Anda di halaman 1dari 20

TAJUK 10 ISU-ISU SEMASA PERKEMBANGAN KURIKULUM DI

MALAYSIA
SINOPSIS
Menjelaskan perkembangan Kurikulum Kemahiran Sekolah Rendah,
perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam era teknologi
maklumat dan komunikasi dan cabaran dan trend baru dalam Kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan
perkembangan Kurikulum Sekolah Rendah;
2. Menghuraikan perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah rendah
dan;
3. Menjelaskan cabaran dan trend baru dalam Kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah.










10.1 PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUPSEKOLAH
RENDAH
Pengenalan
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar
dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini
digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan
teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui
penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang
positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan
murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan
teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat
menjalankan kerja buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta.
Ia juga membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan
berasaskan teknologi dan keusahawanan.
Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan
kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan
Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid
menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi
produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti
kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan
elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki
kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih
menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan,
memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan
Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa
menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid
mengamalkan sikap pengguna yang bijak.
10.1.1 Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup (KHSR)
Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk
mengadakan pendidikan kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran
wajib bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia.
Perkembangan ini juga adalah ekoran daripada pendapat ramai bahawa sistem
pendidikan di Malaysia ketika itu sudah tidak sesuai lagi kerana terlalu banyak
memberi tekanan kepada mata-mata pelajaran akademik dan peperiksaan
sahaja.
Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu
kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pusat Perkembangan
Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH untuk
Tahun III hingga VI yang dinamakan Tahap Dua. Program KBSR ini telah diuji
pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di
seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah
yang amat penting bagi mata pelajaran KH di Malaysia (Johami, 1993).
Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982 telah
memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang wajib di semua
sekolah rendah. Adalah menjadi harapan besar semua pihak terhadap
pelaksanaannya, maka ukuran untuk menentukan kejayaan atau kegagalan
seseorang tidak boleh diabaikan. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa
senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan
peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.





Jadual 10.1: Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup (KHSR)











1979
KH sebagai mata pelajaran wajib bagi semua murid tahap II di
sekolah rendah.
1991
Kemahiran manipulatif di1000 buah sekolah rendah
1982
KH dilaksanakan di beberapa buah sekolah yang terpilih
1983
KH dilaksanakan di seluruh negara
10.1.2 Laporan-Laporan yang Berkaitan dengan Kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah (KHSR)
1. Laporan Barnes (1950)
Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan
dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:
Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai
bahasa pengantar.
Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya
ialah:
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan
Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana
sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

2. Laporan Fenn-Wu (1951)
Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara
China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya
menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952)
Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya
ialah:
Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan
menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil,
dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)
dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk
menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang
diperlukan untuk pembangunan negara.
3. Ordinan Pelajaran (1952)
a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British
untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan
Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan- corak sistem
persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina
dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan
kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak
menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
4. Penyata Razak (1956)
a. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak
Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan
mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan
dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
b. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan
dalam Ordinan Pelajaran 1957
c. Tujuan Penyata Razak adalah:-
i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar
di sekolah
ii. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan
India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
iii. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang
perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
iv. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi
untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih,
liberal dan progresif.
v. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih
cekap dan berkesan
vi. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin,
terlatih , lieral dan progresif
vii. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan
Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak
yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan
Laporan Razak:
A. Sekolah Rendah
a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan
Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa
pengantar.
b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
matapelajaran wajib.
c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran
Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya
jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.
d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah
Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun
dan separuh masa 2 tahun.
B. Sekolah Menengah
a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat
iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah
menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran
wajib.
c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan
sukatan yang sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus
peperiksaan memasuki sekolah menengah.
C. Sistem peperiksaan
a. Sekolah Menengah Rendah.
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan
bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran
(SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.
b. Sekolah Menengah Atas.
Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang
sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.
c. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi
Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki
universiti.

5. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi
mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah
bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa
ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah
dikemukakan:
A. Bahasa kebangsaan
a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian
tinggi.
b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke
sekolah menengah.
B. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T)
yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau
Inggeris.
C. Kenaikan automatik
a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah
dan sekolah menengah bantuan kerajaan.
b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara
automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah
menengah rendah.
c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa
mengira bahasa pengantarnya.
D. Matapelajaran akhlak
a. Murid beragama Islam Pendidikan Islam.
b. Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.
6. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)
a) Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun
1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan
untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin
serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara dapat dicapai.
b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang
utama;
ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu;
vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan
tahun;
vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian
khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar atau pendalaman;
viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru
ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan
mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada
tahun 1978;
x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan
pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan
dan sains gunaan;
xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan
disiplin;
xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris
sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah
dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
dan
xiii. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis,
pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Jika kita teliti, kita akan dapati bahawa di samping strategi ini, Dasar Pendidikan
Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar
yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan
kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan
Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan
tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran
Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan,
Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan
Kurikulum.








10.2 PERLAKSANAAN KHSR DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
Pengenalan
Dalam era teknologi komputer, penggunaan komputer menjadi semakin penting
dan diperlukan dalam pengurusan dan pentadbiran sama ada oleh pihak
kerajaan ataupun swasta. Perkembangan pesat ini telah menjadi aspek yang
dominan dalam sistem pendidikan. Matlamat kurikulum mata pelajaran tersebut
di peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan
secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran menangani maklumat dengan
menggunakan teknik dan perkakasan ICT bagi menyelesaikan masalah (KPM,
2005). Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum mata pelajaran
tersebut juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan
sumbangan ICT kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat
menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi
berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja.










10.2.1 Kepentingan Menguasai ICT dalam KHSR
Peranan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah pada abad ini amat mencabar
kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan
dasar peningkatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Pada masa ini, orang yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang luas dalam bidang
komputer boleh dianggap sebagai sumber atau aset yang sangat berharga
kepada masyarakat industri. Sebaliknya manusia yang jahil atau tidak
mempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai
buta komputer dan dianggap sebagai penghalang kemajuan sesebuah negara
yang kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Halimahtun Saadiah Mohd
Taib & Nor Azilah Ngah, 2005).
Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang profesional menjadi
perantara bagi yang muda ke peringkat dewasa. Dia menstruktur pengetahuan,
membina sifat ingin tahu dalam diri orang lain, dan menyampaikan sesuatu
perasaan keseronokan kepada pelajar. Seorang guru harus boleh
mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu
mengajar dalam era globalisasi ini. Kualiti yang seharusnya ada pada guru ini
hanya boleh ditandingi oleh keinginan guru itu sendiri untuk terus membina ilmu
bagi dirinya. Guru harus mempunyai pengetahuan dalam bidanng komunikasi
maklumat (ICT) dan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah
mendapatkan maklumat.
Teknologi maklumat dapat memberi banyak faedah dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Ianya dapat membantu guru-guru dalam kerja-
kerja seperti mengumpul dan menyimpan data pelajar, isi-isi pelajaran dan
maklumat diri. Penggunaan komputer menjadikan kerja dapat dibuat dengan
cepat dan lebih bersistematik. Hasilnya guru-guru berupaya melakukan kerja
dengan mudah terutamanya dalam mendapatkan lebih banyak maklumat yang
diperlukan. Sumber dapat diperolehi daripada internet.

Jadual 10.2: Kepentingan menguasai ICT dalam KHSR












Kerja dapat dibuat dengan cepat dan lebih bersistematik
Berupaya melakukan kerja dengan mudah
Mendapatkan lebih banyak maklumat yang diperlukan
10.3 Cabaran dan Trend dalam KHSR
Pengenalan
Kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah pada masa kini, sama ada ia dapat
dijalankan dengan lancar dan membawa implikasi kepada masyarakat
memerlukan kepekaan yang tinggi daripada pelaksanaan mata pelajaran KH di
sekolah rendah dan para pendidik yang mulia. Mereka harus prihatin terhadap
perkembangan-perkembangan baru dan isu-isu semasa dalam arena pendidikan.
Perkara ini lebih mustahak dalam mata pelajaran KH di Malaysia yangkini
sedang giat berubah dengan kemunculan beberapa masalah serta cabaran
untuk golongan guru KH. Segala perubahan dan perkembangan baru itu harus
disedari, difahami, dan dikaji secara rasional supaya mereka dapat menghadapi
dan mengatasi cabaran- cabaran semasa dalam bidang ini dengan menerima
dan mencuba kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan dalam pedagogi KH
yang mungkin berbeza atau dipersepsi sebagai yang baru.











