Anda di halaman 1dari 5

Resepi Biskut Bintang Kejora

BAHAN-BAHANNYA :

110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :

Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :

Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan
kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang
lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.

Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5
cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan
sedikit. Buat hingga selesai.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada
oven masing2.

Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba
untuk semua..

Resepi Biskut German



BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula
aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan ( guna 1/2 camca besar ), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang
pembakar.
3. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat
hingga siap.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit.
5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


Resepi Biskut Famous Amos


Bahan-bahan:

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua
bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius


Resepi Biskut Bubble Rice



Biskut Rice Bubble (Rice Crispy) - resipi nenek saya

Bahan:
227g mentega
71g gula kastor
1 kuning telur
1/4 cawan kismis
2 cawan rice bubble / rice crispy
1 cawan tepung kek - saya guna tepung gandum
35 g ceri merah dan hijau (dipotong kiub) - saya guna cip coklat
coklat cair - drizzle atas cookies

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Masukkan kismis, ceri dan rice bubble - gaul adunan supaya sebati.
5. Sudu adunan ke dalam papercup (saiz papercup bergantung kepada citarasa masing-masing)
6. Bakar pada suhu 180C sehingga adunan kekuningan

Nota: Ceri boleh diganti dengan cip coklat dan dihiasi dengan coklat cair yang dijalur di atas biskut


Biskut Cip Coklat Putih


BAHAN-BAHAN:

1 cawan (250 gm) mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula merah
2 sudu kecil vanila
2 biji telur gred A
2/3 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1 cawan cip coklat putih

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 0C.

2. Krimkan mentega dan gula, masukkan vanila diikuti dengan telur satu per satu dan pukul sebentar.

3. Kemudian masukkan koko dan gaul rata. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan garam.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.

5. Gaul rata cip coklat putih. Sudukan satu sudu kecil adunan tadi ke atas dulang pembakar dan
bakar sekitar 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan.