Anda di halaman 1dari 19

KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

1

1.0 PENGENALAN
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah
rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata pelajaran
Sejarah sejak sekolah rendah. Ini disebabkan melalui pengetahuan dan kefahaman
terhadap aspek sejarah Negara, mampu melahirkan murid yang berjiwa patriotik. Jadi,
melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk menganalisis dan menilai
fakta sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua murid sekolah rendah,
kini dengan adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya
mampu memupuk minat terhadap subjek Sejarah dari sekolah rendah sebelum beralih
kepada Sejarah dengan lebih mendalam di sekolah menengah.
Kurikulum Sejarah sekolah rendah dibina berasaskan enam tunjang KSSR iaitu
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi
dan Keterampilan Diri. Keenam-enam tunjang tersebut merupakan nilai yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan oleh kemahiran berfikir aras tinggi.
Melalui kesepaduan kesemua aspek ini, modal insan yang seimbang dan harmonis,
berpengetahuan dan berketerampilan dapat dilahirkan. Pendekatan yang menarik yang
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Pembelajaran Luar Bilik
Darjah (PLBD), Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) dan Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran (TMK) pastinya akan melahirkan situasi
pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi input yang berguna kepada pelajar
dalam melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata alu-aluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, dalam usaha kita untuk bersaing
dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mampu berfikir secara kreatif dan
kritis.

KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

2

Tema yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah sekolah rendah ialah Tema
Mengenal Negara Kita, Sejarah Negara Kita, Kewarganegaraan dan Cintai Tanah Air.
Melalui tema-tema ini, pelajar tahap dua sekolah rendah dapat memahami Sejarah
berasaskan sikap ingin tahu dan seterusnya menghargai keunikan negara kita dalam
melahirkan warganegara yang patriotik di Malaysia. Konsep, sebab, dan akibat yang
ditekankan dalam kurikulum Sejarah juga akan menyatakan kepentingan sejarah dalam
kehidupan dan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai satu masyarakat yang
mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah negara dalam usaha mengekalkan
keharmonian negara kita. Menerusi konteks Perlembagaan Persekutuan dan
kemerdekaan tanah air yang diberi keutamaan dalam kurikulum Sejarah, semangat
cintakan negara akan dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, perspektif keunikan tanah air yang ditekankan dalam mata pelajaran
Sejarah akan dapat menilai warisan negara kita seterusnya menerangkan kehidupan
dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. Menerusi ini,
masyarakat Malaysia akan lebih menghormati masyarakat pelbagai kaum, di samping
mempertahankan identiti dan warisan negara serta memahami perbezaan kaum,
budaya, dan agama dalam memupuk persefahaman antara kaum di Malaysia. Sebagai
contoh, pengenalan terhadap budaya kaum-kaum di Malaysia dan budaya setiap negeri
di Malaysia tidak kira dari segi pakaian, makanan dan tarian yang pelbagai dan
mempunyai keunikan yang tersendiri akan membantu masyarakat Malaysia memahami
dan menghargai keistimewaan negara kita.
Dalam elemen kedaulatan negara kita pula, murid akan didedahkan dengan
pencapaian negara dari segi ekonomi, sosial dan pencapaian di peringkat
antarabangsa. Menerusi elemen ini, perasaan bangga terhadap pencapaian negara
akan dapat dipupuk. Seterusnya, elemen ini juga akan memberi pengetahuan kepada
murid dalam memahami cabaran negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Dengan ini, pembinaan jati diri dalam diri murid akan dapat dibentuk sejak dari zaman
sekolah rendah lagi. Lagipun , generasi ini jugalah yang akan menerajui kepimpinan
negara pada masa akan datang yang lebih mencabar. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

3


Rajah 1 : Enam Tunjang KSSR

Rajah 2 : Teras Pembangunan Kurikulum KSSR
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

4

2.0 PENERAPAN NILAI-NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME KEPADA MURID


Rajah 3 : Persamaan Maksud

2.1 Definisi Nilai
Nilai atau dalam bahasa Inggris disebut value bererti harga,
penghargaan, atau tafsiran. Ertinya, harga atau penghargaan yang melekat pada
sebuah objek. Objek yang dimaksud adalah berbentuk benda, barang, keadaan,
perbuatan, atau perilaku.

