Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN A : PENULISAN ILMIAH

BANDING BEZA DOKUMEN KSSR DAN KBSR PENDIDIKAN MORAL


Dalam aspek psikologi dan pendidikan, pembelajaran secara umumnya didefinisikan
sebagai satu proses yang menyatukan kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan
pengalaman sedia ada bagi mendapatkan, meningkatkan dan membuat perubahan
dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan persepsi seseorang individu daripada
pengajaran yang diterima (Illeris, 2000). Ini bermakna sumber pengajaran dan
pembelajaran merupakan sumber yang mampu merangsang pemikiran penerima
dengan maklumat sehingga berlakunya proses komunikasi pengajaran dan
pembelajaran diantara penyampai maklumat dengan penerima maklumat. Umumnya
mengetahui bahawa manusia mempunyai tahap kebolehan fizikal dan mental yang
berbeza. Murid-murid di sekolah juga adalah berbeza dari segi minat, kebolehan dan
keperluaan yang perlu dipenuhi. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai bentuk
ruang dan cara pengajaran agar dapat menyesuaikan dengan kebolehan, keperluan
dan minat murid. Sumber pengajaran adalah bersifat umum kerana guru juga boleh
dikatakan sebagai sumber pengajaran kerana guru juga adalah penyampai
maklumat dan begitu juga dengan murid. Murid juga dikatakan sebagai sumber
pengajaran apabila murid menyampaikan maklumat melalui teknik pembelajaran
berpusatkan pelajar yang digunakan oleh guru.
Melihat kepada perubahan arus kemodenan pada masa kini, kerajaan
terutamanya Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah proaktif untuk
mengtransformasikan bidang pendidikan di Malaysia agar mampu melahirkan modal
insan yang mampu bersaing dengan negara lain. Melalui kesedaran ini, kerajaan
telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun
2010. Dokumen KSSR ini telah dikaji dan diuji melalui pilot projek di beberapa buah
sekolah sebelum dilaksanakan diseluruh sekolah di Malaysia. Dokumen ini banyak
menekankan elemen baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. terdapat lima aspek perbezaan diantara KSSR dan KBSR boleh dilihat
dalam gambar rajah di bawah.

Sumber: Laman sesawang KPM
Berdasarkan kepada gambar rajah tersebut, kita boleh membandingkan
perbezaan diantara dokumen KSSR dan KBSR dari reka bentuk kurikulumnya yang
mana dokumen KSSR terdiri daripada enam tunjang modular berbanding KBSR
yang menggunakan kurikulum linear berasaskan tiga bidang. Fokus dokumen bagi
KSSR juga memperkenalkan 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) yang
mana akan meningkatkan kemahiran aras berfikir murid sekolah rendah. Dari aspek
elemen pengajaran dan pembelajaran turut ditambah baik dengan adanya
penekanan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) secara eksplisit.
Berdasarkan perubahan daripada KBSR kepada dokumen KSSR, maka
berlaku juga perubahan dalam bahan kurikulum dan kaedah pengajaran dalam mata
pelajaran termasuklah Pendidikan Moral. Penggunaan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran telah ditukarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum.
Perbezaan diantara dokumen KSSR dan KBSR Pendidikan Moral boleh dilihat
dalam jadual 1.


Banding Beza Bahan Kurikulum Pendidikan Moral
Dokumen KSSR Aspek Sukatan Pelajaran KBSR
Modular Reka Bentuk
Kurikulum
Linear
Kurikulum Standard Pendidikan
Moral bermatlamat membentuk
insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang
kepada nilai universal berasaskan
prinsip moral dan menyumbang
ke arah kesejahteraan negara
serta masyarakat global.
Matlamat Kurikulum Pendidikan Moral
bermatlamat membentuk
insan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh
menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat
global.
Kurikulum Standard Pendidikan
Moral Sekolah Rendah
membolehkan murid untuk
mencapai objektif berikut:
1. Memahami dan
menghayati nilai-nilai
universal;
2. Menghayati dan
mengamalkan budi
pekerti mulia;
3. Melaksanakan
tanggungjawab moral
dan sosial bagi
mengekalkan
kesejahteraan diri
dengan keluarga,
sekolah, jiran,
masyarakat dan
Objektif Kurikulum Pendidikan Moral
membolehkan murid:
1. Memahami dan
menghayati nilai-nilai
murni masyarakat
Malaysia;
2. Meningkatkan amalan
budi pekerti mulia;
3. Menyedari dan
menerima kepentingan
tanggungjawab moral
dan sosial bagi
mengekalkan
kesejahteraan hidup
dalam perhubungan diri
dengan keluarga,
masyarakat, negara
serta alam sekitar;
negara;
4. Mengembangkan dan
mengaplikasikan
penaakulan moral,
perasaan moral dan
perlakuan moral dalam
membuat pertimbangan
dan keputusan.
4. Mengembangkan
pemikiran moral,
perasaan moral dan
amalan moral dalam
membuat sesuatu
pertimbangan dan
keputusan yang
selaras dengan nilai-
nilai murni masyarakat
Malaysia.
1. Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan teknologi
5. Perkembangan fizikal dan
estetika
6. Keterampilan diri


