Anda di halaman 1dari 2

Sesetengah bencana alam yang berlaku disebabkan perbuatan manusia yang tidak

bertanggungjawab.
Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku sebagai akibat perbuatan manusia sendiri.
Dewasa ini, berita tentang bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, dan
gempa bumi sering kali terpampang di dada akhbar dan menjadi buah mulut orang ramai.
Setiap kali berlakunya fenomena ini, hati kita amat pedih seperti dihiris sembilu meskipun
fenomena tidak berlaku pada diri kita atau saudara-mara kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana bencana-bencana alam ini telah banyak meragut nyawa dan mencacatkan anggota
badan mangsa yang tidak berdosa serta banyak menyebabkan kanak-kanak menjadi anak
yatim piatu. Namun demikian, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Bayangkanlah kepedihan, kesengsaraan, dan rintihan mangsa-mangsa yang tercedera parah
dan saudara-mara mangsa yang terkorban.
emang tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah bencana alam seperti gempa bumi,
letusan gunung berapi, angin taufan, dan tsunami memang di luar kawalan manusia. Namun
demikian, bencana seperti jerebu, banjir kilat, dan tanah runtuh sememangnya bersangkut paut
dengan perbuatan manusia. anusia tidak boleh lepas tangan dan mengatakan bahawa
segala bencana alam ialah suratan takdir. !ada hakikatnya, berlakunya bencana-bencana
alam ini memang bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi jikalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang.
Dalam proses pembangunan negara, penerokaan hutan merupakan satu akti"iti yang tidak
dapat dielakkan. Namun demikian, pembalakan tanpa perancangan yang rapi telah terbukti
sebagai punca utama berlakunya tanah runtuh. Hal ini berlaku demikian kerana penerokaan
hutan menyebabkan kawasan tadahan hujan semakin berkurang. Sebagai akibatnya, tanah
yang tandus tidak dilindungi pokok apabila hujan turun. Hal ini akan mengakibatkan hakisan
tanah dan lama-kelamaan tanah runtuh akan berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. !ihak berkuasa mestilah berfikir panjang sebelum memberikan
lampu hijau kepada projek penerokaan hutan.
Tragedi Highlands Tower pada 11 Disember 1993 yang menimbusi 48 orang hidup-hidup
ialah satu amaran keras tentang bahaya pembangunan perumahan di lereng bukit. Apa yang
menyedihkan ialah tragedi itu berulang lagi di ukit Antarabangsa pada ! Disember "##8.
Dalam peristiwa ini$ sebanyak #$ buah rumah banglo di Bukit %ntarabangsa musnah dan
empat nyawa terkorban sebagai akibat tanah runtuh. Hal ini disebabkan oleh tiada
penyelenggaraan terhadap kerosakan paip dan sistem saliran. %ihak pema&u tidak membuat
sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Selain itu, berlakunya jerebu disebabkan terdapat segelintir manusia yang tidak
bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh
kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu
yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. &erebu ini pula boleh
menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin
kronik. 'leh itu, kempen kesedaran perlu dijalankan untuk menyedarkan orang ramai tentang
kesan buruk pembakaran terbuka. Hal ini dapat membantu kita mengurangkan pencemaran
alam sekitar dan membantu kita menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang suka membuang sampah ke
dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. (olongan ini sebenarnya melakukan sesuatu
yang tidak adil terhadap masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan mereka
menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan dasar sungai semakin cetek oleh sampah sarap
yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. asalah sistem perparitan yang tersumbat dan
dasar sungai yang cetek ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. )ejadian ini nescaya
akan mendatangkan kesusahan kepada banyak pihak yang tidak berdosa. 'leh itu, pihak
berkuasa haruslah bertindak tegas terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding
bahu seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. &anganlah kita bersikap seperti
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Seperti yang telah dijelaskan, tanah
runtuh, jerebu dan banjir kilat merupakan musibah yang dicetuskan oleh tindakan manusia.
&ika bukan kita yang mengatasi masalah ini, siapakah yang kita harapkan untuk membantu
kita* &anganlah kita mengharapkan +uhan sahaja. Bukankah terdapat kata-kata hikmat yang
berbunyi , +uhan hanya akan membantu mereka yang ingin membantu diri sendiri-* 'leh itu,
anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak
terletak di bahu kerajaan semata-mata. )ita harus sedar bahawa, sebenarnya +uhan
menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. ahukah kita hidup di
numi yang sering dilanda tanah runtuh, jerebu, dan banjir* 'leh hal yang demikian, tepuk dada,
tanya selera sebelum bertindak.

Anda mungkin juga menyukai