Nilai adalah sesuatu yang abstrak, bukan konkrit. Nilai hanya boleh
difikirkan, difahami, dan dihayati. Nilai juga berkaitan dengan cita-cita, harapan,
keyakinan, dan hal-hal yang bersifat dalaman. Menilai juga merupakan
menimbang, iaitu kegiatan manusia yang menghubungkan sesuatu dengan
sesuatu yang lain untuk mengambil suatu keputusan. Nilai memainkan peranan
penting dalam sesebuah masyarakat. Antaranya:
i) Mempengaruhi norma masyarakat
ii) Menyatupadukan masyarakat.
iii) Memotivasikan masyarakat.
iv) Mengawal tingkahlaku negatif masyarakat.
v) Membolehkan masyarakat membuat pilihan.
vi) Penting untuk pengkajian masyarakat.

Dengan adanya nilai yang positif, timbal baliknya, pelajar akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian masing-masing. Dengan
ini, lahirlah satu masyarakat yang tinggi pencapaian akademiknya. Seterusnya
wujud bangsa yang berakhlak yang akan mencerakin dan memajukan lagi
pencapaian fizikal negara.
PATRIOTISME
SEMANGAT CINTAKAN
NEGARA
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

5

2.2 Definisi Patriotisme

Menurut Viroli (1995) patriotisme ialah perasaan cinta kepada tanah air
dan perasaan kebangsaan yang sayangkan negara. Dia menolak pandangan
nationalisme dan patriotisme adalah sebahagian daripada perkauman. Malah
pada pandangannya patriotisme nilai kebangsaan yang ada melambangkan
kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara yang dicinta. Dalam maksud ini
perasaan cinta kepada negara boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara
seperti menulis puisi patriotik, muzik, melahirkan perasaan cinta, drama dan
sebagainya. Sebagai contoh puisi patriotisme yang ditulis oleh Jose Rizal iaitu
Bapa Kebangsaan Filipina yang bertajuk Ultimo adios yang menekankan
semangat cintakan tanah air dan rasa bangga terhadap negaranya. Nilai ini perlu
dipupuk dalam diri masyarakat agar mereka menyedari tentang keperluan dan
kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme.

Dalam konteks negara bangsa Malaysia patriotisme yang perlu ada dalam
setiap anggota rakyatnya hendaklah berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia
kepada negara yang tercinta, mempunyai semangat kekitaan, berdisiplin,
mempunyai nilai yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
demi kemajuan bangsa, agama dan negara.











KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

6

2.3 Pemupukan Nilai Patriotisme













Rajah 4 : Fokus Mata Pelajaran Sejarah


Rajah 5 : Cara-Cara Memupuk Semangat Patriotik

Program Sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di Sekolah
dan Institut Pengajian.
Menganjurkan kem jati diri untuk megisi masa lapang
mestilah tertumpu kepada usaha memberi kesedaran
kepada golongan muda
Pameran-pameran tentang Sejarah
Memperkasakan pengajaran subjek-subjek Sejarah di
Sekolah
Memasang Lagu Kebangsaan Awal Pagi dan Semasa
Waktu Rehat
Menerapkan
semangat patriotik
melalui pengetahuan
masa lalu dan masa
kini
FOKUS
UTAMA KSSR
SEJARAH

Menyemai ilmu
pengetahuan dan
asas Kemahiran
Pemikiran Sejarah
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

