Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN 2 :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


DAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN TERAPI
BESERTA LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN








2.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENGURUSAN KEHIDUPAN TAHUN 1
(KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF)



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGURUSAN KEHIDUPAN
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran : Pengurusan Kehidupan (Komponen Kemahiran Manipulatif)
Kelas : 1 Aktif
Tarikh : 25 April 2014
Hari : Khamis
Masa : 0800 0900 (60 minit)
Bilangan Murid









: Kumpulan 1 :
NAMA KATEGORI



Kumpulan 2 :
NAMA KATEGORI



Tema / Tajuk : Terapi Pasir
Tunjang Utama : Keterampilan Diri
Standard Kandungan : 2.4 Pergerakan Meramas
Standard Pembelajaran : 2.4.3 Meramas Menggunakan Sebelah Tangan
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bermain pasir di pantai
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

Kumpulan 1 :
1. Meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3
bentuk telur menggunakan pasir.
2. Mengisi sekurang-kurangnya separuh botol 500 ml
dengan pasir.

Kumpulan 2 :
1. Meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3
bentuk telur menggunakan pasir.
2. Membentuk dan membina sekurang-kurangnya 3
kubah istana pasir menggunakan baldi kecil dengan
baik.

Tunjang Lain Yang
Disepadukan
: Komunikasi serta Fizikal dan Estetika
Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovatif
Penggabungjalinan Kemahiran : Pengamatan, Pertuturan, Pendengaran dan Psikomotor Halus
Unsur Terapi : Pengamatan, Pertuturan, Pendengaran dan Psikomotor Halus
Penyerapan Nilai : Mendengar arahan, berdisiplin, berdikari, bekerjasama, yakin
diri dan mencintai alam sekitar
Kemahiran Berfikir (KBKK) : Membuat ramalan
Bahan Bantu Mengajar : Botol Baldi kecil























LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Langkah 1
(15 minit)
Berjalan di gigi air
(pantai).
1. Guru memberikan taklimat
keselamatan kepada murid dan
penjaga murid (ibu bapa atau
pembantu pengurusan murid).
Murid hendaklah sentiasa
dipimpin oleh penjaga
Murid tidak dibenarkan untuk
mandi di pantai
Murid tidak dibenarkan untuk
mengutip sebarang benda
atau objek di pantai
Murid hendaklah berkasut dan
berpakaian sukan.
2. Guru membawa murid untuk
bermain di gigi air (pantai).
3. Murid diperkenalkan dengan air
dan pasir.
4. Guru mengaitkan isi pelajaran
pada hari tersebut.
Teknik :
Pemerhatian

Terapi :
Pendengaran
Pertuturan

Nilai :
Mendengar Arahan
Yakin Diri


Langkah 2
(15 minit)
Aktiviti
Permainan 1 :
Meramas dan
membentuk pasir
menjadi bentuk
telur.
1. Guru menunjukkan cara yang
betul meramas pasir dan
membentuk pasir menjadi bentuk
telur menggunakan sebelah
tangan.
2. Murid mendengar dan melihat
demonstrasi yang ditunjukkan oleh
guru.
3. Guru mengarahkan murid untuk
meramas pasir secara bebas
menggunakan sebelah tangan
dengan bantuan penjaga.
4. Guru mengarahkan murid untuk
membentuk pasir menjadi bentuk
Teknik :
Pemerhatian

Terapi :
Pengamatan
Pendengaran
Psikomotor Halus

Nilai :
Bekerjasama
Berdisiplin
Mendengar Arahan


telur menggunakan sebelah
tangan dengan bimbingan
penjaga.
Langkah 3
(20 minit)
Aktiviti
Permainan 2 :
Kumpulan 1 :
Mengisi pasir di
dalam botol
Kumpulan 2 :
Membina istana
pasir
1. Guru mengedarkan alatan kepada
setiap kumpulan.
Kumpulan 1 : botol 500 ml
Kumpulan 2 : baldi kecil
2. Bagi kumpulan 1, guru
menunjukkan demonstrasi bagi
mengisi pasir ke dalam botol
menggunakan sebelah tangan.
3. Murid diminta untuk mengisi pasir
ke dalam botol sekurang-
kurangnya separuh botol
menggunakan sebelah tangan
dengan bimbingan penjaga.
4. Bagi Kumpulan 2 pula, guru
membahagikan kawasan dan
mengarahkan murid untuk
membina istana pasir.
5. Murid diminta untuk mengisi
penuh baldi kecil menggunakan
sebelah tangan bagi membentuk
kubah istana pasir dengan
bimbingan penjaga.
6. Guru memantau dan membimbing
murid kedua-dua kumpulan
melakukan aktiviti masing-masing.
7. Guru meminta setiap murid dari
kedua-dua kumpulan untuk
menceritakan tentang hasil kerja
mereka.
Teknik :
Menyelesaikan
masalah

