Anda di halaman 1dari 20

KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

1

1.0 PENGENALAN
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah
rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata pelajaran
Sejarah sejak sekolah rendah. Ini disebabkan melalui pengetahuan dan kefahaman
terhadap aspek sejarah Negara, mampu melahirkan murid yang berjiwa patriotik. Jadi,
melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk menganalisis dan menilai
fakta sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua murid sekolah rendah,
kini dengan adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya
mampu memupuk minat terhadap subjek Sejarah dari sekolah rendah sebelum beralih
kepada Sejarah dengan lebih mendalam di sekolah menengah.
Kurikulum Sejarah sekolah rendah dibina berasaskan enam tunjang KSSR iaitu
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi
dan Keterampilan Diri. Keenam-enam tunjang tersebut merupakan nilai yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan oleh kemahiran berfikir aras tinggi.
Melalui kesepaduan kesemua aspek ini, modal insan yang seimbang dan harmonis,
berpengetahuan dan berketerampilan dapat dilahirkan. Pendekatan yang menarik yang
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Pembelajaran Luar Bilik
Darjah (PLBD), Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) dan Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran (TMK) pastinya akan melahirkan situasi
pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi input yang berguna kepada pelajar
dalam melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata alu-aluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, dalam usaha kita untuk bersaing
dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mampu berfikir secara kreatif dan
kritis.

KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

2

Tema yang ditekankan dalam kurikulum Sejarah sekolah rendah ialah Tema
Mengenal Negara Kita, Sejarah Negara Kita, Kewarganegaraan dan Cintai Tanah Air.
Melalui tema-tema ini, pelajar tahap dua sekolah rendah dapat memahami Sejarah
berasaskan sikap ingin tahu dan seterusnya menghargai keunikan negara kita dalam
melahirkan warganegara yang patriotik di Malaysia. Konsep, sebab, dan akibat yang
ditekankan dalam kurikulum Sejarah juga akan menyatakan kepentingan sejarah dalam
kehidupan dan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai satu masyarakat yang
mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah negara dalam usaha mengekalkan
keharmonian negara kita. Menerusi konteks Perlembagaan Persekutuan dan
kemerdekaan tanah air yang diberi keutamaan dalam kurikulum Sejarah, semangat
cintakan negara akan dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, perspektif keunikan tanah air yang ditekankan dalam mata pelajaran
Sejarah akan dapat menilai warisan negara kita seterusnya menerangkan kehidupan
dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. Menerusi ini,
masyarakat Malaysia akan lebih menghormati masyarakat pelbagai kaum, di samping
mempertahankan identiti dan warisan negara serta memahami perbezaan kaum,
budaya, dan agama dalam memupuk persefahaman antara kaum di Malaysia. Sebagai
contoh, pengenalan terhadap budaya kaum-kaum di Malaysia dan budaya setiap negeri
di Malaysia tidak kira dari segi pakaian, makanan dan tarian yang pelbagai dan
mempunyai keunikan yang tersendiri akan membantu masyarakat Malaysia memahami
dan menghargai keistimewaan negara kita.
Dalam elemen kedaulatan negara kita pula, murid akan didedahkan dengan
pencapaian negara dari segi ekonomi, sosial dan pencapaian di peringkat
antarabangsa. Menerusi elemen ini, perasaan bangga terhadap pencapaian negara
akan dapat dipupuk. Seterusnya, elemen ini juga akan memberi pengetahuan kepada
murid dalam memahami cabaran negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Dengan ini, pembinaan jati diri dalam diri murid akan dapat dibentuk sejak dari zaman
sekolah rendah lagi. Lagipun , generasi ini jugalah yang akan menerajui kepimpinan
negara pada masa akan datang yang lebih mencabar. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

3


Rajah 1 : Enam Tunjang KSSR

Rajah 2 : Teras Pembangunan Kurikulum KSSR
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

4

2.0 PENERAPAN NILAI-NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME KEPADA MURID


Rajah 3 : Persamaan Maksud

2.1 Definisi Nilai
Nilai atau dalam bahasa Inggris disebut value bererti harga,
penghargaan, atau tafsiran. Ertinya, harga atau penghargaan yang melekat pada
sebuah objek. Objek yang dimaksud adalah berbentuk benda, barang, keadaan,
perbuatan, atau perilaku.