7

Kepentingan nilai patriotisme sememangnya tidak dapat disangkal lagi
dalam membentuk jiwa merdeka dan semangat jati diri yang tebal serta kukuh
dalam diri seseorang warga. Sebagai guru mata pelajaran sejarah amat penting
saya menitikberatkan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat
kewarganegaraan dan patriotisme di kalangan anak murid. Nilai-nilai ini saling
berkait rapat dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Saya juga harus
menekan mengenai pengertian dan penghayatan sejarah negara, semua usaha
ini adalah untuk membina keperibadian bangsa Malaysia ditekan. Oleh itu,
beberapa nilai dan unsur patriotisme perlu dipupuk agar Malaysia terus kekal
menjadi sebuah negara yang aman dan makmur dan menjadi model terbaik
sebagai negara yang berasaskan pelbagai kaum.
Setiap rakyat harus diterapkan nilai-nilai patriotisme dari kecil lagi. . Bak
kat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendekatan itu,
mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah bermula tahun 4.
Dalam Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah menekankan semangat
patriotisme. Saya sebagai guru sejarah mestilah memahami keperluan kurikulum
untuk menamankan semangat cinta kepada Negara kepada murid-murid. Setiap
rakyat Malaysia yang berbangga terhadap negaranya juga sanggup berkorban
untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Setiap rakyat
Malaysia harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sebagai guru sejarah saya
harus mengingatkan kepada murid supaya mereka mempunyai akhlak. berbudi
pekerti mulia dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, sebagai guru,
saya perlulah bersedia menghadapi dan mengajar murid-murid menamankan
sikap sebagai rakyat yang baik dan mempunyai perasaan hormat kepada raja
dan pemimpin Negara sebagai lambang perpaduan dan pentadbir kepada
negara. Kurikulum Standard Sejarah yang dibuat merangkumi semua aspek di
atas dan secara tidak langsung murid-murid dapat memahami makna sejarah
dan menambah ilmu tentang Negara.
Di samping itu, lambang-lambang negara sentiasa dihormati dan menjadi
kekuatan semangat dalam diri sebagai rakyat yang mencintai tanah air.
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

8

Lambang-lambang negara sentiasa disanjung dan dihormati seperti bendera,
lagu kebangsaan, jata negara dan sebagainya. Unsur-unsur ini perlu diterapkan
supaya semua murid tahu dari kanak-kanak lagi. Di sekolah, guru-guru boleh
mengadakan kuiz atau pertandingan mengenai lambang-lambang Negara atau
perkara yang penting tentang negara. Pastinya murid-murid akan lebih
mengingati, menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa agar tidak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Pengertian tradisi budaya bangsa amat besar kepada pengekalan
amanah kemerdekaan yang kita pikul sebagai rakyat Malaysia. Menurut Abd
Rahim Abd Rasyid 1999, nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam
pendidikan sejarah menanamkan perasaan bangsa terhadap diri, bangsa dan
Negara. Di sekolah guru-guru boleh memasang lagu Kebangsaan untuk
menaikkan semangat pelajar dan setiap pagi murid perlulah menyanyikan lagu
kebangsaan bagi menyerapkan budaya cinta pada Negara. Selain itu, pihak
sekolah juga boleh menganjurkan kem jati diri yang mana pengisian mestilah
tertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan muda.
Guru juga perlu memupuk bersemangat setia negara dalam diri
warganegara. Warganegara yang mempunyai semangat setia negara perlulah
taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara. Malah sentiasa bersedia untuk
berkorban demi bangsa dan Negara tercinta. Dengan adanya semangat
kecintaan dan setia yang menebal ini pastinya akan membangkitkan rasa
tanggungjawab yang jitu kepada bangsa dan negara Malaysia.
Pemupukan nilai patriotisme juga dapat dipupuk dalam setiap
warganegara dengan menanamkan semangat kekitaan dalam diri mereka. Agar
dapat hidup bersatu padu dan berharmoni walau hidup dalam pelbagai kaum dan
agama. Semangat kekitaan juga hendaklah turut disulami perasaan tolak ansur
dan bertoleransi agar sama-sama membentuk satu benteng yang teguh bagi
mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Sudah tentunya kerjasama
dan tolong menolong pasti akan memperkukuhkan lagi semangat kekitaan dalam
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

9

setiap komuniti masyarakat yang digelar sebagai rakyat Malaysia. Di sekolah
guru perlu mengadakan program yang berkaitan meningkatkan semangat
patriotik seperti setiap tahun pada 31 Ogos pihak sekolah pelu mengadakan Hari
Kemerdekaan untuk mengingati detik sejarah Malaysia. Program seperti ini perlu
diselitkan dengan lakokan kemerdekaan supaya murid dapat merasa fahami
pahit Malaysia untuk merdeka selepas di jajah dengan kuasa besar dan
mengadakan pameran-pameran berkaitan sejarah.

