Anda di halaman 1dari 6

ARKIB : 14/05/2014

Guru dan cabaran semasa


Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah
antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara
ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak
utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan
antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan,
globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran
terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan
guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan
kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan
dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan
graduan 30 peratus teratas.
Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai
negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang
menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China,
Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk
menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan
kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan
Education Delivery Unit (EDU).
Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan
dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan
sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks
dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksana-
kan.
Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu
mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11
anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di
dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan
pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan
cemerlang.
Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM
dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru
sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa
depan.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya
ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang
berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar,
termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan
guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di
peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran
sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan
sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan
pengetahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai
perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan
warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan,
sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan
untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan
tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa
akan datang.
Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada
muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan,
tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.
PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-
semasa#ixzz3BxkxO0hi
Utusan Melayu (M) Bhd

RENCANA

ARKIB : 08/10/2013
Mengangkat pendidikan negara setanding dengan negara maju
Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
SEBAGAI pesara guru yang pernah berkhidmat hampir 35 tahun dalam bidang pendidikan penulis
kerap kali ditanya oleh rakan-rakan apakah perbezaan antara Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 berbanding dengan dasar-dasar pendidikan lalu?
Jawapan penulis bahawa memang ada perbezaan antara PPPM yang dilancarkan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dengan dasar-dasar pendidikan
sebelumnya.
Misalnya, Dasar Razak (1956), Dasar Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet (1971) matlamat
utamanya ialah untuk membina negara bangsa (nation building) melalui perpaduan di kalangan
rakyat berbilang kaum. Pembuat dasar pada ketika itu percaya bahawa kurikulum dan peperiksaan
yang diseragamkan akan membolehkan kanak-kanak bercampur gaul dan belajar di bawah satu
bumbung sekolah yang sama.
Memang terbukti sistem pendidikan telah berupaya membantu mewujudkan perpaduan dialam
kalangan rakyat berbilang kaum. Malah sistem pendidikan juga menjadi pemangkin bagi memacu
kemajuan negara. Ketika ini kita boleh berbangga kerana Malaysia adalah di antara negara terbaik
dalam bidang ekonomi, sosial dan politik di kalangan negara sedang membangun atau negara dunia
ketiga.
Kini matlamat utama PPPM di tingkatkan lagi di mana kita tidak bersaing dalam kalangan negara
dunia ketiga sahaja tetapi untuk mengangkatnya supaya sebaris dengan negara-negara maju lain
seperti Finland, Korea Selatan, Jepun, Singapura, New Zealand dan Kanada. Alasannya kerana negara
kita adalah antara negara yang terbesar menyediakan perbelanjaan untuk pendidikan asas
berbanding nisbah penduduknya. Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan rakyat yang
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Justeru bagi mencapai matlamat itu PPPM memberi penekanan untuk melahirkan modal insan yang
berketerampilan, holistik dan serba boleh. Sudah tentu pelajar yang dimaksudkan itu memiliki
pencapaian akademik yang baik, mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, mempunyai
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, sedia menghadapi cabaran, berani mencuba, tidak takut
gagal, dan memiliki sifat sahsiah yang terpuji.
Pada umumnya usaha memperkasakan sistem pendidikan bukan sahaja berlaku di negara kita malah
hampir semua negara di dunia ini berusaha ke arah tersebut. Ini disebabkan kesedaran bahawa
sistem pendidikan yang berkualiti dan mantap berupaya meningkatkan daya saing dan
kebolehupayaan negara dalam persaingan di peringkat global.
Perbezaan PPPM dengan dasar pendidikan yang lalu bukan sahaja dari segi matlamat tetapi juga
bagaimana ia dihasilkan. Saranan dan cadangan daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara
digunakan bagi merangka dan menggubalnya. Apa yang menarik apabila draf PPPM itu disiapkan
pada September 2012 yang lalu orang ramai turut disaran untuk memberikan komen. Hampir
setahun tempoh diberikan bagi mendapatkan maklumat balas sehinggalah ia dilancarkan secara
rasmi pada 6 September 2013.
Langkah pertama penyediaan PPPM ialah menilai kedudukan sistem pendidikan kita di peringkat
antarabangsa. Penarafan ini dilakukan berdasarkan piawaian oleh Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment
(PISA). Hasilnya tidak memberangsangkan kerana kedudukan negara kita terletak dalam kelompok
sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.
Selanjutnya syor dan cadangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan kita didapatkan daripada
pakar pendidikan yang berkhidmat di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Bank Dunia
dan melalui kajian oleh enam universiti tempatan.
Bagi memantapkan kandungan laporan itu sebuah pasukan khas dibentuk yang terdiri daripada
pakar-pakar pendidikan tempatan yang diketuai oleh bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
Selain itu, kerjasama turut diberikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
bagi membangunkan inisiatif pendidikan berasaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Tambah menarik adalah pembentukkan pasukan panel Dialog Nasional Pendidikan Negara yang
anggotanya terdiri daripada tokoh-tokoh pendidikan. Peranan utama mereka ialah bertemu dengan
orang ramai untuk mendapatkan syor dan pendapat tentang apakah bentuk sistem pendidikan
berkualiti yang seharusnya kita miliki.
Pasukan panel ini difahamkan bertemu dengan lebih 55,000 orang di seluruh negara melalui sesi
dialog terbuka, mesyuarat meja bulat, pertemuan dengan kumpulan fokus dan temu bual dengan
pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu sebanyak 200 memorandum dan 3,000 cadangan
diterima termasuk melalui laman sosial dan blog tertentu.
Sesungguhnya penggunaan berbagai kaedah untuk merangka dan menggubal laporan itu menjadikan
PPPM kelihatan sangat komprehensif. Hasilnya sebanyak 11 anjakan dikenalpasti untuk mengangkat
kualiti pendidikan. Tempoh selama 13 tahun akan digunakan bagi melaksanakannya melalui tiga
peringkat iaitu jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
Ternyata antara 11 anjakan itu peranan guru merupakan faktor paling signifikan bagi menentukan
keberhasilan pelajar. PPPM memberi penekanan supaya profesion guru ditingkatkan bagi
menjadikannya lebih berprestij dan elit. Oleh itu, pengambilan guru baru akan memberi keutamaan
di kalangan graduan 30% terbaik. Kaedah latihan guru akan ditingkatkan sesuai dengan usaha
melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, bersifat holistik dan serba boleh.
Dalam usaha meningkatkan prestasi guru maka budaya kecemerlangan profesional akan diterapkan
menerusi sistem pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik. Peluang
pembangunan kerjaya yang lebih menarik dan jelas akan dilaksanakan. Penilaian prestasi guru akan
dilakukan berasaskan produktiviti, kompetensi dan bukan lagi tempoh perkhidmatan semata-mata.
Keberkesanan PPPM turut disandarkan kepada kebolehupayaan guru besar atau pengetua dalam
menguruskan sekolah. Prestasi pengurusan mereka dinilai melalui Keys Performance Index (KPI).
Guru besar atau pengetua yang berupaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam akademik dan
bidang kokurikulum akan diberikan insentif termasuk berbentuk kewangan dan tawaran mengikuti
lawatan sambil belajar di luar negara.
Pada pendapat penulis faktor pelaksanaan merupakan asas kejayaan PPPM. Sesungguhnya
penglibatan semua pihak secara serius mampu mengangkat sistem pendidikan kita sebaris dengan
negara-negara maju.
PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah
Antarabangsa Kumpulan Taylors.
Kongsi Konten di :