Nilai adalah sesuatu yang abstrak, bukan konkrit. Nilai hanya boleh
difikirkan, difahami, dan dihayati. Nilai juga berkaitan dengan cita-cita, harapan,
keyakinan, dan hal-hal yang bersifat dalaman. Menilai juga merupakan
menimbang, iaitu kegiatan manusia yang menghubungkan sesuatu dengan
sesuatu yang lain untuk mengambil suatu keputusan. Nilai memainkan peranan
penting dalam sesebuah masyarakat. Antaranya:
i) Mempengaruhi norma masyarakat
ii) Menyatupadukan masyarakat.
iii) Memotivasikan masyarakat.
iv) Mengawal tingkahlaku negatif masyarakat.
v) Membolehkan masyarakat membuat pilihan.
vi) Penting untuk pengkajian masyarakat.

Dengan adanya nilai yang positif, timbal baliknya, pelajar akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian masing-masing. Dengan
ini, lahirlah satu masyarakat yang tinggi pencapaian akademiknya. Seterusnya
wujud bangsa yang berakhlak yang akan mencerakin dan memajukan lagi
pencapaian fizikal negara.
PATRIOTISME
SEMANGAT CINTAKAN
NEGARA
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

5

2.2 Definisi Patriotisme

Menurut Viroli (1995) patriotisme ialah perasaan cinta kepada tanah air
dan perasaan kebangsaan yang sayangkan negara. Dia menolak pandangan
nationalisme dan patriotisme adalah sebahagian daripada perkauman. Malah
pada pandangannya patriotisme nilai kebangsaan yang ada melambangkan
kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara yang dicinta. Dalam maksud ini
perasaan cinta kepada negara boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara
seperti menulis puisi patriotik, muzik, melahirkan perasaan cinta, drama dan
sebagainya. Sebagai contoh puisi patriotisme yang ditulis oleh Jose Rizal iaitu
Bapa Kebangsaan Filipina yang bertajuk Ultimo adios yang menekankan
semangat cintakan tanah air dan rasa bangga terhadap negaranya. Nilai ini perlu
dipupuk dalam diri masyarakat agar mereka menyedari tentang keperluan dan
kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme.

Dalam konteks negara bangsa Malaysia patriotisme yang perlu ada dalam
setiap anggota rakyatnya hendaklah berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia
kepada negara yang tercinta, mempunyai semangat kekitaan, berdisiplin,
mempunyai nilai yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
demi kemajuan bangsa, agama dan negara.











KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

6

2.3 Pemupukan Nilai Patriotisme













Rajah 4 : Fokus Mata Pelajaran Sejarah


Rajah 5 : Cara-Cara Memupuk Semangat Patriotik

Program Sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di Sekolah
dan Institut Pengajian.
Menganjurkan kem jati diri untuk mengisi masa lapang
mestilah tertumpu kepada usaha memberi kesedaran
kepada golongan muda
Pameran-pameran tentang Sejarah
Memperkasakan pengajaran subjek-subjek Sejarah di
Sekolah
Memasang Lagu Kebangsaan Awal Pagi dan Semasa
Waktu Rehat
Menerapkan
semangat patriotik
melalui pengetahuan
masa lalu dan masa
kini
FOKUS
UTAMA KSSR
SEJARAH

Menyemai ilmu
pengetahuan dan
asas Kemahiran
Pemikiran Sejarah
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

7

Kepentingan nilai patriotisme sememangnya tidak dapat disangkal lagi
dalam membentuk jiwa merdeka dan semangat jati diri yang tebal serta kukuh
dalam diri seseorang warganegara. Menjelang tahun 2014, Kementerian
Pendidikan berusaha memberi penekanan kepada mata pelajaran Sejarah yang
merangkumi asas-asas sejarah negara bagi membantu memahami hubungan
etnik, sistem beraja, kedudukan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu.
Kurikulum sejarah ini bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap
mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan
menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Penekanan yang khusus
kepada sejarah negara selaras dengan kehendak kerajaan untuk memastikan
rakyat Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya.

