Anda di halaman 1dari 18

Arteri renal

Vena renal
Ureter
Medula
Korteks
Pelvis
Piramid
Keratan ginjal
Kapsul
Arteriol
aferen
Arteriol
eferen
Tubul
pengumpul
Tubul
berlingkar
distal
Tubul berlingkar
proksimal
Kapsul Bowman Glomerulus
Kapilari darah
Liku Henle
KORTEKS
MEDULA
Nefron
PENGHASILAN AIR KENCING OLEH
NEFRON DI GINJAL YANG MELIBATKAN
3 PROSES :
a) ULTRATURASAN
b) PENYERAPAN SEMULA
c) REMBESAN

Ultraturasan
Rembesan
Penyerapan
semula
Ultraturasan
Membran penurasan terdiri daripada podosit dan endotelium
glomerulus
Darah yang diangkut ke glomerulus oleh arteriol aferen dari arteri
ginjal mempunyai tekanan yang lebih tinggi yang dikekalkan oleh
diameter arteriol aferen yang lebih besar daripada arteriol eferen
Hanya molekul kecil dituras ke dalam ruang kapsul
Turasan glomerulus mempunyai kendungan yang sama dengan
plasma darah (air, glukosa, asid amino, garam mineral, dan
urea)
Darah meninggalkan glomerulus melalui arteriol eferen yang
membentuk satu rangkaian kapilari mengelilingi tubul dan
akhirnya bersambung dengan vena renal.
Bahan-bahan yang berguna seperti air,
glukosa, asid amino, ion natrium, dan klorida
diserap semula di bahagian berlainan tubul ke
dalam kapilari darah melalui osmosis dan
pengangkutan aktif.
Penyerapan semula
Hanya 20 % plasma darah dituras, jadi masih
terdapat hasil buangan dalam plasma darah
arteriol eferen.
Proses rembesan (melalui resapan pasif dan
pengangkutan aktif) membantu menyingkirkan
bahan-bahan ini dari kapilari darah ke dalam
tubul renal (tubul berlingkar distal ) dan duktus
pengumpul.
Bahan yang dirembes ialah ion hidrogen, kalium,
ammonia, urea, kreatina, dadah dan toksin.
Rembesan
Keratan melalui kulit
mamalia
Fungsi kulit

Organ yang terbesar pada badan manusia.
Ia mempunyai luas permukaan yang terbesar.
Struktur kulit manusia terdiri dari beberapa lapisan
yang terdiri daripada epidermis, dermis, dan lemak
subkataneous.
Fungsi utama kulit ialah mengeluarkan haba badan
yang berlebihan.
Perpeluhan merembeskan air yang berlebihan dan
bahan buangan lain seperti natrium klorida dan urea
menerusi liang pada kulit.

Fungsi:
Melindungi tisu dalaman tubuh daripada
kecederaan
Sifat kalis air membantu mencegah kehilangan air
dalam badan.
Peka kepada rangsangan sakit , sejuk ,kepanasan ,
tekanan dan sentuhan.
Singkirkan bahan kimia semasa perpeluhan
seperti air , asid urik dan garam mineral berlebihan.
Mekanisma pengawalaturan suhu
badan
Apabila suhu badan tinggi, termoreseptor(reseptor haba) akan mengesan suhu
pada kulit lalu menghantar impuls kepada otak iaitu hipotalamus yang
berfungsi sebagai termostat mengesan suhu darah yang melaluinya.

Mekanisme yang berlaku apabila suhu badan tinggi ialah:

1. Pemvasodilatan- Salur darah mengembang untuk berdekatan dengan kulit
(iaitu persekitaran luar) yang membolehkan haba dibebaskan keluar.

2. Ia akan merangsang otot erektor mengendur dan membolehkan bulu kulit(bulu
roma) mencondong untuk mengurangkan udara daripada terperangkap pada kulit
supaya haba mudah dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.


3. Kelenjar peluh akan merembeskan peluh. Apabila peluh mengewap, ia akan
menyerap haba daripada kulit. Malah, perpeluhan membantu untuk
mengurangkan suhu badan.

Apabila suhu badan rendah, perkara yang sama berlaku, di mana
termoreseptor menghantar impuls kepada hipotalamus. Perbezaannya
adalah bagaimana hipotalamus bertindak untuk meningkatkan suhu
badan ke julat yang normal.

Mekanisme yang berlaku apabila suhu badan rendah ialah:

1. Pemvasocerutan - Salur darah mengecut untuk menjauhi kulit. Dengan ini
haba kurang dibebaskan ke persekitaran.

2. Ia akan merangsang otot erektor mengecut dan membolehkan bulu
kulit(bulu roma) menegak untuk membolehkan udara terperangkap dicelah-
celah bulu roma dan bertindak sebagai 'selimut' supaya haba sukar
dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.

3. Kelenjar peluh akan merembeskan peluh yang sedikit. Maka haba kurang
dibebaskan melalui pengewapan air peluh. Ia akan membantu untuk
meningkatkan suhu badan.

Anda mungkin juga menyukai