Anda di halaman 1dari 73

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis

KEMAHIRAN MENDENGAR &
BERTUTUR

Konsep
Objektif
Proses dan Bentuk
Prinsip Pengajaran
Kaedah
Penilaian

Objektif
Melalui kemahiran mendengar, seseorang
Itu boleh:
memperoleh idea;
mencari isi-isi penting;
melakukan arahan/ tindak balas;
mengenal pasti perkara yang
berhubungan dan tidak berhubungan;

Konsep
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran
yang paling asas dalam kemahiran lisan
Berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah
menguasai kemahiran mendengar, dia
seharusnya dapat mendengar dengan baik apa
sahaja yang dituturkan oleh orang lain
kepadanya dan boleh pula memahami @
maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang
didengarnya itu dengan tepat

- Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran
menerima maklumat secara lisan.
- Proses mendengar merupakan satu proses
fizikal melibatkan telinga sebagai alat
penerima bunyi bahasa.
- Proses memahami pendengaran melibatkan
proses psikologi dan mental seperti
pengamatan, kecerdasan, dan pemikiran yang
disepadukan.
Konsep Penting Di dalam Pendengaran

a)Individu lebih banyak belajar mendengar
melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.
b)Pendengaran gabungan drpd segala yg
didengar, difahami dan diingat.
c) Aspek fizikal , psikologi dan neurologi
mempengaruhi proses pendengaran.
d) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan
khas secara berperingkat.



e) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran bukan
perasaan.
f) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan
idea yg logik dan berkesan.
g) Pendengaran utk mengkritik memerlukan
pendengaran yg berpusatkan idea utama, hujah-
hujah dan bukti.
h) Pendengaran utk apresiasi memerlukan analisis
kritis terhadap bentuk dan isi.
i) Pendengaran utk hiburan libatkan tindak balas
positif terhadap muzik, kesusasteraan dan lain-
lain aspek seni dan estetika.

Objektif
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu
boleh:
memperoleh idea;
mencari isi-isi penting;
melakukan arahan/ tindak balas;
mengenal pasti perkara yang berhubungan
dan tidak berhubungan
mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
mentafsir makna-makna yang tersirat,
mengenal pasti moodpenutur, suasana, dan
keadaan/ konteks, dan
mengesan pengaruhpenutur sama ada
menggunakan logik atau propaganda, iaitu
seperti memberi yang baik sahaja,
menggunakan nama orang-orang terkemuka
atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.
Proses
Proses mendengar biasanya berlaku dalam
empat peringkat :-
a) Mendengar deretan-deratan bunyi bahasa.
b) Memahami bunyi-bunyi tersebut
c) Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan
d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.
Proses mendengar melibatkan dua proses
penting
Membuat jangkaan
Apabila kita mendengar kita akan membuat jangkaan
dlm fikiran terhadap apa yg akan kita dengar
seterusnya.
Cthnya : Apabila kita mendengar berita tentang
banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur, kita akan
membuat jangkaan tentang kemungkinan lain yg
berlaku berkaitan peristiwa tersebut.
Cth lain :- Apabila mendengar berita kejadian
bencana alam Tsunami.

Menentukan Tujuan
Untuk menjadi pendengar berkesan , seseorang itu
perlu mempunyai tujuan tertentu untuk mendengar.
Tujuan mendengar mungkin untuk mendapatkan
hiburan, pengetahuan dan maklumat . Sekiranya kita
mendengar tanpa tujuan , apa yg didengar itu tidak
bermakna.
Cthnya : Apabila seseorang itu mendengar Perdana
Menteri membentangkan bajet tahunan negara.
(dptkan maklumat kebajikan,kewangan(ekonomi),
halatuju negara dsb.