Langkah memperkenalkan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah
adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi pendedahan awal tentang sejarah
di samping memupuk minat untuk mempelajari sejarah sebagai persediaan di
peringkat menengah nanti. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Mata pelajaran Sejarah dimasukkan dalam tunjang kemanusiaan
yang lebih kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai patriotisme dalam kalangan
murid. Saya sebagai guru sejarah mestilah memahami konsep dan keperluan
kurikulum untuk mencapai objektif yang diinginkan. Walaupun kebanyakkan
masyarakat menganggap sejarah merupakan mata pelajaran yang agak
membosankan akan tetapi sebagai guru sejarah saya harus membuktikan
bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) sejarah itu menyeronokkan dan
mata pelajaran sejarah ini dapat memupuk semangat patriotisme kerana nilai itu
semakin pudar di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebagai guru, kaedah untuk melahirkan elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik kepada murid haruslah melalui aktiviti soal jawab, kajian kes,
pemerhatian, dan kaedah-kaedah lain mengikut kreativiti dan tahap kebolehan
murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Contohnya, kandungan
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

8

kurikulum tahun 4 iaitu bagi tajuk Sekolah Kebanggaan saya. Saya akan
melakukan proses PdP di luar bilik darjah. Murid-murid diagihkan kepada
beberapa kumpulan dan diberi masa untuk mencari maklumat mengenai
sekolah dan menceritakan maklumat yang diperolehi. Proses PdP seperti ini,
memberi pendedahan kepada murid dengan jelas mengenai sekolah dan
keyakinan berkomunikasi. Perasaan sayang kepada sekolah dapat dipupuk dan
dikaitkan dengan keperluan mencintai Negara. Saya juga harus mencari idea
dan menggunakan pelbagai teknik dalam proses PdP supaya dapat menarik
minat pelajar. Bahan Bantu mengajar yang pelbagai dapat menarik minat pelajar
dan penggunaan teknologi maklumat lebih memudahkan cara penyampaian PdP
yang berkesan untuk mata pelajaran sejarah.

Keberkesanan penyampaian mata pelajaran sejarah ini bergantung
kepada kretiviti guru yang menyampaikannya. Ianya bergantung kepada
keupayaan, sikap, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri berkenaan mata
pelajaran yang disampaikan. Sebagai guru, saya harus mempunyai sifat ingin
mencari sesuatu yang baru untuk memantapkan diri dengan ilmu-ilmu sejarah
bagi memastikan mata pelajaran dapat disampaikan secara berkesan dan
pelajar yang mengikuti kelas sejarah ini dapat memahami mata pelajaran
tersebut.

Setiap pelajar harus ditekankan sifat berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Di sini, jelas menunjukkan peranan guru sejarah dalam menekankan aspek
tersebut. Sebagai rakyat Malaysia hendaklah mempunyai akhlak dan berbudi
pekerti mulia dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu peranan sebagai
rakyat yang baik hendaklah mempunyai perasaan hormat kepada raja dan
pemimpin Negara sebagai lambang perpaduan dan pentadbir kepada negara. Di
samping itu, lambang-lambang negara sentiasa dihormati dan menjadi kekuatan
semangat dalam diri sebagai rakyat yang mencintai tanah air. Lambang-lambang
negara sentiasa disanjung dan dihormati seperti bendera, lagu kebangsaan, jata
negara dan sebagainya. Aktiviti yang sesuai saya adakan untuk memupuk sifat
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

9

patriotisme adalah dengan mengadakan minggu sejarah di sekolah. Dimana
aktiviti seperti kuiz, bercerita mengenai tokoh sejarah, melukis jata, bendera,
atau perkara yang berkaitan mengenai Malaysia. Secara tidak langsung murid
akan memahami dan nilai patriotisme itu dapat dipupuk.

Di sekolah juga, guru harus mempunyai tanggungjawab
menerapkan nilai-nilai berkaitan dengan patriotisme. Ini kerana warganegara
Malaysia mempunyai berbilang kaum. Oleh itu, setiap warganegara perlu
menanamkan semangat kekitaan dalam diri mereka. Agar dapat hidup bersatu
padu dan berharmoni walaupun hidup dalam pelbagai kaum dan agama.
Semangat kekitaan juga hendaklah turut disulami perasaan tolak ansur dan
bertoleransi agar sama-sama membentuk satu benteng yang teguh bagi
mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Sudah tentunya kerjasama
dan tolong menolong pasti akan memperkukuhkan lagi semangat kekitaan dalam
setiap komuniti masyarakat yang digelar sebagai rakyat Malaysia. Contoh dalam
tajuk Kita Rakyat Malaysia guru boleh menayangkan video mengenai kisah
semangat kekitaan dan murid diminta memberi pendapat mengenai video
tersebut. Secara tidak langsung dapat meransang otak murid untuk berfikir.