Terapi :
Pengamatan
Pertuturan
Psikomotor Halus

Nilai :
Yakin Diri
Berdikari

BBM :
Botol 500 ml
Baldi kecil
Penutup
(10 minit)
Rumusan
pengajaran
1. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
Apakah struktur pasir (kasar).
Strategi :
Soal jawab

Terapi :

Bagaimana cara menghasilkan
bentuk telur daripada pasir.
Bagaimana untuk mengisi
pasir ke dalam botol.
Bagaimana membentuk kubah
istana pasir.
2. Guru membuat rumusan terhadap
pelajaran hari ini.
3. Guru meminta murid menyanyikan
lagu Kalau Rasa Gembira sambil
bertepuk tangan mengikut rentak
lagu.
4. Guru memberi peneguhan sosial
kepada murid yang bersahsiah
terpuji.
Pertuturan

Nilai :
Mendengar arahan
Berdisiplin


























2.2 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TERAPI
PASIR DAN LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN













Murid berkeperluan khas merupakan individu yang mempunyai pelbagai kekuatan dan
kelemahan yang ada bersama mereka akibat kecacatan fizikal atau kerencatan mental. Oleh
yang demikian, sebagai pendidik, guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai
strategi dan bersikap kreatif dalam pengajaran bagi membantu murid berkeperluan khas ini
melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan seronok. Pengajaran dan
pembelajaran murid berkeperluan khas ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang
bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan
perlu mereka capai. Ini bertujuan untuk mendidik dan membantu murid berkeperluan khas
ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor
mereka. Salah satu cara bagi membantu mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan
keupayaan mereka adalah melalui terapi.
Terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid
untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Manakala konsep terapi
dalam konteks pendidikan pula didasari oleh konsep kepelbagaian kategori murid
berkeperluan khas. Terapi dapat membantu murid berkeperluan khas ini untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Antara jenis-jenis terapi
yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas ialah terapi cara kerja, terapi muzik dan
nyanyian, terapi hidro (air), terapi pasir, terapi berkuda dan sebagainya, namun, bagi
tugasan ini hanya memfokuskan kepada pemilihan Terapi Pasir dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang.
Secara umumnya, terapi merupakan satu cara untuk mengubah pemikiran, perasaan
dan tingkah laku; iaitu merangkumi tiga aspek terapi yang utama, terapi kognitif, terapi
psikodinamik dan terapi tingkah laku. Terapi kognitif misalnya bermula dengan pemikiran
individu untuk mengubah perasaan dan tingkah laku manakala terapi psikodinamik pula
memberikan penekanan kepada perasaan. Oleh yang demikian, setiap murid berkeperluan
khas yang mempunyai kelemahan atau kecatatan yang boleh mengganggu kehidupan
normal seharian mereka perlu diberikan bantuan melalui aktiviti terapi yang sesuai.
Pelaksanaan terapi ke atas murid berkeperluan khas haruslah dilakukan oleh mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan. Misalnya seperti pakar terapi cara kerja, doktor, guru
yang berpengalaman dan sebagainya.
Terapi pasir atau juga dikenali sebagai modaliti teraputik merupakan teknik
psikoterapeutik yang membolehkan murid menghasilkan imej daripada pasir basah atau
kering. Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor
kasar dan motor halus murid berkeperluan khas, khususnya murid Tahun 1; di mana otot
dan otak mereka dapat dirangsang semasa melakukan aktiviti. Dari segi fizikal murid