Bentuk & Peringkat

Terbahagi kepada 3 peringkat :
Awal
Pertengahan
Maju
Peringkat awal
Terbahagi kepada 3 bahagian:
Mendengar secara pasif
Mendengar tanpa tindak balas
Mendengar secara menebuk nebuk

Mendengar secara pasif
peringkat kemahiran yang paling rendah
pendengar biasanya:
tidak berupaya memahami makna keseluruhan ujaran
jarang jarang dapat memahami @ mengingati @
menyebut semula perkara perkara yang didengar.

perkara perkara yang mendorong kanak kanak
mendengar secara pasif
bahan bahan yang diperdengarkan tidak menarik
minat
bahan terlalu sukar difahami
bahan tidak bermakna kepada mereka.
Mendengar tanpa tindak balas
pelajar pelajar mendengar tetapi tidak membuat
sebarang tindakan selepas itu.
Berlaku kerana pendengar:
tidak peka terhadap apa yang diucapkan
tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara
kata kata @ ayat yang diucapkan.
Tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih,
simpati dan sebagainya.
Mendengar secara menebuk-nebuk
peringkat kemahiran yang masih rendah

situasi berlaku di kalangan pelajar bahasa pertama @ bahasa
ibunda
pelajar hanya menebuk nebuk kata @ rangkai kata yang
didengari untuk mengambil isi isi @ tujuan tertentu.

situasi ini berlaku kerana:
yakin bahawa mereka cukup berupaya memahami @
mampu menggunakan bahasa sendiri walhal kadar
kefahaman mereka terhadap tindak balas itu pada
peringkat yang masih lemah.
Peringkat Pertengahan
Terbahagi kepada 3 bahagian:
Mendengar secara bertelau telau
Mendengar dengan beremosi
Mendengar secara berhati hati

Mendengar secara bertelau telau
berlaku di kalangan pelajar bahasa kedua
taraf pendengar yang berada pada peringkat ini lebih tinggi
berbanding pendengar yang berada pada kemahiran
mendengar secara pasif.
Pendengar biasanya:
tidak mampu mendengar bahan bahan ujuaran tertentu.
Tidak mengabaikan apa yang didengari tetapi mendengar
secara berhati hati tapi masih gagal membentuk konsep.
situasi ini berlaku kerana:
lemah dalam bahasa yang dipelajari.
kurang didedahkan dengan suasana berbahasa dalam
bahasa tersebut.
Kurang biasa mendengar @ bertutur @ berkomunikasi
dalam bahasa tersebut.
Mendengar dengan beremosi
pendengar sudah mula mempunyai kemahiran
dalam bahasa yang dituturkannya.

Pendengar dapat merasakan sesuatu sehingga
memberangsangkan emosinya.

Mereka boleh mendengar, memahami &
bertindak terhadap ujaran yang didengarnya
itu.
Mendengar secara berhati hati
pendengar :
mendengar dengan teliti & bersungguh
sungguh.
Menumpukan pendengarannya terhadap kata
demi kata, rangkai kata demi rangkai kata, ayat
demi ayat.

tujuan: supaya setiap butiran yang dituturkan dapat
difahami dengan tepat & betul.

Kemahiran ini boleh dicapai dengan:
memberikan @ menambah latihan mendengar
melatih mereka secara formal & bersungguh
sungguh.
Peringkat Maju
Terbahagi kepada 3 bahagian:
Mendengar secara kritikal
Mendengar dengan pengamatan
Mendengar secara kreatif

Mendengar secara kritikal
Berlaku setelah sesorang itu dapat menguasai kemahiran
berbahasa dengan baik.
Peringkat kemahiran mendengar yang telah mencapai tahap
yang tinggi.
Memahami pertuturan @ percakapan dengan baik.
Boleh menentukan kesahihan fakta yang didengarinya.
Menyedari kelemahan yang terdapat dalam pertuturan.
Mendengar secara kritis memerlukan sesorang itu berfikir
secara kritis dan analitis.

Kemahiran ini boleh dicapai dengan:
Memberi latihan mendengar & berfikir secara intensif
Boleh dilakukan dalam proses pembelajaran secara
bersahaja.

Mendengar dengan pengamatan
Berlaku di kalangan pelajar yang sudah boleh
berfikir secara kritikal

Mendengar dengan cara ini lebih bermakna:
Kerana proses mendengar itu didasarkan kepada
pengalaman si pendengar
Pendengar lebih mudah memahami sesuatu
ujaran.
Mendengar secara kreatif
Kemahiran yang paling tinggi.
Menjadi matlamat pengajaran & pembelajaran lisan
di peringkat mendengar.
Pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk
mencipta sesuatu.
Pendengar dapat memahami ujaran yang
dikemukakan dengan baik.
Pendengar boleh membuat tafsiran, mengkritik,
menganalisis, membuat ulasan @ komen yang
bernas dan jitu.
Terdiri daripada mereka yang boleh berfikir dengan
baik dan bijak.
Prinsip Pengajaran
Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-
sama kemahiran berbahasa bertutur,
membaca dan menulis;
Kemahiran mendengar, seperti kemahiran
berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan
aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran
mendengar perlu dirancang berteraskan
tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti
tertentu;

Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak
diajar hendaklah dirancang dan disampaikan
dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian
murid-murid boleh melibatkan diri secara
proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi
peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas
terhadapnya secara maksimum. Dengan
demikian murid-murid boleh merperlihatkan
tahap kemahiran berbahasa masing-masing
melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang
berkaitan;

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,
didahulukan daripada yang konkrit kepada
yang abstrak, daripada yang dekat kepada
yang lebih jauh, daripada perkara-perkara
yang mudah kepada perkara-perkara yang
lebih sukar dan seumpamanya.

Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk
mengajar kemahiran mendengar sehingga
begitu membebankan atau menyusahkan
dirinya semasa melaksanakan proses
berkenaan;
Motivasi guru sangat penting bagi tujuan
mengekalkan minat dan kecenderungan
mendengar dalam kalangan kanak-kanak;

Paling penting, kanak-kanak perlu diberi
peluang sebanyak mungkin untuk berlatih
kemahiran mendengar sama ada melalui
aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui
daya insiatif murid sendiri.

Kaedah Pengajaran M&B
Kaedah Audiolingual ( dengar-tutur )
Kombinasi Teori Linguistik Struktural, Prosedur
Aural-Oral, Analisa Konstruktif dan Linguistik
Behaviour.
Penguasaan kem.lisan objektif utama dlm
kaedah ini.
Pelajar bertindak balas kepada guru
berasaskan bahan rangsangan.

Prosedur Pengajaran :
Mewujudkan model tingkah laku bahasa yang
menarik dan sesuai.
Pengajaran dan pembelajaran berfokuskan dialog.
Tindak balas secara berkumpulan
Perbendaharaan kata melalui latih tubi.
Guru memberikan peneguhan tindak balas dan
tingkah laku bahasa yang betul.
Bahan yg sesuai spt RCR,VCR,CD-R, peralatan makmal
bahasa dan tanpa buku teks.


Kaedah Natural
Penekanan penggunaan bahasa dalam
kumunikasi.
Aspek penting yang perlu dipertimbangkan :
1. Tahap mudah bertanyakan murid tentang
apa yang ada di sekitar mereka atau guna
gambar mudah.
2. Pelajar didedahkan dgn aktiviti bahasa
secara bebas spt berbual dgn peer ,
menunjuk gambar dan sebagainya
Peringkat early productions pelajar bertindak
balas terhadap soalan pendek dan perbualan
Guru memberi input dan klu supaya pelajar
dapat mentafsir input.
Suasana kelas kondusif untuk pengajaran
Tumpuan aktiviti extra lingusitic context
iaitu aplikasi kepada kehidupan seharian
pelajar.
Bahan yang sesuai gambar, RCR, Pita
rakaman , komputer dan perisian serta bahan
grafik.
Prosedur pengajaran

Pelajar mengikut arahan guru dengan gerakan unsur-
unsur non-linguistik
Guru menyediakan bahan audio-visual dan pelajar
bertutur berdasarkan bahan rangsangan.
Aktiviti secara individu,berpasangan atau
berkumpulan
Kemahiran mendengar dan bertutur dinilai oleh guru
Rumusan dan pertuturan oleh guru.

KAEDAH SITUASIONAL ( SLT )

Menekankan kepada kemahiran bertutur
menggunakan perbendaharaan kata dan
tatabahasa.
Aspek-aspek bahasa diajarkan berdasarkan
situasi



Prosedur pengajaran

Tumpuan kepada teknik latih tubi
Bahan pengajaran bersifat konkrit spt gambar
dan realiti.
Latihan mendengar , menyebut aspek bahasa
ayat. Perbendaharaan kata dilakukan
berpasangan atau berkumpulan.
Strategi pengajaran :