Dalam mata pelajaran sejarah juga menerapkan mengenai tokoh
terbilang. Murid-murid perlu tahu mengenai tokoh dan menyenaraikan ciri-ciri
tokoh supaya murid dapat menghayati sumbangan mereka terdahulu. Ciri-ciri
tokoh terbilang adalah dihormati, disegani, amanah, dan berwibawa. Sikap-sikap
tersebut boleh dicontohi. Sebagai guru, aktiviti yang sesuai dilakukan dengan
tajuk ini adalah melakonkan watak tokoh seperti Tun Perak, Laksamana Hang
Tuah, dan lain-lain. Murid-murid akan teruja jika diberi pendedahan seperti
lakonan dan menarik minat untuk lebih mengetahui tentang sejarah. Guru
sejarah yang berkesan dapat memupuk nilai patriotisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, guru harus melatih murid
menyanyikan lagu Negaraku kerana lagu Negaraku merupakan lagu yang wajib
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

10

di hafal oleh setiap rakyat Malaysia. Lagu Negaraku merupakan lagu rasmi
Negara. Lagu Negaraku merupakan identiti Negara oleh itu sebagai rakyat
Malaysia, kita harus berbangga dan bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.
Setiap aktiviti rasmi perlulah menyanyikan lagu Negaraku untuk menaikkan
semangat cinta kepada Negara.

Bagi menerapkan semangat patriotisme ini juga, pihak sekolah boleh
menganjurkan kem jati diri untuk mengisi masa lapang. Perisian kem mestilah
tertumpu kepada usaha memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai
semangat patriotisme. Usaha ini perlu untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti, ingin memajukan Negara dan sanggup berkorban untuk Negara. Nilai-
nilai patriotisme ini boleh diterapkan secara langsung semasa proses PdP.
Contohnya, guru menyuruh murid berkerjasama membersihkan kelas. Nilai yang
terdapat adalah kerjasama. Disamping itu, warganegara sesebuah negara
hendaklah mempunyai disiplin yang ampuh dalam usaha untuk mengekalkan
kedaulatan negara. Sebagai warga yang berdisiplin hendaklah mempunyai
semangat untuk mempertahankan dan menjunjung perlembagan negara yang
telah dibentuk sebagai satu perlembagaan untuk menjaga kepentingan semua
warganegara Malaysia. Peraturan dan undang-undang negara juga hendaklah
sentiasa dipatuhi agar hidup lebih berdisiplin dalam sama-sama untuk
memajukan negara. Lebih-lebih lagi untuk mencapai sasaran wawasan 2020
sebagai sebuah negara maju dalam pelbagai aspek samada dari aspek ekonomi,
politik, dan social.

Di sekolah guru wajib mengadakan program Sejarah untuk meningkatkan
semangat patriotik seperti mengadakan Bulan Kemerdekaan dan sambutan 31
Ogos 1957 untuk murid-murid mengingati detik sejarah Malaysia. Program
seperti ini perlu diselitkan dengan lakokan kemerdekaan supaya murid dapat
merasa fahami pahit getir Negara untuk mendapatkan kemerdekaan semasa di
jajah dengan kuasa besar dan mengadakan pameran-pameran berkaitan
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

11

sejarah. Selain itu, program sambutan hari guru juga boleh memupuk semangat
patriotisme. Contohnya, sebelum sambutan hari guru, guru boleh mengadakan
pertandingan atau kuiz yang memerlukan pelajar mencari maklumat guru dan
pelajar juga boleh memilih guru yang paling cemerlang di sekolah. dengan
mengadakan aktiviti ini nilai dan unsur patriotisme dapat disemai dan perasaan
sayang kepada guru. Secara tidak langsung murid akan lebih mengenali guru.
Program mentor mentee juga boleh dilakukan supaya murid merasakan dirinya
diberi perhatian dan membolehkan mendorong mereka maju dalam pelajaran
kerana tidak semua murid mendapat perhatian yang mereka impikan.

Sebagai sebuah negara timur yang ingin mengekalkan ciri ketimurannya
maka mantan Perdana Menteri Tun Mahadir Mohammad telah melancarkan
Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini selain bertujuan untuk mencapai kemajuan
tapi juga ingin melihat agar setia warganegara mengekalkan ciri-ciri ketimuran
seperti mempunyai nilai kesopanan dan ketatasusilaan. Sesungguhnya setiap
rakyat Malaysia perlu berkelakuan sopan dan bertatasusila mulia dan pasti akan
melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini
jugalah maka sikap adil dan bertimbang rasa amat perlu supaya segala impian
dan matlamat negara akan berjaya dicapai.