10.3.1 Cabaran dan Trend dalam KHSR
A) Pentadbir sekolah
Pentadbir sekolah memainkan peranan yang vital dalam pelaksanaan KHSR
dengan memastikan pelaksanaan KHSR ini dijalankan seperti yang termaktub
kurikulum pendidikan. Antara salah satu trend yang didapati dalam pentadbir
sekolah ialah tidak menitikberatkan tentang pelaksanaan KHSR. Hal ini berlaku
apabila mereka mengabaikan pengajaran KH terutamanya bag jadual darjah 6
kerana jadual KHSR digantikan dengan subjek peperiksaan misalnya Bahasa
Melayu, Matematik, Sains dan sebagainya. Manakala ada sekoalh yang tidak
memasukkan jadual KHSR di Tahun 6.
B) Pengurusan panitia
Menurut maklumat yang didapati menunjukkan bahawa 80% guru ada Sukatan
Pelajaran, 79 % mempunyai Huraian Sukatan Pelajaran, 30% sekolah memberi
pendedahan mengenai pengurusan panitia, 46% sekolah mengadakan
mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali sepenggal (Pekeliling Ikhtisas il.
4/1996) , manakala hanya 37% panitia mematuhi arahan.
C) Pengurusan bengkel
Pengurusan bengkel merupakan satu cabaran bagi guru KH, masing- masing
sekolah mempunyai bilik bengkel yang berbeza, ada pula yang tiada kewujudan
bilik bengkel.





Berikut merupakan contoh situasi yang dialami oleh sekolah yang mempunyai
bengkel KH dan tiada bengkel KH.
Sekolah yang mempunyai bengkel
Kemahiran Hidup
Sekolah yang tidak mempunyai
bengkel Kemahiran Hidup
Bengkel diurus dan digunakan dengan
baik
Pengajaran dan pembelajaran
diadakan di dalam kelas, rumah guru
dan bawah pokok.
Bengkel terbiar
Berkongsi dengan subjek lain atau
digunakan untuk motif lain
Dijadikan kelas biasa
Dijadikan stor tempat menyimpan
peralatan sukan dan tukang kebun.

Bagi sekolah yang memiliki stor, sesetengah stor tidak dikemas kini. Bagi yang
tiada stor, peralatan dan bahan KH disimpan dalam almari, bawah meja
guru,pejabat, stor di bilik guru besar dan dalam stor sukan.
D) Peralatan KHSR

Dari pengendalian peralatan KHSR ini, terdapat sekolah mempunyai peralatan
yang lengkap dan diselenggara dengan baik., ada yang mempunyai peralatan
yang lengkap tapi tidak diselenggara dengan baik tetapi juga ada sekolah yang
sedang menghadapi masalah peralatan yang tidak mencukupi
E) Bahan KHSR
Ada sekolah yang mempunyai bahan yang lengkap dan ada tidak mempunyai
bahan yang lengkap. Selain itu, ada sekolah yang membekalkan murid dengan
bahan yang tidak sesuai seperti besi yang terlalu keras dan murid-murid diminta
untuk membawa bahan ke sekolah.
F) Guru KHSR
Ramai guru Kemahiran Hidup selepas posting ke sekolah tidak berpeluang untuk
mengajar subjek Kemahiran Hidup berdasarkan profesion masing-masing. Guru
dari bukan opsyen KH majoritinya mengajar Kemahiran Hidup. Hal ini berlaku
ketika kebanyakkan sekolah mengarahkan guru terutamanya guru lama bertugas
untuk mengajar KH. Kesannya ada guru yang dapat melaksanakan dengan baik
manakala ada guru yang sebaliknya. Guru dari opsyen Kemahiran Hidup pula
diarah untuk mengajar subjek Sains, Matematik dan lain- lain.
G) Bantuan Per Kapita (PCG)
Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang
diperuntukkan kepada setiap murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Bagi sekolah yang mempunyai PCG :
Membelanjakan peruntukan yang ada untuk tujuan P&P KH
Membeli peralatan yang tidak bersesuaian seperti mesin welding, circular
saw (gergaji bulat) , grinder, dan jig saw (semua mesin tersebut
menggunakan tenaga elektrik) untuk kegunaan tukang baiki perabot
sekolah.
Peruntukan yang didapat untuk subjek lain atau untuk kegunaan tempat
lain
Jadual 10.3: Kadar pemberikan per kapita bagi sekolah rendah