Anda di halaman 1dari 8

Soalan 2 :

Huraikan cara bagaimana seorang


guru boleh bertindak sebagai agen
sosialisasi?
Ahli Kumpulan 1 : Chin Ka Yi
Lim Shushian
Ng Shuang Shuang
Tan Xin Yi
Definisi Sosialisasi
Sosialisasi merupakan proses interaksi sosial
yang membolehkan manusia memperoleh
personaliti atau sahsiah dan belajar cara hidup
masyarakat.
Proses sosialisasi menghendaki seseorang
individu mempelajari & menerima nilai, sikap,
kemahiran & peranan yg dapat membentuk
personalitinya & menyatukannya ke dlm
kelompok masyarakat.
Agen sosialisasi merupakan individu atau
pihak yang membentuk manusia yang mampu
mempelajari nilai dan norma dalam
kehidupan sosial.
Guru Sebagai Agen Sosialisasi
1. memberi peluang kepada murid untuk
menguasai pelbagai ilmu & kemahiran yang
difikirkan sesuai untuk perkembangan diri &
masyarakat.
Guru seharusnya mendidik murid mereka
seiring dengan zaman mereka.
Pembelajaran pada zaman sekarang amat
mencabar kerana wujudnya pelbagai teknologi
serta hiburan yang boleh menarik perhatian
mereka.

2. Membentuk sahsiah sosial yang positif dan
budaya penyayang.
Guru yang mempunyai kawalan diri & motivasi
diri akan mempamerkan sifat empati serta
mampu membantu murid membentuk emosi
yang sihat.
Guru harus mudah menyesuaikan diri, bersifat
penyayang dan menghormati perbezaan
individu. Dengan ini, murid-muridnya dapat
menbentuk konsep kendiri positif serta
membina keyakinan diri untuk mencapai
potensi mereka.
3. Turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti
kebudayaan, gotong-royong, kelas bimbingan
dan lain-lain.
Melalui aktiviti ini, semangat perpaduan
dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Melahirkan murid yang menghormati
perbezaan orang lain.
berpeluang bersosialisasi dengan ibu bapa,
penduduk, pemimpin setempat.

4. Mempamerkan kesanggupan belajar dan
menyesuaikan diri dengan penggunaan
teknologi baharu supaya saluran maklumat
dapat dicapai dengan lebih cepat dan
efisen.
Sebagai contoh, penggunaan laman
web, emel, chat group, mewujudkan
blog dan lain-lain.


5. Menjadi teladan sosial supaya membentuk
dan mengembangkan kualiti sahsiah sosial
murid.
Menjadi contoh dari segi corak dan nilai
hidup, pertuturan dan penggunaan bahasa,
hormati peraturan dan undang-undang serta
respon kepada golongan kurang bernasib baik.
Amalan nilai murni seperti berbudi bahasa,
bersopan santun, prihatin dan nilai-nilai
kemanusiaan wajar dipamerkan dalam diri
seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai