diterima dalam kalangan kanak-kanak prasekolah 2. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi tingkah laku yang tidak diterima. Tingkah laku negatif Destruktif Distruptif Pergant ungan berlebih an Pengun duran diri Tingkah laku destruktif Tingkah laku merosak dan anti sosial yang sangat bahaya kerana disamping melakukan kerosakan dan mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan sekolah, pelakunya juga terlibat melakukan aktiviti jenayah. Tingkah laku agresif ini dapat dikenalpasti melalui perbuatan, tindakan merosakkan atau perkataan melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata, gengtarisme dan vandalisme. Pelaku juga mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Pelaku ini seronok melihat kesusahan atau penderitaan orang lain. Tingkah laku distruptif Tingkah laku melampau yang mengganggu aktiviti dan ketenteraman orang lain atau pengajaran seperti membuat bising, bercakap pada waktu yang tidak sesuai, pergerakan yang berlebihan atau tidak perlu, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.
Tingkah laku pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk berdikari, kebimbangan dan kurang keyakinan diri dalam melaksanakan aktiviti- aktiviti pembelajaran dan aktiviti sosial. ini sentiasa mengahrapkan bantuan dan pertolongan otrang lain seperti ibu bapa , guru dan rakan sebaya untuk menyiapkan tugasan, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Sekiranya orang yang diharapkan tiada, kanak-kanak tersebut akan berasa bimbang, takut dan cemas. Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak bertingkah laku begini adalah kerana ibu bapa memberi perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.
Tingkah laku pengunduran diri Penarikan diri daripada situasi yang mengancam atau tidak selamat. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri berkaitan dengan pengalaman pahit di masa lalu. Tingkah laku kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau aktiviti berpunca dari rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang kemahiran atau perasaan malu. Tingkah pengunduran diri ini akan mengakibatkan kanak-kanak menyimpan perasaan, tidak mahir berkomunikasi, bersosialiasi dan seterusnya membentuk konsep kendiri yang negatif.
Langkah untuk mengatasi Peneguhan positif Peneguhan negatif Dendaan dan hukuman Panduan menghadapi disiplin Memberi pujian, senyuman yang ikhlas, ganjaran, hadiah atau sesuatu yang menyenang dan menyeronokkan kanak- kanak. Peneguhan positif merupakan tindak balas yang tidak menyenangkan atau menyakitkan dilaksanakan jika kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang tidak diterima atau negatif. guru atau ibu bapa boleh menarik keistimewaan atau keseronokan dengan tujuan untuk menghapuskan tingkah yang tidak diingini. Peneguhan negatif untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan dan hukuman Panduan menghadapi disiplin kanak-kanak Guru perlu realistik terhadap tingkah laku kanak-kanak. Jangkaan yang diberikan harus sesuai dengan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Melihat kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak merupakan satu pembelajaran daripada kesilapan. Guru perlu memberi bimbingan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Guru menunjukkan contoh yang bertingkah laku yang baik dan sesuai. Contoh bagaimana guru mengawal kemarahan dan kekecewaan perlu dilakukan secara eksplisit. Kanak-kanak yang berumur tiga tahun atau lebih, boleh diberi peluang untuk memilih melakukan sesuatu tindakan. Peluang yang diberikan hendaklah selamat dan memberi peluang untuk meneroka pengalaman baru.
Perlu menggunakan perkataan yang sesuai bagi menegur kesalahan dan bukannya memukul kanak-kanak tersebut. Memukul tidak memberi kesan yang positif. Kanak-kanak belajar melayan orang lain sebagaimana mereka dilayan. Jika kanak-kanak dipukul, mereka belajar menyelesaikan masalah dengan keganasan.Jika hukuman perlu dilaksanakan, alasan yang logik perlu dimaklumkan kepada kanak-kanak.