Anda di halaman 1dari 21

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangan


potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan , berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid :
Memupuk minat
Memperkembang keperibadian
Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif, dan produktif menerusi pemupukan
Asas Seni Visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah
rendah murid boleh :
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kritis,
kreatif dan menyeronokkan
3. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
4. Mengenali asas seni reka dan olahannya serta dapat
menggunakannya
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual

6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan
teratur, cermat dan selamat;
7. Memupuk nilai kerjasama, yakin diri, disiplin dan
bertanggungjawab
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya
tanah air
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam
kegiatan penghasilan seni visual
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai
aktiviti kesenggangan yang berfaedah


Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual disusun bertujuan
melibatan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni
yang dijalankan berdasarkan 4 bidang utama.Pengalaman ini
adalah untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi
dan konsepsi visual murid.

Pengalaman seni ini selaras dengan perkembangan
peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi
sosioemosi, psikomotor dan mental.

Organisasi kurikulum ini merangkumi 4 aspek penting iaitu :
Pemerhatian secara aktif.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat & bahan.
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.




Kesedaran pemerhatian secara keseluruhan
dan pemerhatian secara terperinci.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian
terhadap alam sekitar dan objek buatan
manusia.




Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan
dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif
dengan menggunakan alat dan bahan.

Murid-murid membuat interpretasi dan menyelaras
konsepsi visualnya dengan benda-benda yang dilihatnya.


Memberi pengalaman kepada murid mengenali
aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.

Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja.




Murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai
segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka.

Memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah disusun dalam empat bidang
kegiatan iaitu:

Menggambar
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf tradisional
Menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran serta kemampuan murid terhadap
aspek melukis serta kegiatan membuat gambar
dengan pelbagai media dan teknik.

Menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti
dan ekspresi diri.

Menrangkumi penerokaan kesan seni serta
mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaanya
KEGIATAN
MENGGAMBAR
SECARA
Resis
Catan Kolaj
Montaj
Cetakan
Gosokan
Gurisan
Poster
Capan
Mozek
Lukisan
Percikan
Stensilan

Peluang murid memahami pelbagai cara
menghasilkan corak terancang dan corak
tidak terancang serta mengaplikasikannya
menjadi rekaan .
Corak
Terancang
Lukisan Catan Resis


Cetakan

Kolaj Capan Kaligrafi
Lipatan &
Guntingan



Corak Tidak Terancang

Tiupan
Titisan
Ikat & Celup Pualaman

Renjisan &
Percikan


Menegaskan perkembangan persepsi
murid terhadap bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan yang
merangkumi objek 3D. Pelbagai bahan,
alat dan teknik pembuatan boleh
digunakan.
Membentuk dan
Membuat binaan
Arca Timbul
Assemblaj
Mobail
Stabail
Model
Diorama
Boneka
Topeng
Origami

Memberi kesedaran tentang adanya
beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air.
Murid diperkenalkan dgn. fungsi, proses
dan teknik pembuatan, alat dan bahan,
corak dan hiasan yang digunakan.
Mengenal Kraf
Tradisional

Alat Domestik
Alat permainan
Alat Pertahanan Diri
Perhiasan Diri
Batik
Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar

Anda mungkin juga menyukai