Pemupukan nilai patriotisme bukan hanya tertumpu disekolah akan tetapi
semangat ini perlu ditekankan di sekolah oleh guru supaya murid sedar akan
kepentingannya secara jelas. Setiap rakyat Malaysia hendaklah berusaha
dengan rajin dan gigih untuk mencapai matlamat dan impian. Malah semangat
berdikari juga mampu untuk memupukkan nilai-nilai murni dalam jiwa seseorang.
Malah untuk mencapai harapan tersebut setiap warga perlu untuk
mempertingkatkan usaha dan tabah untuk menghadapi cabaran pada masa
akan datang. Seperkara lagi yang perlu ada ialah sentiasa menyokong dan
melibatkan diri dalam usaha pembangunan Negara.


KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

12

2.4 Nilai Patriotisme Pendidikan Sejarah Dalam Melahirkan Modal Insan
Konsep pembangunan modal insan adalah sinonim dengan manusia.
Dalam hal ini, pembangunan insan membawa maksud memperkasakan insan
sebagai individu dan anggota komuniti. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, modal insan merujuk kepada golongan yang menguasai ilmu
pengetahuan secara bersepadu, pelbagai dan semasa, lantas kecemerlangan
intelektual seseorang dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan
dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan
insan seimbang dan harmonis seperti yang dikehendaki dlam matlamat Falsafah
Pendidikan negara. Dalam proses pembangunan negara tidak dapat dinafikan
modal insan adalah faktor paling penting dan perlu dititik beratkan. Kita telah
banyak dimuntahkan dengan modal material seperti rumah, tanah, wang dan
sebagainya. Namun ianya ternyata bersifat sementara berbanding pembangunan
modal insan yang bersifat agak kekal dalam situasinya. Seboleh-bolehnya
tenaga insan yang baik dapat diterapkan dan dimasukkan dalam agenda penting
pembangunan negara.

Rajah 6 : Lima Konsep Kemahiran Dalam Modal Insan Menurut Hasnah Hussin
Konsep Modal
Insan
Kemahiran
Teknikal
Keupayaan
Kepimpinan
Kemahiran
Kognitif
Kemahiran
Bahasa Dan
Komunikasi
Kemahiran
Sosial
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

13

3.0 CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG BERKESAN










Rajah 7 : Ciri-ciri Guru Sejarah Berkesan



BERINTEGRITI BERKUALITI
BERILMU
PENGETAHUAN
BERKEMAHIRAN
BERSONALITI PEMAAF BERINOVASI
POSITIF
BERTANGUNG-
JAWAB
BERKARISMA PENYAYANG
KREATIF
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

14

Pendidikan telah dijadikan sebagai satu strategi utama dalam menentukan
kejayaan Wawasan 2020. Dalam hal ini, guru merupakan kunci kepada penghasilan
pendidikan yang berkualiti kerana melalui pendidikan di peringkat sekolah, Negara kita
boleh mencapai matlamat, aspirasi, visi, dan misinya. Di sini, jelas menunjukkan
bahawa setiap guru mempunyai tugas dan peranan yang sangat mulia dan penting. Hal
ini, kerana, di tangan guru-guru tersebutlah terletaknya nasib generasi masa depan.

Tugas guru semakin mencabar pada alaf baru ini. Guru perlu lebih memiliki
ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional
dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap,
bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.

Untuk menjadi guru sejarah yang berkesan, saya perlu bergerak pantas.
Sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan
selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan
ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya. Namun begitu aspek
asas yang terpenting bagi saya untuk menjadi guru sejarah yang berkesan adalah
dengan memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika
perkhidmatan yang cemerlang. Saya perlu mengamalkan etika perkhidmatan
cemerlang untuk menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas
melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

15

kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. Oleh itu, sebagai seorang guru sejarah,
saya perlu mempunyai ciri-ciri guru sejarah yang berkesan untuk melahirkan anak
bangsa yang berjaya. Terutama dalam mata pelajaran sejarah yang baru
diperkenalkan. Saya mestilah mempunyai ciri guru yang berkesan untuk menarik minat
pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Cuba menjadikan mata pelajaran sejarah
sesuatu yang amat menarik untuk dipelajari.

