Anda di halaman 1dari 2

Warkah dari Hospital Shifa

Sahabat tercinta, Kejadian malam tadi (20 Julai) sangat melampau. Serangan
darat di Gaza menyebabkan ramai mangsa yang cedera, parah, berlumuran
darah, nazak, kesejukan, semua peringkat umur, tetapi kesemuanya orang awam
yang tak bersalah.
Darah bayi merata-rata
Ramai wira di dalam ambulans dan semua hospital seluruh Gaza bertugas syif 12 hingga 24
jam, wajah-wajah pucat akibat kelelahan dan timbunan tugas yang menggila (tanpa
bayaran di Hospital Shifa sejak empat bulan lalu) mereka merawat, ambil peduli, cuba
memahami huru-hara yang tidak difahami tubuh manusia yang berjalan dan tidak mampu
berjalan, yang bernafas dan tidak bernafas, yang berdarah dan yang tidak berdarah. Ya, itu
manusia!

Sekarang, mereka diperlakukan seperti binatang oleh tentera paling tidak bermoral di dunia.

Hormat saya tiada habisnya bagi mereka yang cedera kerana walaupun dalam kesakitan dan
kepedihan semangat mereka tidak pudar. Kekaguman saya kepada petugas dan
sukarelawan tidak putus. Warga Palestin banyak beri saya kekuatan, walaupun saya terdetik
ingin menjerit, peluk erat tubuh mereka, menangis, mencium kulit dan rambut anak yang
berlumuran darah itu, tetapi kami tidak mampu, begitu juga mereka.

Merobek nyawa yang tak bersalah

Debu kelabu menutupi wajah. Tidak hanya puluhan tubuh yang cacat dan berdarah, kami
masih memiliki danau darah di lantai bilik kecemasan, menitis merata-rata. Petugas
pembersihan juga ada, menyapu darah, tisu-tisu badan, rambut, pakaian, semuanya dari si
mati. Tugasan seperti itu diulangi setiap hari.

Lebih 100 kes kami terima di Hospital Shifa setiap 24 jam, sesuai jika kelengkapannya ada.
Tapi di sini, hampir tiada apa-apa. Elektrik, air, ubat-ubatan atau mungkin meja, peralatan
hospital, semuanya berkarat seolah-olah baru diambil dari muzium. Tetapi petugas di sini
langsung tidak mengeluh. Mereka bertugas umpama pahlawan, terus maju dan sangat
berjiwa besar.

Saat saya menulis warkah ini, saya seorang diri di katil saya, air mata saya bercucuran, air
mata dari kepedihan dan kesedihan, kemarahan dan ketakutan. Ini tidak sepatutnya terjadi!

Dari wartawan hingga ke bayi kecil tiada yang selamat.

Dan sekarang, okestra mesin perang Israel mula menyanyikan simfoninya yang mengerikan.
Baru-baru ini, meriam bot-bot tentera laut Israel menyusuri pantai Gaza. F16 yang menderu,
drone yang memuakkan, serta helikopter Apache yang bingit direka dan dibiayai Amerika
Syarikat.

Encik Obama, apakah anda punyai hati?

Saya menjemput anda untuk meluangkan masa satu malam. Hanya satu malam bersama
kami di Hospital Shifa. Mungkin anda boleh menyamar sebagai petugas kebersihan.

Saya yakin, 100 peratus...tindakan sedemikian akan mengubah sejarah.

Mads Gilbert MD PhD
Profesor Klinikal dan Ketua Rawatan Kecemasan
Hospital Universiti North Norway.

- ARRAHMAH.com
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

Anda mungkin juga menyukai