Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

BAHASA MALAYSIA
KELAS : PRASEKOLAH BINTANG
TARIKH : 29 OGOS 2014
MASA : 8.00 PAGI 8.30 PAGI ( 30 MINIT)
BIL MURID : 23 ORANG
MODUL : TERAS
TEMA : ABJAD

SUBTEMA : VOKAL
TAJUK : VOKAL ADIK MANJA
TUNJANG UTAMA : KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA
STANDARD KANDUNGAN : BM 3.2 MENGENAL HURUF VOKAL

STANDARD PEMBELAJARAN : BM 3.2.3 MENGENALPASTI HURUF VOKAL YANG TERDAPAT DALAM
PERKATAAN

KESEPADUAN TUNJANG : PSE 2.3.4 BERTUTUR DENGAN PENUH KEYAKINAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : PADA AKHIR PENGAJARAN MURID DAPAT:
- MENYEBUT DAN MENGENALI SEKURANG-KURANGNYA 3 DARIPADA 5 HURUF
VOKAL
- MENGENALPASTI HURUF-HURUF VOKAL DALAM MANA-MANA PERKATAAN
YANG DIJUMPAI

PENGETAHUAN SEDIA ADA : MURID SUDAH MENGENALI HURUF A - Z

KEMAHIRAN BERFIKIR : MENJANA IDEA, MENGHUBUNGKAIT
FOKUS MI : KECERDASAN BAHASA DAN VISUAL RUANG
PENERAPAN NILAI : BERSOPAN-SANTUN, BERANI MEMBERI PENDAPAT, BERSOPAN SEMASA
BERKOMUNIKASI
KOSA KATA : HURUF VOKAL

BBM:
BAHAN KUANTITI
KAD GAMBAR AYAM 5 KEPING
KAD GAMBAR EMAK 5 KEPING
KAD GAMBAR ITIK 5 KEPING
KAD GAMBAR OTAK 5 KEPING
KAD GAMBAR ULAR 5 KEPING
KAD HURUF VOKAL A 1 KEPING
KAD HURUF VOKAL E 1 KEPING
KAD HURUF VOKAL I 1 KEPING
KAD HURUF VOKAL O 1 KEPING
KAD HURUF VOKAL U 1 KEPING













LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Guru menyanyikan lagu dengan menunjukkan
gambar dan kad huruf vokal iaitu :
A = Ayam, E = Emak, I = Itik, O = Otak dan U =
Ular
Lirik:
A E I O U, A E I O U, A E I, A E I, A E I O U
A BUNYI AYAM KOK KOK KOK
E PANGGIL EMAK, EMAK
I IKAN BERENANG DI DALAM KOLAM
OTAK YANG BIJAK
U ULAR MEMBELIT
Guru bersoal jawab dengan murid :
Ini huruf apa?(menunjukkan huruf tertentu
secara rawak)
Apa yang kamu lihat dalam gambar ini?
Di mana kamu selalu melihatnya?


Murid-murid mengikut guru
menyanyikan huruf-huruf vokal.
Lirik :
A E I O U, A E I O U, A E I, A E I, A E I O U
A BUNYI AYAM KOK KOK KOK
E PANGGIL EMAK, EMAK
I IKAN BERENANG DI DALAM KOLAM
OTAK YANG BIJAK
U ULAR MEMBELIT
Murid menjawab soalan yang ditanya
oleh guru.
Murid menjawab soalan yang ditanya
dengan jawapan yang mereka tahu.

KB : Menjana
idea

MI : Linguistik,
Muzik
LANGKAH 1
(10MINIT)
Guru memperkenalkan huruf vokal yang ada
iaitu A,E,I,O dan U.
Guru meminta murid bersama-sama menyebut
huruf vokal tersebut.
Guru mengulang huruf vokal A untuk Ayam, E
untuk Emak, I untuk Itik, O untuk Otak dan U
untuk Ular.


Murid mengikut guru menyebut huruf
vokal tersebut.
Murid diberikan kad gambar ayam,
emak, itik, otak dan ular.
Murid menunjukkan gambar ayam,
emak, itik, otak dan ular apabila guru
menyebut huruf vokal berserta
perkataan tersebut.

BBM : Kad huruf
vokal

Strategi :
Berpusatkan
guru
LANGKAH 2
(10 MINIT)
Guru membahagikan pelajar kepada 5
kumpulan.
Guru memberikan kad perkataan vokal kepada
ketua setiap kumpulan iaitu :
Ayam untuk kumpulan 1
Emak untuk kumpulan 2,
Ikan untuk kumpulan 3,

Murid bersedia untuk mengikut arahan
guru supaya membahagikan kumpulan.
Murid duduk dalam kumpulan yang
ditetapkan.
Murid melihat demonstrasi yang
ditunjukkan oleh guru dengan tekun.
Nilai : Memberi
perhatian

BBM :
Otak untuk kumpulan 4,
dan Ular untuk kumpulan 5.

Guru kemudian menunjukkan demonstrasi
memasukkan kad huruf vokal pada poket di
papan kenyataan yang tertera perkataan
menggunakan huruf vokal tersebut.

Wakil dari setiap kumpulan dipanggil untuk
mengenal dan menyebut huruf vokal yang
mereka dapat .

Mereka diminta ke hadapan untuk
memasukkan kad huruf tersebut kedalam poket
yang disediakan di papan kenyataan mengikut
gambar dan perkataan yang diseediakan oleh
guru.

Ketua kumpulan diminta mengambil
kad huruf vokal.
Murid melaksanakan aktiviti yang
diberikan oleh guru.

LANGKAH 3
(10 MINIT)
Guru meminta wakil setiap kumpulan
mengambil kad perkataan vokal untuk dibawa
kepada ahli kumpulan.
Guru meminta murid membulatkan huruf vokal
yang terdapat pada perkataan mengikut
kumpulan yang dibahagikan.

Wakil setiap kumpulan mengambil kad
perkataan dari papan kenyataan.
Murid bersama-sama membulatkan huruf
vokal dalam perkataan tersebut
menggunakan crayon.


PENUTUP
(2 MINIT)
Guru mengambil hasil kerja yang telah dibuat
untuk dipamerkan kepada kawan-kawan yang
lain.
Guru meminta untuk seorang dari ahli
kumpulan mereka bangun untuk memberitahu
kepada kawan-kawan mereka.

Murid mempamerkan kad vokal yang telah
dibulatkan kepada kawan-kawannya.
Murid memberitahu huruf vokal yang
mereka bulatkan.


REFLEKSI Guru membuat rumusan tentang aktiviti yang
dilakukan.
Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal
:A,E,I,O dan U
Murid menunjukkan huruf vokal :
A,E,I,O dan U

Nilai :
Mendengar
arahan

Anda mungkin juga menyukai