Di samping itu, guru boleh mengadakan progam mengenali tokoh kerana
terlalu besar jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuangan kebangsaan.
Dengan adanya program-program seperti ini, murid-murid dapat mengetahui
sejarah Negara dan dapat melahirkan semangat cinta pada Negara. Selain itu.
semangat kekitaan adalah perlu dalam masyarakat untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu. Terdapat penulis-penulis sejarah mencadangkan
apa jua tindakan patriotik, ia dimotivasikan oleh keprihatinan kebaikan untuk
negara. Dapatlah dirumuskan disini patriotisme adalah perasaan sayang dan
bangga yang menebal kepada negara, keinginan untuk menyokong negara dan
mempertahankan keagungan menjadi pegangan seorang patriot..
Oleh sebab itu, warganegara sesebuah negara hendaklah mempunyai
disiplin yang ampuh dalam usaha untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Sebagai warga yang berdisiplin hendaklah mempunyai semangat untuk
mempertahankan dan menjunjung perlembagan negara yang telah dibentuk
sebagai satu perlembagaan untuk menjaga kepentingan semua warganegara
Malaysia. Peraturan dan undang-undang negara juga hendaklah sentiasa
dipatuhi agar hidup lebih berdisiplin dalam sama-sama untuk memajukan
negara. Lebih-lebih lagi untuk mencapai sasaran wawasan 2020 sebagai sebuah
negara maju dalam pelbagai aspek samada dari aspek ekonomi, politik, sosial
dan turut untuk melahirkan proses modal insan.
Sebagai sebuah negara timur yang ingin mengekalkan ciri ketimurannya
maka mantan Perdana Menteri Tun Mahadir Mohammad telah melancarkan
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

10

Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini selain bertujuan untuk mencapai kemajuan
tapi juga ingin melihat agar setia warganegara mengekalkan ciri-ciri ketimuran
seperti mempunyai nilai kesopanan dan ketatasusilaan. Sesungguhnya setiap
rakyat Malaysia perlu berkelakuan sopan dan bertatasusila mulia dan pasti akan
melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini
jugalah maka sikap adil dan bertimbang rasa amat perlu supaya segala impian
dan matlamat negara akan berjaya dicapai.
Pemupukan nilai patriotisme juga boleh dilakukan dengan adanya
semangat berusaha dan produktif. Setiap rakyat Malaysia hendaklah berusaha
dengan rajin dan gigih untuk mencapai matlamat dan impian. Malah semangat
berdikari juga mampu untuk memupukkan nilai-nilai murni dalam jiwa seseorang.
Malah untuk mencapai harapan tersebut setiap warga perlu untuk
mempertingkatkan usaha dan tabah untuk menghadapi cabaran pada masa
akan datang. Seperkara lagi yang perlu ada ialah sentiasa menyokong dan
melibatkan diri dalam usaha pembangunan Negara.
2.4 Nilai Patriotisme Pendidikan Sejarah Dalam Melahirkan Modal Insan
Konsep pembangunan modal insan adalah sinonim dengan manusia.
Dalam hal ini, pembangunan insan membawa maksud memperkasakan insan
sebagai individu dan anggota komuniti. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, modal insan merujuk kepada golongan yang menguasai ilmu
pengetahuan secara bersepadu, pelbagai dan semasa, lantas kecemerlangan
intelektual seseorang dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan
dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan
insan seimbang dan harmonis seperti yang dikehendaki dlam matlamat Falsafah
Pendidikan negara. Dalam proses pembangunan negara tidak dapat dinafikan
modal insan adalah faktor paling penting dan perlu dititik beratkan. Kita telah
banyak dimuntahkan dengan modal material seperti rumah, tanah, wang dan
sebagainya. Namun ianya ternyata bersifat sementara berbanding pembangunan
modal insan yang bersifat agak kekal dalam situasinya. Seboleh-bolehnya
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

11

tenaga insan yang baik dapat diterapkan dan dimasukkan dalam agenda penting
pembangunan negara.

Rajah 5 : Lima Konsep Kemahiran Dalam Modal Insan Menurut Hasnah Hussin
3.0 CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG BERKESAN






Konsep Modal
Insan
Kemahiran
Teknikal
Keupayaan
Kepimpinan
Kemahiran
Kognitif
Kemahiran
Bahasa Dan
Komunikasi
Kemahiran
Sosial
BERINTEGRITI BERKUALITI
BERILMU
PENGETAHUAN
BERKEMAHIRAN
BERSONALITI PEMAAF BERINOVASI
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

12





Rajah 6 : Ciri-ciri Guru Berkesan



Pendidikan telah dijadikan sebagai satu strategi utama dalam menentukan
kejayaan Wawasan 2020. Dalam hal ini, guru merupakan kunci kepada penghasilan
pendidikan yang berkualiti kerana melalui pendidikan di peringkat sekolah, Negara kita
boleh mencapai matlamat, aspirasi, visi, dan misinya. Di sini, jelas menunjukkan
bahawa setiap guru mempunyai tugas dan peranan yang sangat mulia dan penting. Hal
ini, kerana, di tangan guru-guru tersebutlah terletaknya nasib generasi masa depan.

