Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012 Tempoh Praktikum : 8 Minggu Pengkhususan : Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pensyarah Pembimbing (Major) : Ustaz Mohd Radzi Bin Lebai Mat Pensyarah Pembimbing (Elektif) : Ustaz Mohd Zailani Bin Ismail Catatan Minggu : Pertama (13 Julai 2014 - 13 Julai 2014) Tajuk : Tekanan / Stress
Masalah / Isu / Peristiwa Yang Difokuskan Pada minggu pertama saya berada di SK Tanah Merah dalam menjalani praktikum untuk fasa yang kedua, pelbagai perasaan dan emosi wujud dalam diri saya. Diri ini merasakan teruja dan gembira untuk berada di medan persekolahan buat kali kedua dalam menjadi seorang pendidik. Pada minggu pertama ini juga timbul perasaan tertekan dan stress atas faktor-faktor tertentu. Tekanan mula wujud dalam diri saya berikutan saya perlu menyelesaikan tugasan kerja kursus yang perlu dihantar pada waktu praktikum. Tambahan pula, pada semeseter ini juga saya ditugaskan untuk menjadi pengerusi untuk projek bagi tugasan daripada Unit Gerko . Tambahan pula, saya ditugaskan untuk mengajar tahun 4 dalam subjek Bahasa Arab yang sememangnya menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Format baru yang terlalu padat dan agak sukar difahami menyebabkan saya berasa 2
celaru untuk merancang aktiviti yang bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini. Menurut Robbins (1993), stress atau tekanan boleh ditarifkan sebagai ; Suatu keadaaan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama, wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut. Oleh yang demikian, saya berasakan perlu untuk saya menangani tekanan ini sebaik mungkin supaya ia tidak menjadi penghalang atau barah yang boleh menggugat prestasi praktikum saya pada minggu-minggu seterusnya.
Analisis Masalah / Isu / Persitiwa Antara faktor yang memungkinkan kepada berlakunya tekanan atau stress adalah bebanan kerja bertindan-tindan dan menggunung. Terdapat beberapa jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Pertama adalah tekanan survival atau survival stress. Survival stress boleh berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Kedua, tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress). Tekanan ini boleh berlaku sekiranya individu yang mempunyai personaliti jenis A, iaitu bercita-cita terlalu tinggi, inginkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula ialah tekanan yang disebabkan tempat kerja (environmental and job stress). Tekanan di tempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran yang kurang kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, suasana yang kurang memuaskan dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue and overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis ini adalah bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh lupur kerja yang perlu 3
disiapkan dan diri terasa terbeban dengan tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri kita sendiri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tekanan, tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mengikut persedaran masa.
Cadangan Penyelesaian 1) Senaman pernafasan Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuklah melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Tarik nafas panjang melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan hembuskan pernafasan melalui lubang hidung secara perlahan-lahan. Hal ini kerana semasa individu menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif dan berkesan untuk mengekalkan keadaan tenang dalam situasi tekanan. Senaman pernafasan sangat mudah dilaksanakan kerana ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan boleh membawa kesan positif dengan cepat. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat dalam kehidupan seharian. 2) Pengurutan (Massage) Dalam kajian sains, terapi pengurutan dapat mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan. Ia juga dapat menambahkan kecerdasan minda kita. Saya merasakan saya perlu mendapatkan khidmat terapi mengurut profesional supaya fikiran saya berasa lebih tenang, meringankan otot-otot, melancarkan peredaran darah dalam badan supaya tugasan saya dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus dapat mengurangkan tekanan dalam diri. 3) Muzik Terapi muzik sememangnya mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk dan sukar dikawal. 4
Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan sebagai ejen terapi minda. Saya hanya perlu memlilih muzik-muzik yang ringan dan sedap didengar sebagai ubat penenang kepada diri. Muzik terbaik yang boleh didengari ialah seperti muzik instrumental, nasyid, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan alunan zikir- zikir mengingati Allah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 4) Pengurusan Masa Kenalpasti kerja harian mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya saya dapat merancang dan mengurus masa dengan lebih baik serta saya dapat menyiapkan kerja atau tugasan mengikut keutamaan tanpa melengah-lengahkannya. Saya juga perlu mengenal pasti dan menghindarkan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Saya perlu membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting kerana bak kata pepatah melayu masa itu emas! Tempoh Penyelesaian - Seminggu
Tindakan Susulan Berbincang bersama guru lain bagi menangani masalah ini. Meminta pandangan mereka memandangkan mereka lebih berpengalaman dalam berdepan masalah seperti ini. Melaksanakan cadangan-cadangan yang telah diusulkan. Sentiasa bersikap tenang dan sabar dalam menghadapi sesuatu masalah. Perlu lebih banyak bermuhasabah diri dan banyakkan berdoa.
5
Kesimpulan Sebagai seorang guru dan pendidik, saya seharusnya bertindak lebih efektif dalam menyelesaikan masalah ini. Saya juga harus bijak merancang strategi apabila berhadapan masalah seperti ini di samping mendapatkan satu kaedah atau cara yang membolehkan saya sentiasa menghindarkan diri daripada terjerumus dalam kancah tekanan atau stress. Walaubagaimanapun, kita sebagai insan yang kerdil perlu lebih banyak muhasabah diri dan berserahkan diri kepada Allah kerana kita hanya mampu merancang, Allah sahajalah yang menentukan.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing : ... ... ...
Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing : ... ... ...