Tunjang
Organisasi
Kurikulum
1. Kerohanian
2. Kemanusiaan
3. Kemasyarakatan
4. Kebudayaan

1. Penaakulan moral
2. Perasaan moral
3. Perlakuan moral


Fokus Mata
Pelajaran
1. Pemikiran moral
2. Perasaan moral
3. Tingkah laku moral

Tahun 1: Diri Saya
Tahun 2: Saya dan Keluarga
Tahun 3: Saya dan Sekolah
Tahun 4: Saya dan Jiran
Tahun 5: Saya dan Masyarakat
Tahun 6: Saya dan Negara
Tema
Pembelajaran
Tema pembelajaran
disampaikan daripada tahun 1
sehingga tahun 6 berdasarkan
kepada lima bidang iaitu:
1. Perkembangan Diri
2. Diri dan Keluarga
3. Diri dan Masyarakat
4. Diri dan Alam
Sekitar
5. Diri dan Negara

1. Kepercayaan kepada
Tuhan
2. Baik hati
3. Bertanggungjawab
4. Berterima kasih
5. Hemah tinggi
6. Hormat
7. Kasih sayang
8. Keadilan
9. Keberanian
10. Kejujuran
11. Kerajinan
Nilai Dipupuk 1. Bertanggungjawab
pada diri, keluarga
dan orang lain.
2. Berpegang teguh
pada ajaran agama.
3. Prihatin kepada
alam sekitar.
4. Mengekalkan
keamanan dan
keharmonian hidup.
5. Bersemangat
patriotik.
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Toleransi
6. Menghormati hak
asasi manusia.
7. Mengamalkan
prinsip demokrasi
dalam kehidupan.
1. Kemahiran penyelesaian
konflik.
2. Kemahiran pemikiran
kritikal.
3. Kemahiran pemikiran
kreatif.
4. Kemahiran menentang
tekanan rakan sebaya.
5. Kemahiran kajian masa
depan.
6. Kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi.
7. Kemahiran kreativiti.
8. Kemahiran sosial.
Pemupukan
kemahiran
1. Kemahiran membuat
ramalan.
2. Kemahiran menjangka
akibat.
3. Kemahiran mengendali
isu dan permasalahan.
4. Kemahiran
menggunakan
teknologi maklumat
dan komunikasi.
1. Ujian
2. Tugasan individu
3. Tugasan berkumpulan
4. Laporan
5. Pemerhatian
6. Senarai semak
7. Kerja amal
Penilaian 1. Ujian
2. Tugasan individu
3. Tugasan berkumpulan
4. Pemerhatian
JADUAL 1: Banding Beza Dokumen KSSR dan KBSR Pendidikan Moral.
Berdasarkan kepada jadual banding beza kurikulum Dokumen KSSR dan
KBSR bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, didapati bahawa banyak
penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap kurikulum mata pelajaran
Pendidikan Moral bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Dari
aspek reka bentuk kurikulum telah berubah daripada linear kepada modular.
Melihat kepada aspek objektif serta matlamat juga turut ditambahbaik kepada
nilai universal yang pada dasarnya amat relevan kepada perubahan arus globalisasi
pada masa kini yang mana nilai moral bukan hanya tertumpu kepada nilai sedia ada
pada negara Malaysia. Tunjang organisasi kurikulum turut ditambahbaik agar
relevan dengan gaya pembelajaran pada masa kini. Fokus mata pelajaran masih
tetap saling berkaitan namun penerapan yang berbeza dimana tema adalah
berdasarkan modular bagi dokumen KSSR yang dipecahkan mengikut
keperkembangan umur kanak-kanak. Nilai yang dipupuk turut ditambah agar dapat
mencapai fokus mata pelajaran Pendidikan Moral iaitu membentuk insan yang
berakhlak mulia. Dari aspek pemupukan kemahiran pula, aktiviti yang pelbagai
dilaksanakan di dalam kelas akan membentuk murid yang berkemahiran sejajar
dengan tuntutan modal insan pada masa kini. Aspek penilaian bagi dokumen KSSR
juga telah ditambahbaik agar penilaian terhadap murid akan lebih tepat bagi
memastikan tiap-tiap individu akan menjadi insan yang berakhlak mulia.

