Anda di halaman 1dari 2

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Pendidikan
Pendidikan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan
juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan,
pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk
mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
[sunting] Secara Logis
Pendidikan berawal sejak dalam kandungan sampai mati.Pendidikan sangat penting di
masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan.
Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang
memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan
berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran.
Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti
daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan
persekolahan menjejaskan pendidikan saya."
Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih
mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara
tidak rasmi.
Kini, komputer banyak memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada
sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas
talian (pendidikan jarak jauh).
Diambil daripada
"http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pendidikan&oldid=2247013"
Kategori:
Pendidikan
Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan Dasar Pendidikan
Kebangsaan yang secara lansung dapat merapatkan hubungan
antara pelbagai kaum. Contohnya melalui penubuhan sekolah
kebangsaan. Jika diteliti,dasar ini sebenarnya turut memainkan
peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi antara pelbagai
etnik, bangsa, budaya mahupun kepercayaan. Dalam kata lain, dasar
ini sebenarnya agen perubahan yang dapat menggalakkan lagi
perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Melalui dasar
pendidikan sesebuah negara dapat maju dan berkembang pesat.
Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata
Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak,
Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi
memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini
dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan
menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan
lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.
BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN.
Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan negara kita.. Dalam Perkara 152 perlembagaan ada
menyatakan kedudukan Bahasa Melayu.Hal ini bermaksud bahasa
melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa
melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan
taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat luas. Salah
satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang
berfungsi sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di
negara kita. Penggunaan bahasa melayu dalam interaksi seharian
antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dan ini secara langsung dapat memupuk semangat
perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya, apabila orang cina,
India dan melayu ingin berkomunikasi mereka akan menggunakan
bahasa melayu hal ini disebabkan kedudukan bahasa melayu
sebagai bahasa perhubungan yang utama berbanding bahasa lain.
Namun demikian, penggunaan bahasa lain adalah tidak dilarang.

Anda mungkin juga menyukai