Tugas guru semakin mencabar pada alaf baru ini. Guru perlu lebih memiliki
ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional
dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap,
bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.
POSITIF
BERKARISMA
KREATIF
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

13


Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak
dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan
teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit
terbuka dan sebagainya. Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guru-guru
perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika
perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang
sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas
melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapi
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu perlu
mempunyai ciri-ciri guru yang berkesan untuk melahirkan anak bangsa yan berjaya.
Terutama bagi guru sejarah, kerana mata pelajaran sejarah baru diperkenalkan. Guru
sejarah harus mempunyai ciri guru yang berkesan untuk menarik minat pelajar dalam
matapelajaran sejarah.

Ciri-ciri guru sejarah yang terpenting adalah berpengetahuan. Guru yang
berpengetahuan akan dahagakan ilmu. Oleh itu, guru yang berkesan akan selalu
membaca, membuat kajian dan menghadiri seminar untuk memantapkan pengetahuan
diri. Selain itu, guru yang berkesan adalah mempunyai sifat integriti. Integriti merupakan
suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral atau tahap
profesionalisma. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.
Sebagai contoh, tanggungjawab guru untuk mengajar murid. Oleh itu, guru tersebut
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

14

seharusnya mengajar denga sebaik mungkin tanpa mengharapkan sesuatu balasan.
Integriti adalah 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik
mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun,
nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju, bertamadun.

Walaupun subjek sejarah ini baru diperkenalkan di sekolah rendah untuk murid
tahun 4, seorang guru sejarah seharusnya menguasai dokumen standart kandungan
(DSK) yang dan mengubah suai mengikut kemampuan murid. Contohnya, jika guru
mengajar murid lemah, guru seharusnya memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan
maklumat. Guru boleh menggunakan benda maujud untuk murid lebih faham walaupun
sejarah itu sudah lama berlalu. Dengan kaedah itu, secara tidak langsung murid lebih
memahami. Selain itu, guru haruslah sentiasa melaksanakan dan merancang aktiviti
bagi membimbing pelajar mencapai tahap yang di kehendaki. Dengan teknologi terkini
bermacam-macam kaedah pengajaran boleh diaplikasikan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru mestilah kreativiti dan
berinovasi. Teknik PdP haruslah kreatif dan berdaya cipta untuk menarik minat murid
untuk belajar. Murid-murid yang berusia 10 tahun memerlukan hiburan semasa belajar.
Dengan adanya kaedah yang menarik, guru-guru dapat menarik minat murid. Secara
tidak langsung, subjek sejarah boleh menjadi kegemaran murid dan murid tidak sabar
menunggu guru masuk ke kelas untuk belajar. Guru moden sekarang perlulah celik IT
dalam mencari maklumat. Ini kerana jika buta IT, guru akan ketinggalan dari pelbagai
segi. Dengan menguasai IT, guru lebih mudah mempelbagaikan proses PdP tanpa
terlalu bersusah payah. Teknologi terkini seperti di hujung jari anda, yang bermaksud
menguasai IT semua benda boleh dilakukan dengan mudah.

Seterusnya, guru sejarah haruslah mempunyai kualiti guru. Guru yang berkualiti
boleh dimaksudkan sebagai guru yang mempunyai aspek darjah kecemerlangan dan
bermutu tinggi, iaitu guru yang tahu membuat perancangan yang sistematik. Sebelum
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

15

bermulanya sesi persekolahan guru harus memahami isi kandungan bahan yang
diajar bagi membolehkan pelajar mengikuti arahan guru dengan jelas dalam mencapai
objektif pembelajaran dan suasana pembelajaran yang sempurna dapat dihasilkan
menurut Sufean Hussin ( 2005 : 292 ), disamping mempunyai ilmu pengetahuan yang
tinggi, iaitu pengetahuan Imperatis ( tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai
objektif atau sasaran ) dan profesional yang merangkumi aspek pembelajaran,
kemahiran, minat, teknologi, pedagogi, undang-undang atau polisi tertentu yang secara
tidak langsung merangkumi peranan dan tanggungjawab terhadap profession
keguruan.

Menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 : 92 ) seseorang guru yang efektif
semestinya mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang yang diajar
terutamanya dalam aspek menetapkan matlamat dan rancangan pengajaran, iaitu
penetapan matlamat yang tinggi dalam setiap sesi pengajaran dan mengatur rancangan
untuk mencapai matlamat tersebut. Guru sejarah yang berkesan sentiasa mengkaji dan
mendalami bidang kepakaran mereka dan sentiasa mencari idea baru bagi
memudahkan pelajar memahami isu kandungan sejarah. Selain itu, guru juga perlu ada
kemahiran dalam pengurusan bilik darjah, iaitu membentuk dan mengekalkan suasana
kelas yang sesuai untuk sesi pembelajaran berdasarkan penguasaan strategi untuk
membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan mengawal kelakuan
pelajar. Disamping itu, pertuturan merupakan satu kemahiran komunikasi yang penting
bagi guru yang melibatkan perlakuan mendengar dan bercakap kerana guru bukan
hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar dalam bidang akademik semata-mata,
sebaliknya guru turut berperanan sebagai pemberi dan penyampai maklumat ilmu
pengetahuan yang turut di pengaruhi oleh intonasi suara guru yang menarik dalam
menggunakan perkataan, frasa, dan ayat bagi menepati maksud pelajaran yang hendak
disampaikan.

Selain berkemahiran, guru perlu mempunyai personaliti yang baik kerana
penampilan seseorang guru dapat mempengaruhi keberkesanan dalam pengajaran dan
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

16

penerimaan pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan kerana cara penampilan,
gerak badan guru, dan sahsiah guru di dalam bilik darjah dapat mencerminkan
keyakinan dan kesungguhan seseorang guru yang harus menjadi model atau contoh
yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana, kajian menunjukkan bahawa seseorang
pelajar adalah lebih cenderung dalam menjadikan guru sebagai sasaran idola dalam
persaingan mereka, maka tingkah laku guru adalah penting dalam menghasilkan
pengajaran yang berkesan. Penampilan disini adalah berkaitan dengan cara guru
berpakaian yang disifatkan hendaklah kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan
yang keterlaluan serta sederhana dari segi fesyen dan warnannya juga tidak terlampau
terang dan berkilat-kilat agar tidak menggangu konsentrasi pelajar.

Guru serba boleh merupakan istilah yang digambarkan kepada guru pada zaman
kini. Ini kerana, tugas guru amat mencabar dalam melahirkan pelajar yang berkualiti
dan berdaya saing. Dalam proses PdP, guru sejarah harus mempelbagaikan kemahiran
mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik
dan berkesan sekiranya guru menggunakkan pelbagai keadah mengajar yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh setiap murid
seperti yang diutarakan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006 : 118 ),
bahawa para guru seharusnya menyedari akan kepentingan pemilihan kaedah
mengajar yang berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu sendiri dan
bukannya berdasarkan kemahuan sesoarang guru yang secara tidak langsung
menjadikan pengajaran dan pembelajaran memberikan daya tarikan baru yang menarik
perhatian pelajar yang turut disokong oleh Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 :92 ),
bahawa guru seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai kaedah untuk menghasilkan
pengajaran yang efektif berdasarkan kajian dan penyelidikan mengenai kaedah
pengajaran yang bersesuaian untuk sesuatu isi pengajaran, topik atau kemahiran bagi
menilai kelebihan dan kekurangan bagi mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran
disamping mencari kaedah-kaedah yang baru yang berperanan sebagai sumber
kefahaman, minat dan komitmen murid. Misalnya, penyelidikan yang dilakukan oleh
Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006 :120 ), mendapati bahawa guru yang
menggunakan kaedah mengajar yang sesuai membantu pelajar memahami
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

17

penggunaan bahasa dengan baik. Contohnya bagi matapelajaran sejarah, guru boleh
mempelbagaikan aktiviti dengan lakonan, menayangkan video yang berkaitan dengan
tajuk, mengadakan sesi PdP diluar bilik darjah dan lain-lain. Dengan mempelbagaikan
aktiviti PdP, secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar dan
memudahkan murid memahami pelajaran yang diajar.

