Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi


Tarikh 15 Julai 2014
Hari Selasa
Masa 8.45 pagi 9.45 pagi
Tahun 4 Delima
Bilangan murid ____/38 orang
Unit Penghasilan Projek
Standard Kandungan 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik
Standard Pembelajaran 4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.
4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam yang akan digunakan seperti kayu, papan lapis,
MDF, plastik,dan bod lekap.
4.1.3 Menbuat anggaran kos bahan dan komponen
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
a) Membaca manual dengan betul.
b) Menyatakan bahan bukan logam berdasarkan manual diberi.
c) Menentukan kos bahan dan komponen
Ringkasan Murid dapat memahami manual, menentukan bahan dan kos.
Kemahiran a) Boleh membaca manual.
b) Mengenal pasti bahan yang akan digunakan.
c) Membuat anggaran kos berdasarkan maklumat guru.
Elemen Merentas Kurikulum a) Keusahawanan
EK 1- Boleh mencipta sesuatu
EK 3- Membuat anggaran kos
b) Kreativiti dan Inovatif- menjana idea
c) Nilai murni- Boleh berkomunikasi dengan baik, patuh pada arahan guru, Yakin
Bahan Bantu Mengajar a) Slaid powerpoint
b) Bahan bukan logam
c) Kotak soalan
d) Kit Projek
e) Lembaran kerja
f) Video
g) Laptop
h) Kad manila
Pengetahuan Sedia Ada
Murid penah mempelajari bahan bukan logam dalam mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi.
Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran
a) Lembaran Kerja
b) Penilaian secara lisan







Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tayangan Video - Guru menayangkan video kepada murid.
- Murid diminta menonton video tersebut
dengan teliti.
- Guru bersoal jawab dengan murid.
- Guru mengaitkan video tersebut dengan
tajuk pengajaran.
BBM: Tayangan video
Strategi P&P: Berasaskan bahan,
Konteksual.
KBKK: Membuat inferens dan
menjana idea.
Nilai: Patuh pada arahan guru,
boleh berkomunikasi dengan baik.
Langkah 1
(25 minit)
Memperkenalkan jenis-
jenis bahan bukan logam
a) Papan lapis


b) MDF
- Murid menonton slaid yang ditayangkan
oleh guru mengenai jenis-jenis bahan
bukan logam.
- Guru menunjukkan bahan bukan logam
dengan menggunakan bahan maujud
kepada murid.
- Penilaian: Kotak Misteri
- Murid dipilih dengan menggunakan
cabutan nama.
- Murid diberi satu kotak yang mengandungi
nama serta gambar bahan bukan logam.
BBM: Powerpoint, Bahan maujud
Strategi P&P: Berasaskan bahan,
Konteksual.
KBKK: Menjana idea, mengingat
kembali
Nilai: Patuh pada arahan guru,
boleh berkomunikasi dengan baik,
yakin.



c) Kayu


d) Plastik


e) Bod Lekap




- Murid akan mencabut salah satu nama
atau gambar daripada kotak tersebut.
- Murid memadankan nama atau gamabr
bahan bukan logam dengan betul pada
ruang yang disediakan.
- Guru memberi hadiah kepada murid yang
berjaya.



Langkah 2
( 15 minit)
Mari Mengira - Guru meminta ketua kumpulan untuk
mengedarkan bahan kepada ahli
kumpulan.
- Murid diminta menganggarkan kos bahan
atau komponen untuk membuat projek
lampu meja.
- Guru memberikan maklumat kos bahan
mengikut harga semasa sambil
menunjukan bahan atau komponen
sebenar.
- Guru menerangkan kaedah mengira kos
dengan betul.
BBM: Kit Projek
Strategi P&P: Berasaskan bahan,
Konteksual.
KBKK: Membuat inferens dan
menjana idea.
Nilai: Patuh pada arahan guru,
boleh berkomunikasi dengan baik.
Langkah 3
(10 minit)
Latihan pengukuhan - Guru mengedarkan lembaran kerja
kepada murid-murid.
- Murid-murid menjawab soalan-soalan
yang terdapat pada lembaran kerja pada
masa yang diberikan.
- Guru membimbing murid.
BBM: Lembaran kerja
KBKK : Mengimbas kembali.
Nilai: Patuh pada arahan guru,
Yakin.
Penutup
(5 minit)
Merumuskan isi pelajaran - Guru membuat rumusan hasil
pembelajaran pada hari ini sambil
bertanya dengan murid.
- Murid diberi arahan untuk mengemaskan
bengkel Kemahiran Hidup.

KBKK : Mengimbas kembali.
Nilai: Patuh pada arahan guru

Anda mungkin juga menyukai