Pelajar diminta mendengar dan ulang-sebut serta
bertindak balas terhadap arahan soalan,aksi guru
atau rakan.
Menyebut semula perkataan atau ayat
Menyebut dan mengajuk. Membahagi suku kata dan
menyebut suku kata serta menyebut suku kata
berkenaan sebagai aktiviti.
Guru mengawal aktiviti bahasa atau lisan
Bahan yang dicadangkan : AVA atau ICT dll

Kaedah Komuniti (CLL)
Guru bertindak sebagai kaunselor bahasa ,
cuba memahami perasaan pelajar melalui
caunsellor emphties
Pembelajaran bahasa dianggap sebagai social
prosess
Satu kaedah kesinambungan bermula pada
peringkat penglahiran, peringkat pelajar boleh
berdikari, peringkat pelajar boleh dan bebas
bercakap menunjukkan identiti tersendiri.
Peringkat pelajar boleh ditegur dan dikritik .
Peringkat terakhir pelajar menguasai gaya,
linguistik mampu berinteraksi dan
berkomunikasi mengguna bahasa gramatis.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Perbincangan kumpulan kecil utk sediakan
bahan perbualan atau cerita atau
mengadaptasi bahan sedia ada.

Berdialog, bercerita atau berlakon . Aktiviti
sebaiknya dirakamkan.
Mendengar semula aktiviti melalui pita
rakaman atau VCR
Perbualan bebas 3-5 minit tentang
pengalaman dan pembelajaran yang telah
dilalui.
Buat rumusan dan pengukuhan
Kaedah Total Physical Response (TPR)
Menekankan kefahaman berasaskan
mendengar dan bertutur
Latih-tubi digunakan dalam aktiviti p&p
Pelajar diarahkan mendengar dengan teliti ;
- Isi pelajaran, Dialog, Rakaman teks prosa dan
puisi dll.
- Memberikan maklum balas tentang apa
yang didengar.

Guru perlu perancangan teliti untuk memilih
konten dan BSPP.
BSPP adalah pelbagai mengikut kesesuaian.
Peringkat awal guna bahan dalam bilik
darjah
Peringkat maju guna bahan 3D (dimensi),
Komputer, gambar dll boleh digunakan.
Kaedah Suggestopedia

Kaedah pengajaran lisan bersifat dramatik bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran
bertutur berfokus kepada perbandaharaan.

Aktiviti pengajaran pembelajaran bersifat
dramatik , main peranan, peniruan dan
bersoal jawab.


Pelajar membaca dan memahami teks terlebih
dahulu atau adaptasi dalam
lakonan,nyanyian,deklamasi sajak dll
Pengajaran teks prosa atau bahan puisi sesuai
dgn kurikulum dan mengandungi nilai positif.
Teks mesti berkualiti dan mempunyai
kekuatan emosi.
Guru berfungsi mewujudkan situasi, motivasi,
dan kreativiti pelajar
Menilai dan membuat peneguhan.
Props, kostum, setting, pita rakaman , video
atau gambar-gambar rangsangan yang
berkaitan.

Kaedah Ajuk-Hafaz
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan
demontrasi dan latih tubi berkait dgn aspek
perbendaharaan kata dan tatabahasa dalam
komunikasi lisan
Aspek bahasa diajarkan melalui aktiviti
mendengar, menghafaz dan mengajuk.
Kaedah Linguistik
Guru memulakan pengajaran dengan
mengajar pelajar membunyikan perkataan.
Latih tubi bunyi rangkai kata dan perkataan
Dimulai dengan aspek mudah kepada aspek
yang lebih kompleks
Penilaian
Penilaian terhadap keupayaan
mendengar dan mendiskriminasikan
komponen-komponen linguistik.
Penilaian terhadap keupayaan kemahiran
mendengar bagi tujuan komunikasi
(Madsen, 1983)

Kedua-dua jenis penilaian ini boleh
diaplikasikan terhadap pelajar dewasa
dan kanak-kanak.
Kandungan kesukaran ujian dan penilaian
hendaklah disesuaikan dengan tahap
penguasaan bahasa dan kematangan


Teknik dan contoh Penilaian dan Pengujian
Kemahiran Mendengar

1. Mengenalpasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan
perkataan berpasangan minimal.
Cth :
tari dari

karam garam

kakak gagak




2. Mengenalpasti perbezaan bunyi berdasarkan
gambar.
Cth :
Sediakan gambar dan lekatkan di papan hitam.
Guru menyebut nama benda dalam gambar dan
murid diminta menunjukkan gambar tersebut.

