontrak
Sosial
1948


Satu persetujuan yang dicapai
di antara Melayu, Cina dan India
semasa mewujudkan
Persekutuan Tanah Melayu 1948
di bawah naungan Inggeris.




Ia berkait rapat dengan bantahan Melayu
terhadap elemen-elemen yang termaktub
dalam Perlembagaan Kesatuan Malaya
(Malayan Union) 1946.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Kedudukan,
kedaulatan dan
kemuliaan Raja-Raja
Melayu tidak boleh
dipersoalkan.
Perlembagaan 1948
mengasaskan konsep
raja berpelembagaan.
Hak istimewa Melayu
tidak boleh
dipersoalkan. Hak ini
telah mengutuhkan
dominasi Melayu di
Persekutuan Tanah
Melayu dan menjamin
peranan mereka
daripada semua aspek
Hak kerakyatan
berdasarkan prinsip
jus soli bagi mereka
yang lahir sebelum,
semasa dan selepas
Persekutuan Tanah
Melayu merdeka,
melalui kuat kuasa
undang-undang. Hak
kerakyatan juga boleh
di pohon
Islam ialah agama
Persekutuan , tetapi
agama-agama lain
boleh diamalkan tanpa
sebarang sekatan.
Bahasa Melayu ialah
bahasa kebangsaan
tetapi bahasa-bahasa
lain tidak dihalang
penggunaan,
pengajaran dan
pembelajarannya.



PERKARA-PERKARA DALAM
KONTRAK SOSIAL

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Peruntukan-peruntukan dalam kontrak sosial
tersebut menjamin peranan dan ketuanan Melayu
dalam proses politik negara.

Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu
Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka
dari Inggeris.

Ia dilihat sebagai hasil proses tawar menawar
antara Melayu dan bukan Melayu kerana semua
pihak iaitu Melayu, Cina dan India mendapat
sesuatu dari proses rundingan dan persetujuan yang
telah dicapai.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERJANJIAN MALAYSIA 1963
Merupakan satu lagi persetujuan yang telah dicapai
di antara para pemimpin Malaya, Sabah, Sarawak
dan Singapura semasa mereka sama-sama
bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial
yang telah dicapai di antara Melayu dan bukan
Melayu.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan
Sabah, Sarawak dan Singapura yang dipersetujui
dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia 1963.

Tidak semua perkara yang dituntut oleh ketiga-tiga
negeri tersebut diterima dan dimaktubkan dalam
Perlembagaan.

Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yang
mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan
oleh Sabah sebagai syarat negeri itu bersetuju
menyertai Malaysia.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Antara tuntutan tersebut ialah:

Agama: Tidak memperakukan suatu agama
sebagai agama rasmi negeri.

Bahasa: Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa
Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.

Perlembagaan: Penggubalannya patut melibatkan
semua negeri.



BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Imigresen: Imigresen adalah kuasa pusat tetapi
soal keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh
Sabah sendiri

Bumiputera Sabah: Mendapat hak istimewa
seperti Melayu.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
TUNTUTAN YANG DIPERSETUJUI DALAM
PERLEMBAGAAN
Jadual ke 9, senarai tambahan kepada Sabah dan
Sarawak dalam Senarai II (Senarai Negeri).

Jadual ke 9, senarai tambahan kepada Sabah dan
Sarawak dalam Senarai III (Senarai Konkuren).

Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan
Sarawak.

Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak (dalam
peruntukan kewangan)


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
HUBUNGAN ETNIK
SELEPAS PENUBUHAN
MALAYSIA
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS
PENUBUHAN MALAYSIA
Usaha menggalakkan hubungan etnik selepas
rusuhan etnik 1969 amat mencabar.

Walaupun DEB telah dilancarkan bertujuan untuk
memupuk suatu bentuk hubungan etnik, namun
cabaran dan rintangannya tidak berkurangan.

Ketegangan berasaskan etnik timbul dari masa ke
semasa.


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia..
Peristiwa Kampung Medan yang berlaku awal
2000an menunjukkan perpaduan antara etnik yang
telah dibina selama ini masih tidak mantap.

Perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam bidang
politik di mana ia dapat membawa semua etnik
utama ke dalam proses politik dan pentadbiran.

Namun kejayaan dalam bidang politik ini tidak
dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama
dari segi kemasyarakatan dan ekonomi.
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Proses perpaduan dan integrasi
memerlukan penglibatan langsung
Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat
top-down. Dalam konteks ini, DEB dan
dasar-dasar yang selanjutnya
merupakan suntikan daripada Kerajaan
yang cuba mewujudkan perpaduan.
Kesemua dasar yang dirangka oleh
kerajaan menyediakan peluang supaya
semua etnik berada dalam satu dimensi
fizikal yang sama, sama ada dalam
bidang ekonomi, pendidikan atau
perkhidmatan awam.
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia..


BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KESIMPULAN
Malaysia adalah sebuah negara berbilang etnik.
Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan
kerajaan sendiri kecuali melalui kerjasama antara
pelbagai etnik.

Kerjasama ini penting supaya tiada kelompok
dianiayai semata-mata kerana percaturan kuasa
dan politik sempit.

BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Malaysia kini sudah mencapai kestabilan politik
dan kemakmuran ekonomi antaranya hasil
daripada penyatuan etnik.

Kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskan
kestabilan politik.

Oleh itu, survival Malaysia dari segi ekonomi
dan politik bergantung kepada integrasi yang
kukuh dan berpanjangan.

Anda mungkin juga menyukai