Anda di halaman 1dari 18

Kelebihan dan Kelemahan

Portfolio
Kelebihan Portfolio
Dapat melihat pertumbuhan dan perkembangan
kemampuan murid dari semasa ke semasa
Akauntabiliti yang tinggi
Meningkatkan peranan murid dan penglibatan
murid secara aktif
Identifikasi
Penglibatan orang tua dan masyarakat
Penilaian diri
Fleksibel
Tanggungjawab bersama
Keadilan
Murid menjadi lebih bertanggungjawab
Memberi kesempatan kepada murid untuk
meningkatkan kemampuan diri
Dapat melihat petumbuhan dan
perkembangan kemampuan
murid dari semasa ke semasa

Penilaian portfolio lebih menekankan pada
proses perubahan kemampuan anak daripada
hasil belajar.
Berdasarkan feedback atau refleksi kendiri
murid, guru juga dapat mengetahui
perkembangan mereka.
Akauntabiliti
Dengan penglibatan murid-murid,
tanggungjawab menilai tidak hanya
berdasarkan guru sahaja tetapi boleh
penilaian juga boleh dijalani oleh murid-murid
sendiri.
Meningkatkan peranan murid dan
penglibatan mereka secara aktif
Penilaian portfolio lebih bersifat individual dan
semua murid terlibat dalam pembelajaran dan
penilaian portfolio secara nyata.
Identifikasi
Dengan penilaian portfolio, kita lebih mudah
menemukan hubungan antara tujuan belajar
dan hasil belajar. Hasil belajar lebih jelas
dipaparkan dan bersifat autentik.
Penglibatan orang tua dan masyarakat
Penilaian portfolio lebih bermakna bagi
masyarakat dan orag tua kerana dapat melihat
perkembangan kemampuan anak atau murid-
murid dari semasa ke semasa dengan hasil
belajar mereka dalam portfolio.
Penilaian diri
Dengan penilaian portfolio, murid-murid
diarahkan untuk melakukan penilaian
terhadap diri sendiri. Dengan pertanyaan atau
soal jawab atau borang penilaian mudah.
Fleksibel
Pengukuran dijalankan secara lebih fleksibel.
Fleksibiliti pengukuran dalam penilaian
portfolio dapat diertikan bahawa untuk
menyimpulkan dan melaporkan hasil penilaian
tidak memerlukan satu pengolahan dan
analisis yang rumit. Guru senang untuk
membuat perancangan seterusnya seperti
membahagikan kumpulan mengikut tahap
penguasaan kemahiran dan sebagainya.
Tanggungjawab bersama
Guru dan murid bersama-sama dalam
perancangan dan evaluasi hasil belajar.
Sebelum melakukan penilaian dengan
pendekatan portfolio dalam menyusun mozek,
murid-murid diajak untuk membuat
perbincangan dahulu tentang pelaksanaan
kegiatan yang akan dilakukan.
Keadilan
Membantu guru melakukan penilaian secara
adil, berobjektif dan dapat
dipertanggungjawabkan tanpa mengurangkan
kreativiti murid.
Dengan penilaian portfolio, murid-murid yang
pandai boleh menunjukkan kelebihan-
kelebihan dirinya secara optimal, manakala
murid-murid yang kurang pandai dapat
dibantu dalam meningkatkan kemampuanya.
Murid menjadi lebih
bertanggungjawab
Portfolio menjadi tanggungjawab murid dalam
kelas ataupun di luar kelas. Murid tahu
tanggungjawab mereka dan belajar untuk
bertanggungjawab dalam penghasilan
portfolio.
Memberi kesempatan untuk murid
meningkatkan kemampuan mereka
Dalam penilaian, murid dapat membuat
pemerhatian dalam portfolio kawan dan
portfolio sendiri. Dengan ini, murid-murid
boleh berkongsi ilmu dan belajar bersama-
sama untuk meningkatkan kemampuan diri
mereka.
Kekurangan Portfolio
Memerlukan masa yang lama berbanding
dengan ujian biasa
Reliabiti rendah
Ada kecenderungan guru mementingkan
pencapaian akhir sahaja
Memerlukan masa yang lama
berbanding dengan ujian biasa
Sekurang-kurangnya penilaian portfolio
memerlukan beberapa minggu tetapi ujian
biasa mungkin boleh disiapkan dalam tempoh
sehari.
Reliabiliti rendah
Tingkat reliabiliti rendah kerana dalam
tempoh penilaian proses penghasilan portfolio
adalah panjang dan pelbagai faktor akan
mempengaruhi proses ini.
Contohnya, jika diberikan tugas yang sama
pada waktu lain mungkin hasil akan lebih baik
kerana tugas itu berulang seperti mewarna
sesuatu gambar.
Ada kecenderungan guri
mementingkan hasil akhir sahaja
Sesetengah guru lebih mementingkan
pencapaian akhir sehingga mengabaikan atau
kurang memberi perhatian pada proses
penilaian.