berkeperluan khas, kebanyakan mereka mempunyai masalah dari segi pergerakan motor
kasar dan motor halus; khususnya bagi murid dari kategori serebrum palsi dan sindrom
down. Contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, berjalan, melompat dan sebagainya;
manakala contoh kemahiran motor halus pula ialah membutang baju, menulis, menggunting
dan sebagainya. Melalui aktiviti terapi pasir, ke semua masalah ini dapat diatasi secara
berperingkat-peringkat. Terapi pasir ini tidak memerlukan pergerakan khas, sebaliknya
mereka bebas untuk bergerak dan melakukan aktiviti dengan pasir.
Pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini adalah untuk mengajar mata
pelajaran Pengurusan Kehidupan, iaitu bagi komponen Kemahiran Manipulatif untuk murid
1 Aktif. Tajuk yang diajar kepada murid memfokuskan kepada kemahiran motor halus, iaitu
pergerakan meramas menggunakan sebelah tangan. Perkembangan kemahiran motor halus
untuk murid berkeperluan khas adalah amat penting untuk membantu murid dalam
pengurusan 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira; di samping menggunakan kemahiran
manipulatif tersebut dalam pengurusan kehidupan seharian mereka secara berkesan.
Perlu diingatkan bahawa tidak semua murid berkeperluan khas ini suka atau gemar
berada di persekitaran pantai. Oleh yang demikian, bagi mengatasi perasaan takut, risau
dan bimbang mereka itu, guru telah merancang aktiviti yang sesuai bagi memberikan
keselesaan kepada mereka dengan persekitaran yang baharu tersebut di bahagian Set
Induksi atau pengenalan. Di bahagian permulaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran
pada hari berkenaan, guru terlebih dahulu memberikan taklimat keselamatan khusunya
kepada penjaga murid yang terdiri daripada ibu bapa atau pembantu pengurusan murid;
serta murid itu sendiri. Murid hendaklah sentiasa dipimpin dan berada di samping penjaga
murid dan mereka tidak dibenarkan untuk mandi-manda di pantai tanpa kebenaran daripada
guru. murid juga tidak dibenarkan untuk mengutip sebarang objek atau benda di pantai bagi
mengelakkan kecederaan akibat terpegang kaca dan sebagainya. Selain itu, guru juga
hendaklah memastikan bahawa setiap murid yang terlibat dalam aktiviti ini agar berpakaian
sukan dan berkasut untuk menjamin keselesaan mereka bergerak. Aspek keselamatan ini
adalah penting khususnya bagi murid berkeperluan khas kerana mereka sememangnya
memerlukan perhatian yang lebih dan ancaman bahaya bagi mereka ada di mana-mana
sahaja. Seterusnya, bagi mengelakkan rasa takut mereka terhadap persekitaran di pantai,
guru akan membawa murid tersebut untuk bermain di gigi air bagi membiasakan mereka
terhadap persekitaran berpasir dan pantai. Ini penting bagi memastikan aktiviti pada hari
tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.
Proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas akan menjadi
lebih bermakna dan menarik sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut melibatkan proses

bermain sambil belajar dan dikaitkan dengan aktiviti harian mereka secara langsung. Bagi
proses pengajaran dan pembelajaran pada kali ini, saya telah melibatkan terapi pasir bagi
mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Bagi murid kumpulan 1 yang terdiri daripada
murid yang cergas, objektif yang telah digariskan untuk mereka adalah meramas dan
membentuk sekurang-kurangnya 3 bentuk telur dengan menggunakan pasir; serta mengisi
sekurang-kurangnya separuh botol 500ml dengan pasir menggunakan sebelah tangan.
Manakala bagi murid kumpulan 2 yang terdiri daripada murid lemah, objektif pembelajaran
yang telah digariskan untuk mereka ialah meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3
bentuk telur dengan menggunakan pasir; serta membentuk dan membina sekurang-
kurangnya 3 kubah istana pasir daripada baldi kecil dengan menggunakan sebelah tangan.
Tujuan saya membahagikan murid kepada dua kumpulan adalah kerana tidak semua murid
berkeperluan khas tersebut mempunyai kebolehan dan kemahiran yang sama. Oleh yang
demikian, bagi langkah pertama, murid secara bebas akan bermain dan meramas pasir
tersebut dengan bimbingan daripada guru atau ibu bapa. Aktiviti ini bertujuan untuk
memberikan kekuatan pergerakan jari murid yang segelintirnya keras dan kaku (murid
sindrom down khususnya). Setelah memastikan murid dapat menggenggam dan meramas
pasir dengan pergerakan tangan yang betul, guru meminta pula murid untuk membentuk
pasir sekurang-kurangnya menjadi tiga bentuk telur dengan meramas menggunakan
sebelah tangan.
Kemahiran motor halus yang ditingkatkan melalui aktiviti terapi pasir ini turut
memberi kesan terhadap kebolehan murid berkeperluan khas ini untuk menulis. Ini kerana,
sebelum seseorang murid itu berjaya menulis, mereka terlebih dahulu memerlukan
kemahiran untuk memegang pensel dengan betul. Jika motor halus murid berkenaan adalah
lemah maka, adalah mustahil untuk murid tersebut dapat memegang pensel dengan betul;
seterusnya murid tersebut tidak akan dapat menulis dan ini akan boleh mengganggu
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, terapi pasir
ini hendaklah dijalankan seawal Tahun 1 lagi bagi membantu meningkatkan perkembangan
motor halus murid melalui aktiviti meramas dan membentuk menggunakan pasir.
Langkah kedua pula ialah guru meminta murid untuk memasukkan pasir ke dalam
botol dengan menggunakan sebelah tangan bagi kumpulan 1 iaitu murid yang cergas.
Melalui aktiviti ini, bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran motor halus murid melalui
genggaman pasir; malahan juga dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid,
iaitu dengan memasukkan pasir ke dalam botol (ruang kecil). Bagi kumpulan murid yang
lemah pula, guru meminta murid untuk membentuk kubah istana pasir dengan memasukkan
pasir ke dalam baldi kecil (ruang besar). Secara tidak langsung, melalui aktiviti meramas
dan membentuk pasir ini, dapat melatih daya kreativiti murid; di mana murid perlu berfikir