3. Mengenalpasti frasa atau ayat-ayat yang
mengandungi perkataan yang bunyinya
hampir-hampir sama
-Guru menyediakan frasa yang bunyinya
hampir sama tetapi makna berlainan
Cth :
Budak dalam kelas Bedak dalam gelas
Ayam berkokok Ayah bersongkok
Sarah baring Salah baling

4. Mengenalpasti jenis-jenis ayat mengikut
intonasi.
- Guru akan membacakan beberapa ayat yang
berlainan intonasi seperti ayat tanya, ayat
perintah, dan ayat seru.
Cth : 1) Baju dalam almari.
2) Baju dalam almari ?
3) Amboi, banyaknya baju dalam almari!
4) Ambilkan saya baju dari dalam almari itu.

5) Mengenalpasti morfofonem bagi sesuatu
imbuhan
-Kenalpasti unsur penting dalam
pengimbuhan bahasa Melayu.
Cth : Guru menyebut kata terbitan gabungan
tolong , sapu , karang dgn imbuhan me-. Murid
diminta menentukan yang mana betul
me + tolong metolong,menolong,mengtolong,memtolong,
me + sapu - menyapu, mensapu, memsapu
me + karang - mengarang, mengkarang, menyarang

6) Memadankan frasa atau ayat dengan
gambar.
- Gambar tunggal atau gambar bersiri
dikemukakan dengan pelbagai ayat atau
soalan.
- Cara pelaksanaan
a) Satu pernyataan disebut dgn gambar
disediakan. Murid pilih gambar sesuai.
B) Satu gambar disediakan dgn pernyataan yg
dibaca oleh guru. Murid memilih pernyataan
yang sesuai.
7) Ujian imlak atau rencana

-amat sesuai menguji kemahiran mendengar
-hanya boleh diuji setelah murid menguasai
kemahiran menulis( menulis mekanis)
-guru membaca petikan dgn intonasi yang
betul, murid dikehendaki menulis petikan
tersebut dengan menggunakan sistem ejaan
dan tanda bacaan yang betul
8) Memberi arahan-arahan yang mudah dan
murid memberi gerak balas
-memerlukan pengamatan pendengaran
untuk membezakan bunyi-bunyi, faham
arahan ayat untuk bergerak balas.
Cth: a) Pergi ke penjuru kiri bilik darjah,
kemudian buka almari. Ambil buku
merah. Bawa buku ke hadapan kelas dan
serahkan kepada
9) Mengarahkan murid melakukan atau
membuat tugasan tertentu.
-Petikan pendek mengandungi arahan seperti
melukis, melakar, membuat jadual dsb. Cth:
a) Lukiskan rajah segi empat pada sekeping kertas
berukuran 5 cm panjang dan 3 cm lebar. Kemudian
lukiskansebuah segitiga ditengah-tengah..
b) Sekarang kamu berada di Institut Pendidikan
Guru, Kampus Kota Bharu. Untuk sampai ke pekan
Pengkalan Chepa kamu perlu berjalan sejauh 3 km.
Kamu akan terjumpa lampu isyarat kemudian
teruskan perjalanan

10) Mencantum keratan untuk membuat sesuatu.
- guru perlu menyediakan beberapa potongan kad,
kotak atau blok yg boleh dicantumkan menjadi
satu binaan atau bentuk
-setiap murid diberikan keratan dan guru
memberikan arahan bagaimana kad-kad itu
dicantum sehingga membentuk binaan
Cth arahan :
Ambil kad yang berbentuk segitiga , cantumkan dgn kad yg berbentuk segiempat
selari.Kemudian ambil kad segiempat yg kedua terbesar , letakkan kad segiempat
yang terkecil di dalamnya.
Kemudian ambil kad segiempat yang paling besar dan letakkan satu kad
segiempat yang tinggal di dalamnya.Binaan cantuman kad-kad itu berbentuk
sebuah rumah.

