Anda di halaman 1dari 2

Definisi Bercerita

Cerita merupakan satu susunan kejadiaan atau peristiwa yang berlaku sama ada
benar-benar berlaku atau tidak.
Dianggap satu cabang seni dalam sumber hiburan.
Keindahan dan kekuatan lebih kepada keindahan dan kekuatan teknik bercerita.
Tujuan Bercerita
1. Untuk mencerna daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran lisan.
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan,
intonasi dan ekspresi atau mimik muka.
4. Untuk lebih mengenali nilai masyarakat.
5. Supaya pelajar lebih berfikir matang.
6. Pelajar dapat menghayati nilai murni.
Prinsip-prinsip teknik bercerita
Sesuai dengan kebolehan dan minat.
Susunan bilik darjah sesuai.
Bahan bantu mengajar boleh digunakan.
Bahasa mudah.
Isyarat lisan hendaklah sesuai.
Aktviti susulan diadakan
Cara bercerita
1. Guru bercerita pelajar mencatat.
2. Pelajar menceritakan keseluruhan cerita yang disampaikan oleh guru.
3. Guru bercerita awal cerita pelajar akan meramal kesudahan cerita.
4. Guru bercerita bahagian akhir cerita pelajar membina permulaan cerita.
5. Pelajar mendengar rakaman cerita dan menceritakan nya semula.
6. Guru memberi pelajar peluang bebas bebas memilih cerita.
7. Guru meminta pelajar membina cerita sendiri.
Langkah Pelaksanaan Teknik Bercerita
1.Persediaan awal.
Cerita yang menarik dipilih oleh guru.
Cerita tidak terlalu panjang.
Bahan bantu mengajar digunakan.
Pelajar perlu dilatih bercerita.
2.Semasa bercerita.
Pelajar perlu menguasai kemahiran:-
Kemahiran verbal.
Kemahiran bukan verbal.
Guru memain peranan menggawal suasana kelas.
3.Selepas bercerita dan aktiviti susulan.
Membina soalan berdasarkan cerita.
Meingkaskan cerita.
Melakonkan cerita.
Latihan memperkaya perbendaharaan.
Melukis gambar watak dan menulis semula cerita

Anda mungkin juga menyukai