Ciri-ciri guru sejarah yang perlu saya kuasai adalah berpengetahuan. Saya mesti
mempunyai sifat dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, untuk menjadi guru sejarah
yang berkesan saya perlu selalu membaca, membuat kajian dan menghadiri seminar
untuk memantapkan pengetahuan diri. Saya juga perlu mempunyai sifat integriti.
Integriti merupakan suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip
moral atau tahap profesionalisma. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti
yang konsisten. Sebagai contoh, tanggungjawab saya sebagai guru untuk mengajar
murid. Oleh itu, saya seharusnya mengajar dengan sebaik mungkin tanpa
mengharapkan sesuatu balasan. Integriti adalah 'code of behavior'. Jika semua orang
melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama
dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju,
bertamadun.

Walaupun mata pelajar sejarah ini baru diperkenalkan di sekolah rendah untuk
murid tahun 4, saya sebagai guru sejarah mestilah menguasai dokumen standart
Kurikulum (DSK) dan akan berusaha mengubah suai pengajaran dan pembelajaran
(PdP) mengikut kemampuan murid. Contohnya, jika saya mengajar murid lemah, saya
seharusnya memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat untuk tahap
murid. Saya boleh menggunakan benda maujud untuk murid lebih faham walaupun
sejarah itu sudah lama berlalu. Dengan kaedah itu, secara tidak langsung murid lebih
memahami. Selain itu, untuk menjadi guru sejarah yang berkesan, saya perlu
merancang dan mencari idea baru untuk proses PdP supaya murid tidak bosan dan
seronok mempelajari mata pelajaran sejarah. PdP saya mestilah bersesuaian dengan
tahap dan keadaan murid. Jika pengajaran saya tidak mendapat respon dari pelajar
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

16

dengan baik. Saya perlulah menukar cara pengajaran dan aktiviti untuk mendapatkan
fokus dari pelajar. Kaedah ini boleh menjadikan saya guru sejarah yang efiktif. Saya
haruslah sentiasa melaksanakan dan merancang aktiviti bagi membimbing pelajar
mencapai tahap yang di kehendaki. Dengan teknologi terkini bermacam-macam kaedah
pengajaran boleh diaplikasikan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya mestilah kreatif dan
berinovasi. Teknik PdP haruslah kreatif dan berdaya cipta untuk menarik minat murid
untuk belajar. Murid-murid yang berusia 10 tahun memerlukan hiburan semasa belajar.
Dengan adanya kaedah yang menarik, saya dapat menarik minat murid. Secara tidak
langsung, mata pelajaran sejarah boleh menjadi kegemaran murid dan murid tidak
sabar menunggu saya masuk ke kelas untuk mengajar. Sikap murid terhadap
seseorang guru boleh mencerminkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran guru tersebut. Selain itu, saya perlu mempunyai kemahiran dalam
teknologi maklumat untuk menjadi saya sebagai seorang guru sejarah yang berkesan.
Zaman moden sekarang memerlukan saya celik IT dalam mencari maklumat. Ini kerana
jika saya buta IT, saya akan ketinggalan dari pelbagai segi. Dengan menguasai IT, saya
lebih mudah mempelbagaikan proses PdP tanpa terlalu bersusah payah. Guru sejarah
yang berkesan perlu mempelbagaikan kaedah PdP supaya murid tidak bosan dan
dapat memahami tajuk pembelajaran. Teknologi terkini seperti di hujung jari anda,
yang membawa maksud apabila menguasai IT semua benda boleh dilakukan dengan
mudah.

Seterusnya, saya sebagai guru sejarah haruslah mempunyai kualiti guru. Kualiti
guru yang dimaksudkan ialah mempunyai aspek darjah kecemerlangan dan bermutu
tinggi, iaitu saya perlu bijak membuat perancangan yang sistematik. Sebagai contoh.
sebelum bermulanya sesi persekolahan, saya harus memahami isi kandungan bahan
yang hendak diajar bagi membolehkan pelajar mengikuti arahan saya dengan jelas
dalam mencapai objektif pembelajaran dan suasana pembelajaran yang sempurna
dapat dihasilkan. Menurut Sufean Hussin ( 2005 : 292 ), disamping mempunyai ilmu
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

17

pengetahuan yang tinggi, iaitu pengetahuan Imperatis ( tindakan yang perlu dilakukan
bagi mencapai objektif atau sasaran ) dan profesional yang merangkumi aspek
pembelajaran, kemahiran, minat, teknologi, pedagogi, undang-undang atau polisi
tertentu yang secara tidak langsung merangkumi peranan dan tanggungjawab terhadap
profession keguruan.

Menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 : 92 ) seseorang guru yang efektif
semestinya mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang yang diajar
terutamanya dalam aspek menetapkan matlamat dan rancangan pengajaran, iaitu
penetapan matlamat yang tinggi dalam setiap sesi pengajaran dan mengatur rancangan
untuk mencapai matlamat tersebut. Saya sebagai guru sejarah yang berkesan mestilah
sentiasa mengkaji dan mendalami bidang kepakaran saya dan sentiasa mencari idea
baru bagi memudahkan pelajar memahami isu kandungan sejarah. Selain itu, saya juga
perlu ada kemahiran dalam pengurusan bilik darjah, iaitu membentuk dan mengekalkan
suasana kelas yang sesuai untuk sesi pembelajaran berdasarkan penguasaan strategi
untuk membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan mengawal
kelakuan pelajar. Disamping itu, pertuturan merupakan satu kemahiran komunikasi
yang penting bagi saya yang melibatkan perlakuan mendengar dan bercakap kerana
saya bukan hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar dalam bidang akademik semata-
mata, sebaliknya saya turut berperanan sebagai pemberi dan penyampai maklumat
ilmu pengetahuan yang turut di pengaruhi oleh intonasi suara yang menarik dalam
menggunakan perkataan, frasa, dan ayat bagi menepati maksud pelajaran yang hendak
disampaikan.

Selain berkemahiran, saya seharusnya mempunyao kesedaran dalam menjaga
personaliti yang baik kerana penampilan seseorang guru dapat mempengaruhi
keberkesanan dalam pengajaran dan penerimaan pelajar terhadap pelajaran yang
disampaikan kerana cara penampilan, gerak badan guru, dan sahsiah guru di dalam
bilik darjah dapat mencerminkan keyakinan dan kesungguhan seseorang guru yang
harus menjadi model atau contoh yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana, kajian
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

18

menunjukkan bahawa seseorang pelajar adalah lebih cenderung dalam menjadikan
guru sebagai sasaran idola dalam persaingan mereka, maka tingkah laku guru adalah
penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Penampilan disini adalah
berkaitan dengan cara saya berpakaian yang disifatkan hendaklah kemas, ringkas dan
tidak memakai perhiasan yang keterlaluan serta sederhana dari segi fesyen dan
warnannya juga tidak terlampau terang dan berkilat-kilat agar tidak menggangu
konsentrasi pelajar.

Guru serba boleh merupakan istilah yang digambarkan kepada guru pada zaman
kini. Ini kerana, tugas guru amat mencabar dalam melahirkan pelajar yang berkualiti
dan berdaya saing. Dalam proses PdP, saya sebagai guru sejarah harus
mempelbagaikan kemahiran mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakkan pelbagai
keadah mengajar yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan
dicapai oleh setiap murid seperti yang diutarakan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed
Amin Embi ( 2006 : 118 ), bahawa para guru seharusnya menyedari akan kepentingan
pemilihan kaedah mengajar yang berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan
pelajar itu sendiri dan bukannya berdasarkan kemahuan seseorang guru yang secara
tidak langsung menjadikan pengajaran dan pembelajaran memberikan daya tarikan
baru yang menarik perhatian pelajar yang turut disokong oleh Mohamad Johdi Hj
Salleh ( 2007 :92 ), bahawa saya seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai kaedah
untuk menghasilkan pengajaran yang efektif berdasarkan kajian dan penyelidikan
mengenai kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk sesuatu isi pengajaran, topik
atau kemahiran bagi menilai kelebihan dan kekurangan bagi mempelbagaikan lagi
kaedah pengajaran disamping mencari kaedah-kaedah yang baru yang berperanan
sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid. Misalnya, penyelidikan yang
dilakukan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006 :120 ), mendapati
bahawa guru yang menggunakan kaedah mengajar yang sesuai membantu pelajar
memahami penggunaan bahasa dengan baik. Contohnya bagi matapelajaran sejarah,
saya boleh mempelbagaikan aktiviti dengan lakonan, menayangkan video yang
KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

19

berkaitan dengan tajuk, mengadakan sesi PdP diluar bilik darjah, soal jawab dan lain-
lain. Dengan mempelbagaikan aktiviti PdP, secara tidak langsung dapat menarik minat
murid untuk belajar dan memudahkan murid memahami pelajaran yang diajar.

Terdapat banyak ciri-ciri guru yang berkesan akan tetapi seseorang guru itu
harus mempunyai displin yang tinggi untuk mencapai tahap guru sejarah yang
berkesan. Saya perlu menglengkapi diri dengan ilmu teori-teori yang berkaitan dengan
murid supaya mudah untuk saya memahami setiap murid yang mempunyai perlakuan
dan tahap yang berbeza. Semasa menyediakan bahan PdP, saya belajar dan cuba
meletakkan dirinya sebagai pelajar supaya tahap penyampaian yang diajar berjaya
mencapai objektif dan sentiasa mendorong pelajar untuk lebih rajin belajar. Menurut
B.Samuel Sidjabat (1993), sikap guru yang selalu mencari dan menambah
pengetahuannya akan mudah merangsang minda serta mempengaruhi murid-
muridnya.

Kesimpulannya, untuk saya menjadi guru sejarah yang berkesan, saya harus
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti peribahasa melayu tuntutlah ilmu
sehingga negeri China. Jelas menunjukkan ilmu itu penting dan boleh digunakan
sepanjang hayat. Ternyata tugas saya sebagai guru bukan sesuatu perkara yang
mudah akan tetapi memberi nilai yang tinggi kepada sistem pendidikan di negara,
kepada saya serta murid-murid. Dengan adanya ilmu, saya mampu membuat inovasi
dalam pendidikan kerana ia mampu mencorakkan sistem pendidikan lebih progresif dan
inovatif. Seterusnya, mampu menjadikan pendidikan berperanan positif bagi
menjayakan hasrat wawasan 2020. Dengan inovatif, terbukti memberi impak yang
besar kepada murid. Oleh itu, saya sebagai pembimbing atau guru tidak perlu takut
untuk menyahut cabaran dan perlu membuat anjakan paradigma dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Semua perlu kepada perubahan supaya sistem
pendidikan negara seiring dengan era teknologi dan revolusi pengetahuan.



KURIKULUM SEJARAH (SJH 3103)

20

4.0 KESIMPULAN

Kekuatan bagi sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai murni yang ada
dalam kalangan rakyatnya. Nilai patriotisme merupakan nilai yang begitu erat dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Tanpa nilai kewarganegaraan tiada maknanya
nilai patriotisme begitulah sebaliknya. Kedua-dua nilai ini mesti disepadukan barulah
dapat membentuk kekuatan kukuh dalam mempertahankan kedaulatan dan
kemakmuran negara. Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme tidak dapat
disangkal dalam membawa kemajuan, keharmonian serta kemakmuran kepada negara.
Oleh itu, guru sejarah perlulah lebih produktif bagi menamankan nilai-nilai ini supaya
menghasilkan pelajar yang mengakui berada di tanah tumpah darahnya walaupun
berlainan agama dan bangsa. Setiap rakyat Malaysia perlu ada perasaan cinta akan
Negara untuk kesejahteraan Negara. Matapelajaran sejarah sekolah rendah
diperkenalkan bagi menaman sifat-sifat cintakan Negara dan kanak-kanak tahu seta
memahami nilai sejarah itu. Secara tidak langsung, pemikiran mereka lebih terbuka,
lebih memahami sejarah Negara, dan perkara-kara yang penting yang mereka tidak
ambil peduli sebelum ini. Dilihat, guru perlu mencapai objektif PdP supaya murid-murid
memahami kandungan di sampaikan dan kaedah PdP perlulah pelbagai supaya dapat
menarik minat murid dan mereka memahami isi yang disampaikan. Dengan
matapelajaran sejarah ini, dapat dilihat kekuatan rakyat Malaysia mengakui sebagai
satu bangsa untuk membentuk negara bangsa yang unggul. Kewajiban setiap
warganya mengakui kepercayaan kepada tuhan, kedaulatan undang-undang, kesetiaan
kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan.
Maka dengan adanya pegangan kukuh terhadap ideologi negara ini dan disulam indah
nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang ampuh adalah tidak mustahil Malaysia
akan menjadi negara maju dalam tempoh yang direncanakan. Pendidikan sejarah
ternyata menjadi satu agen penting yang memantapkan lagi nilai-nilai ini agar tidak
akan terlerai lagi dan menjadi pegangan kukuh sebagai waris negara merdeka.

Anda mungkin juga menyukai