cara untuk memasukkan pasir ke dalam botol dengan meramas dan menggenggam
menggunakan sebelah tangan dan cara untuk menyusun kubah-kubah pasir tersebut. Selain
itu, tindakan guru dengan memberikan peluang dan kebebasan untuk murid melakukan
sendiri aktiviti tersebut secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid;
di mana mereka berpeluang untuk mencipta sendiri susun atur kubah-kubah pasir
berkenaan.
Semasa melakukan terapi pasir ini juga dapat memupuk dan meningkatkan
kemahiran sosial murid berkeperluan khas. Misalnya, sepanjang melakukan aktiviti terapi
pasir tersebut, guru telah meminta penjaga sama ada ibu bapa atau pembantu pengurusan
murid untuk sentiasa bersama-sama dengan murid dan memberikan bimbingan kepada
mereka. Oleh yang demikian, melaluinya murid dapat berkomunikasi dan bercampur gaul;
bukan sahaja kepada penjaga malahan juga murid yang lain. Perkembangan bahasa juga
dapat diperluaskan semasa terapi pasir ini berlangsung. Antaranya, murid dapat belajar
untuk menggunakan pengucapan awam yang bertatasusila seperti menggunakan perkataan
tolong apabila meminta pertolongan daripada orang disekeliling; selain memperluaskan
kosa kata seperti ombak, angin, nyaman dan sebagainya.
Apabila murid berkeperluan khas ini melakukan aktiviti terapi pasir, mereka
sebenarnya bekerja untuk mempelajari alam di sekelilingnya. Ini secara tidak langsung
dapat membentuk disiplin mereka; misalnya mendengar arahan daripada guru dan penjaga,
berkongsi alatan dengan murid yang lain, mengikut giliran dan sebagainya. Terapi pasir juga
dapat mengurangkan tekanan emosi murid berkeperluan khas dimana murid memindahkan
pengalaman peribadi (emosi semasa) ke bentuk yang lebih konkrit dan tiga dimensi (bentuk
yang dihasilkan dengan meramas pasir). Perasaan murid berkeperluan khas ini selalunya
dinyatakan dalam bentuk tingkah laku mereka yang distruktif, disruptif, pasif dan
sebagainya. Namun, bermain dengan pasir dapat memberikan peluang kepada murid ini
untuk meluahkan perasaan mereka dalam bentuk pergerakan, bunyi dan imej. Ini
membuktikan bahawa terapi pasir merupakan suatu proses yang ekspresif dan dinamik.
Bagi mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru akan
membuat rumusan dengan bersoal jawab kepada murid berkenaan dengan aktiviti yang
telah mereka jalankan sepanjang hari berkenaan. Pelbagai soalah diajukan kepada murid
bagi melihat dan mengetahui sejauhmanakah keberkesanan aktiviti tersebut untuk mereka.
Secara tidak langsung juga, terapi pertuturan juga dapat diterapkan melalui proses soal
jawab ini. Bagi meningkatkan rasa penghargaan diri dan motivasi murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru juga seharusnya memberikan peneguhan sosial kepada
murid yang bersahsiah terpuji; sama ada dengan memberikan pujian dan tepukan mahupun

token yang boleh disimpan dan ditukar kepada ganjaran lain yang berbentuk peluang atau
hadiah di masa akan datang. Akhir sekali, guru meminta murid untuk menyanyikan lagu
Kalau Rasa Gembira sambil bertepuk tangan dengan iringan muzik. Melalui aktiviti
nyanyian, murid bukan sahaja akan berasa seronok dan gembira, malahan secara tidak
langsung dapat membantu mengatasi masalah sebutan murid berkeperluan khas ini yang
sedikit pelat.
Kesimpulannya, guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi pasir khusunya dan
terapi-terapi yang lain amnya bagi memantapkan lagi penyampaian pengajaran dan
pembelajaran murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi ini boleh dijalankan sama ada
di kawasan sekolah atau di luar sekolah. Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara individu
mahupun secara berkumpulan bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor
dan sosial murid berkeperluan khas.