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20131008/re_07/Mengangkat-pendidikan-
negara-setanding-dengan-negara-maju#ixzz3C0ktEkUm
Utusan Melayu (M) Bhd



Untuk menguasai ilmu matematik, pelajar seharusnya menguasai isi kandungan matapelajaran dan
didedahkan kepada kemahiran dan strategi penyelesaian matematik yang luas. Seperti yang
dinyatakan oleh Johari Hassan & Yeong (2010), "Ketrampilan isi kandungan adalah perlu tetapi bukan
wajib untuk penyelesaian masalah, sebaliknya pengalaman dan pendedahan kepada kemahiran dan
strategi penyelesaian masalah mungkin adalah faktor yang lebih penting." Namun begitu, masih
ramai guru yang hanya memberi tumpuan kepada kandungan sukatan matapelajaran matematik
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini dapat dibuktikan
melalui kajian yang dilakukan oleh Lim dan Zhao pada tahun 2005 bertajuk: Assessment and
Examination System: A Comparative Study between Malaysia and Shanghai (China), di mana
menyatakan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan prestasi pelajar dalam matapelajaran
matematik di China lebih baik daripada di Malaysia walaupun terdapat banyak persamaan di antara
sistem peperiksaan di kedua-dua negara ini. Antara faktor tersebut ialah ketinggian tahap kandungan
pengajaran di negara China.

Menurut mereka, di China, guru matematik cenderung untuk mengajar lebih daripada apa
kandungan kurikulum yang diperlukan. Kandungan matapelajaran yang diajar oleh guru adalah lebih
sukar berbanding buku teks sekolah dan kurikulum yang dirancang dan mereka percaya jika pelajar-
pelajar diajar lebih daripada kandungan yang disediakan ia akan membawa kepada skor yang lebih
baik dalam peperiksaan. Akan tetapi, di Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam kajian yang sama,
guru-guru hanya mengajar kandungan yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran walaupun kandungan
yang dinyatakan bertujuan untuk mencapai kecekapan minimum. Malah, sesetengah guru mungkin
memilih untuk mengorbankan beberapa kandungan atau topik-topik di mana mereka merasakan
terlalu sukar untuk pelajar-pelajar mereka dan mereka hanya menumpu pada topik yang terhad
untuk memastikan pelajar-pelajar mereka boleh menguasai topik-topik ini dan seterusnya lulus
dalam peperiksaan.

Jika pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran dan strategi penyelesaian masalah selain yang
terdapat dalam sukatan matapelajaran yang ditetapkan, mereka akan lebih cemerlang tanpa perlu
memberi penekanan terhadap bentuk soalan peperiksaan dan latih tubi. Penilaian pada asalnya
mempunyai kepentingan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Namun begitu, satu budaya yang terlalu berorientasikan peperiksaan mungkin mencipta kesan
negatif ke atas pencapaian pelajar.

http://daripenacikguku.blogspot.com/2012/04/kelemahan-sistem-pendidikan-yang.html

Anda mungkin juga menyukai