11) Mengemukakan soalan berdasarkan
petikan yang dibacakan
-pelbagai petikan boleh diperdengarkan kpd
murid spt petikanperbualan,syarahan,
drama, berita, iklan, perbualan telefon,
pertuturan penjual dan pembeli dsb
-Rakaman diperdengarkan. Murid membuat
catatan
-Soalan akan dikemukakan selepas petikan
rakaman diperdengarkan
Bentuk soalan yang boleh dikemukakan :
a) Soalan objektif ( betul / salah )
b) Soalan berbentuk melengkapkan
pernyataan. Cth : Apakah yang terjadi setelah
arnab terjaga daripada tidurnya ?
c) Soalan-soalan pendek yg ada kaitan dgn
petikan
d) Arahkan murid bercerita semula
kandungan petikan rakaman atau
mengemukakan isi-isi penting.
12) Mengambil nota atau catatan
- Selepas isi-isi penting disampaikan secara
lisan.
-Murid diarahkan membuat catatan
-Guru merumuskan isi-isi pelajaran
-Murid mencatatkan dalam buku masing-
masing.
-Catatan murid diperiksa dgn teliti oleh guru

Rumusan:
1) Aspek pengujian bagi kemahiran mendengar bukan sahaja
melibatkan kemahiran dan kecekapan mendiskriminasikan
bunyi-bunyi tetapi juga melibatkan kemahiran memahami
apa yang didengarkan.
2) Pengujian seharusnya melibatkan kemahiran-kemahiran
lain khususnya lisan dan tulisan.
3) Penilaian kemahiran ini perlu diberikan perhatian oleh
guru krn kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting
dlm menguasai pelbagai mata pelajaran yang disampaikan.
4) Sekiranya pengamatan pendengaran seseorang murid
lemah atau bermasalah maka murid tersebut akan
mengalami kesukaran untuk memahami apa yang diajarkan
oleh gurunya. Ini akan menjejaskan pencapaian pres
Aktiviti kumpulan :
Dalam kumpulan bertiga siapkan tugasan Penyediaan Instrumen
Kemahiran Mendengar berdasarkan soalan yang diberikan.
1) Mengenalpasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan
berpasangan minimal. *
2) Mengemukakan soalan berdasarkan petikan yang dibacakan. *
3) Mengenalpasti perbezaan bunyi berdasarkan gambar.
4) Mengenalpasti frasa atau ayat yang mengandungi
perkataan yang bunyinya hampir sama. *
5) Mengenalpasti jenis-jenis ayat mengikut intonasi.*
6) Memadankan frasa atau ayat dengan gambar
7) Memberikan arahan mudah dan murid memberi gerakbalas. (
sekurang-kurangnya 2 arahan )
8) Mencantumkan keratan untuk membuat sesuatu
9) Mengarahkan murid melakukan atau membuat tugasan tertentu*
10)Ujian Imlak atau rencana*


LANGKAH-LANGKAH
SEBELUM,SEMASA DAN
SELEPAS AKTIVITI
MENDENGAR
Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya (
Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd.
Rahman, 1992:21-22)
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga
peringkat, iaitu:
i. Peringkat pramendengar (sebelum)
ii. Peringkat semasa mendengar (semasa)
iii.Peringkat selepas mendengar (selepas)


Peringkat Pramendengar

i. guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih
dahulu sebelum mereka mula mendengar.
ii. Seterusnya , guru memberi gambaran yang menyeluruh
tentang apa yang hendak diperdengarkan .
iii. Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan
memastikan bahan ransangan dalam keadaan baik serta
mencukupi.
iv. Akhirnya, guru memastikan murid dalam keadaan sedia
untuk mengikut aktiviti.

Peringkat Semasa
Mendengar

i. Guru memastikan murid dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap bahan
ransangan.
ii. Guru juga perlu mengatasi sebarang
gangguan yang mungkin timbul ketika
aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat Selepas Mendengar

i. Guru menghuraikan tentang apa yang ditimbulkan
oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin
menyulitkan pemahaman mereka.
ii. Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek
penting dalam bahan itu.
iii.Guru juga memastikan murid menyempurnakan
tugasan dan melakukan pengukuhan .
iv.Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan
susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah
digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran
bahasa yang lain misalnya, kemahiran
mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran
bertutur atau digabungjalinkan dengan
kemahiran membaca dan menulis.
Pelbagai teknik yang menarik minat murid-
murid boleh dijalankan oleh guru misalnya,
teknik bercerita, soal jawab, perbincangan,
lakonan, latih tubi dan nyanyian.