Terdapat banyak ciri-ciri guru yang berkesan akan tetapi seseorang guru itu
harus mempunyai displin yang tinggi untuk mencapai tahap guru sebegini. Guru juga
harus menglengkapi dengan ilmu teori-teori yang berkaitan dengan pelajarnya supaya
mudah guru memahami setiap murid yang mempunyai perlakuan dan tahap yang
berbeza. Semasa menyediakan bahan PdP, guru harus belajar dan cuba meletakkan
dirinya sebagai pelajar supaya tahap penyampaian yang diajar berjaya mencapai
objektif dan sentiasa mendorong pelajar untuk lebih rajin belajar. Menurut B.Samuel
Sidjabat (1993), sikap guru yang selalu mencari dan menambah pengetahuannya akan
mudah merangsang minda serta mempengaruhi murid-muridnya.

Kesimpulannya, guru harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti
peribahasa melayu tuntutlah ilmu sehingga negeri China. Jelas menunjukkan ilmu itu
penting dan boleh digunakan sepanjang hayat. Ternyata tugas guru bukan mudah akan
tetapi memberi nilai yang tinggi kepada sistem pendidikan di negara, kepada guru serta
murid-murid. Dengan adanya ilmu, guru boleh membuat inovasi dalam pendidikan
kerana ia mampu mencorakkan sistem pendidikan lebih progresif dan inovatif.
Seterusnya, mampu menjadikan pendidikan berperanan positif bagi menjayakan hasrat
wawasan 2020. Dengan inovatif, terbukti memberi impak yang besar kepada murid.
Oleh itu, guru tidak perlu takut untuk menyahut cabaran dan perlu membuat anjakan
paradigma dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Semua perlu kepada
perubahan supaya sistem pendidikan negara seiring dengan era teknologi dan revolusi
pengetahuan.



KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

18

















4.0 KESIMPULAN

Kekuatan bagi sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai murni yang ada
dalam kalangan rakyatnya. Nilai patriotisme merupakan nilai yang begitu erat dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Tanpa nilai kewarganegaraan tiada maknanya
nilai patriotisme begitulah sebaliknya. Kedua-dua nilai ini mesti disepadukan barulah
dapat membentuk kekuatan kukuh dalam mempertahankan kedaulatan dan
kemakmuran negara. Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme tidak dapat
disangkal dalam membawa kemajuan, keharmonian serta kemakmuran kepada negara.
Oleh itu, guru sejarah perlulah lebih produktif bagi menamankan nilai-nilai ini supaya
menghasilkan pelajar yang mengakui berada di tanah tumpah darahnya walaupun
berlainan agama dan bangsa. Setiap rakyat Malaysia perlu ada perasaan cinta akan
Negara untuk kesejahteraan Negara. Matapelajaran sejarah sekolah rendah
diperkenalkan bagi menaman sifat-sifat cintakan Negara dan kanak-kanak tahu seta
memahami nilai sejarah itu. Secara tidak langsung, pemikiran mereka lebih terbuka,
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

19

lebih memahami sejarah Negara, dan perkara-kara yang penting yang mereka tidak
ambil peduli sebelum ini. Dilihat, guru perlu mencapai objektif PdP supaya murid-murid
memahami kandungan di sampaikan dan kaedah PdP perlulah pelbagai supaya dapat
menarik minat murid dan mereka memahami isi yang disampaikan. Dengan
matapelajaran sejarah ini, dapat dilihat kekuatan rakyat Malaysia mengakui sebagai
satu bangsa untuk membentuk negara bangsa yang unggul. Kewajiban setiap
warganya mengakui kepercayaan kepada tuhan, kedaulatan undang-undang, kesetiaan
kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan.
Maka dengan adanya pegangan kukuh terhadap ideologi negara ini dan disulam indah
nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang ampuh adalah tidak mustahil Malaysia
akan menjadi negara maju dalam tempoh yang direncanakan. Pendidikan sejarah
ternyata menjadi satu agen penting yang memantapkan lagi nilai-nilai ini agar tidak
akan terlerai lagi dan menjadi pegangan kukuh sebagai waris negara merdeka.