MANFAAT KSSR PENDIDIKAN MORAL KEPADA MURID
Perubahan bentuk kurikulum daripada KBSR kepada penggunaan Dokumen KSSR
banyak memberikan impak kepada cara pembelajaran di dalam bilik darjah serta
peranan guru dan murid dari aspek penyampaian ilmu. Perubahan kurikulum ini
adalah sesuatu tindakan yang menimbulkan banyak spekulasi serta jenis respon
yang berbeza daripada golongan berpendidikan. Namun, jika dilihat kepada arus
pendidikan yang berkembang dengan pantas disebabkan adanya teknologi
maklumat, murid kini perlu lebih aktif di dalam kelas berbanding cara pembelajaran
tradisional yang mana ilmu hanya daripada guru sahaja. Negara perlu menyediakan
satu pelan pendidikan yang mana modal insan yang dilahirkan menggunakan
kurikulum negara kita sendiri mampu bersaing dengan negara lain. Matlamat ini
akhirnya mampu dikecapi dengan kurikulum KSSR yang baharu diperkenalkan.
Harapan ini bukan sesuatu yang sia-sia seperti yang dikatakan oleh Ornstein dan
Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen
bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Ini
menunjukkan negara serius dengan matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang mampu bersaing dengan perubahan arus pendidikan.
Dari aspek perubahan kurikulum daripada KBSR kepada Dokumen KSSR
Pendidikan Moral, manfaatnya boleh dilihat daripada modul yang telah
diperkenalkan. Terdapat beberapa manfaat yang dapat diperolehi daripada
kurikulum KSSR Pendidikan Moral kepada murid-murid. Antara manfaat yang
diperolehi terdiri daripada aspek:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan nilai
3. Kemanusiaan
4. Keterampilan diri
5. Fizikal dan estetika
6. Literasi sains dan teknologi
Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan
seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Dengan adanya
komunikasi, murid mampu bersosial dengan rakan serta guru. KSSR Pendidikan
Moral menekankan aspek sosial dalam kurikulumnya. Salah satu cara guru
menyampaikan pengetahuan dalam kurikulum KSSR Pendidikan Moral adalah
melalui aktiviti yang mampu membolehkan murid berkomunikasi diantara rakan-
rakan sekelas mereka. Menurut teori Albert Bandura (1986), kanak-kanak cenderung
melakukan perkara yang sama seperti orang-orang sekeliling mereka lakukan. Oleh
itu, pelbagai aktiviti seperti didik hibur dan aktiviti keusahawanan yang terkandung
dalam modul KSSR Pendidikan Moral akan meningkatkan komunikasi murid untuk
mencapai standard pembelajaran yang telah disediakan.
Dari aspek pencarian maklumat juga turut meluas dengan penerapan elemen
TMK dalam kurikulum KSSR Pendidikan Moral. Kerajaan menyediakan kemudahan
komputer dan internet kepada sekolah sebagai kemudahan kepada murid untuk
berkomunikasi dengan dunia luar bagi mendapatkan maklumat. Maklumat yang
diperoleh bukan sahaja mengalir mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari
bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini
berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh
mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan
organisasi pembelajaran. Secara tidak langsung, murid telah berkomunikasi secara
maya dengan orang daripada seluruh dunia.
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Dokumen KSSR Pendidikan Moral turut menekankan aspek kerohanian, sikap dan
nilai dalam transfomasi insan yang seimbang. Aspek ini melibatkan perasaan
dalaman atau naluri seseorang murid itu sendiri seperti penghayatan dalam
melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat
memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu.
Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui
mata pelajaran Pendidikan Moral kerana ianya akan menyedarkan murid-murid
tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan,
berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni serta nilai
murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang
bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan
diri, keluarga dan masyarakat.
Aspek yang melibatkan dalaman atau naluri murid diterapkan dengan
kreativiti guru merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Aktiviti permainan seperti simulasi, lakonan serta penghayatan
sajak mampu melahirkan individu yang mempunyai perasaan moral sejajar dengan
fokus mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen KSSR Pendidikan Moral. Aktiviti
yang melibatkan murid disokong oleh Jerome S. Bruner, 1937 yang menyatakan
pembelajaran akan lebih berkesan jika murid itu sendiri melalui perkara tersebut.
Aktiviti sepertimana yang dicadangkan dalam modul dokumen KSSR Pendidikan
Moral adalah sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat kerana
murid yang melalui perkara sepertimana situasi dalam aktiviti simulasi, lakonan dan
sebagainya mampu mempunyai perasaan moral yang membawa kepada sikap
tolong-menolong dan saling hormat-menghormati.


Kemanusiaan
Aspek kemanusiaan tidak lari juga daripada konsep yang telah dibincangkan
daripada aspek kerohanian, sikap dan nilai. Melalui dokumen KSSR Pendidikan
Moral, aspek nilai yang dipupuk menjadikan murid akan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Sebagai seorang manusia, murid sentiasa berdepan
dengan konflik-konflik hidup, hubungan, dan fakta baharu yang dipelajari setiap hari.
Dalam dokumen KSSR Pendidikan Moral, murid digalakkan berinteraksi dan
memanipulasi objek, bermain dengan soalan-soalan atau melakukan eksperimen
sendiri untuk menimba pengalaman. Pelajar juga digalakkan menyelesaikan sendiri
masalah yang ditemui. Menurut Bruner (1939), manusia akan bersosial dengan
keadaan sekeliling bagi melalui perkara tersebut agar pembelajaran akan lebih
berkesan.
Amalan aktiviti kerja amal dalam KSSR Pendidikan Moral memberi peluang
kepada murid untuk merasa sendiri pengalaman membantu orang lain yang dalam
kesusahan. Manfaat pembelajaran seumpama ini adalah murid akan belajar
mengtransformasikan dirinya agar mempunyai nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan
yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala
ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai
seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat.
Keterampilan Diri
Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk
melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di kelas Pendidikan Moral seperti yang
telah termaktub dalam dokumen KSSR Pendidikan Moral. Penglibatan murid yang
aktif dalam kerja amal dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan
meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada
mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih
tinggi pada masa akan datang.
Keterampilan diri mampu dibentuk dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
yang dilakukan oleh murid. Murid akan lebih memahami aspek keterampilan diri
dengan adanya penglibatan dalam sesuatu aktiviti. Vygotsky (1925) menyatakan
manusia biasanya membina pengetahuan secara individu dan sosial. Melalui aktiviti
kerja amal, murid bukan hanya merasakan sendiri pengalaman tersebut malah
dikongsi dengan rakan dan masyarakat yang turut terlibat. Secara tidak lansung
keterampilan diri murid akan wujud dan dibentuk agar lebih mudah tampil membantu
masyarakat sekeliling.
Fizikal dan estetika
Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai
tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti
merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh
itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap
perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi
perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri serta penerapan elemen
keusahawanan sebagai mana yang perubahan kurikulum KSSR Pendidikan Moral.
Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan kerana
ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu
dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai
individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh.
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting
dalam proses berlakunya transformasi insan berakhlak mulia. Apabila badan murid
cergas dan sihat, otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif
dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya.
Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan
dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui
pelbagai aktiviti yang diceburi berdasarkan modul dokumen KSSR Pendidikan Moral.
Literasi Sains dan Teknologi
Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta
pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran
yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid
untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-
ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam
kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.
Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student
Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan
menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan
membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta
membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam
melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk
menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk
memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam
kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam
meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan
hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi
adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains,
Penekanan elemen TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) mampu membantu
murid untuk membuat pertimbangan secara rasional terhadap pelbagai isu global
dengan mengambil kira nilai sejagat.
Kesimpulan
Kesimpulan daripada perubahan yang berlaku dalam KSSR Pendidikan Moral
membawa banyak manfaat kepada murid. Murid akan belajar dengan lebih seronok
dan dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam. Manfaat tersebut tidak
terhad kepada murid sahaja malah turut dirasai oleh masyarakat dan negara kerana
lahirnya modal insan yang dipupuk dengan nilai moral selaras dengan apa yang
diharapkan melalui dokumen KSSR Pendidikan Moral.






RUJUKAN
Bandura, A., Ross, D., & Ross, S.A (1961). Transmission of aggressions through
imitation of aggressive models. Journal of Abnormal and Social Psycology.
Illeris (2000). Learning Teory, Copenhagen: Roskilde University.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Malaysia (2007). Huraian Sukatan
Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4,5 & 6: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Malaysia (2008). Sukatan Pelajaran
PSK Tahun 4,5 & 6 KBSR: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Vygotsky, L.S (1978). Mind in Society. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral.
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/muat_turun
/tahap_i/modul_teras_asas/pendidikan_moral/dokumen_standard_pendidikan
_moral_tahun_1. Dicapai pada 24 Ogos 2014.
http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/p/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html.
Dicapai pada 24 Ogos 2014.
http://notapismpks.blogspot.com/. Dicapai pada 24 Ogos 2014.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Moral.
http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/moral/sp_moral_kbsr.pdf. Dicapai pada 24
Ogos 2014.

Anda mungkin juga menyukai