Anda di halaman 1dari 3

PENEMUAN TERBARU: TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PARTIKEL TEMUI

PENYELESAIAN MASALAH EMOSI DAN MINDA



Kemurungan, gelisah, lemah semangat, hati tidak tenang, gemuruh, jiwa kacau,
sentiasa berfikiran negatif, ketagihan, histeria, kelesuan, mengantuk semuanya
berpunca daripada lambakan ion-ion positif yang hadir di dalam tubuh seseorang.
Ternyata kehadirannya amat mengganggu kehidupan seharian sehinggakan potensi
menjadi malap dan kebolehan diri pun terselindung. Dan yang lebih memburukkan
keadaan lagi bilamana seseorang individu itu menjadi sensitif, mudah marah,
mengalami gangguan jiwa seperti halusinasi atau split personaliti dan ada juga yang
hilang pertimbangan sehingga ke peringkat membunuh diri.

Kenali Tubuh Anda
Sepertimana tubuh, emosi turut menjadi elemen terpenting yang perlu diurus dan dirawat
dengan baik. Kerana selain makanan, emosi turut membekalkan tenaga pada tubuh. Sakit
sang emosi, sakitlah jadinya sang tubuh. Tubuh secara lahiriahnya memancarkan tenaga
yang sangat banyak ke persekitarannya. Ia dikenali sebagai Body Bio Electricity. Secara
semula jadinya, manusia dilahirkan dengan sejumlah tenaga yang seimbang, namun semakin
seseorang meningkat usia, tenaga yang semula jadi wujud di dalam tubuh menjadi semakin
bercelaru akibat faktor luaran seperti kata-kata negatif, tekanan perasaan dan trauma dengan
tragedi ngeri yang menimpa sepanjang kedewasaan seseorang itu. Sekiranya kecelaruan
tenaga ini tidak diseimbangkan maka terhasillah sifat negatif yang menjadi tabiat pada diri
seseorang individu seperti keletihan, malas, tidak boleh fokus, lemah semangat, sering
ditimpa musibah dan pelbagai sifat buruk yang akhirnya menjadikan seseorang itu hilang
potensinya sama ada dalam pelajaran, pekerjaan mahupun perhubungan. Jika berlarutan
tentunya ia menjadi lebih buruk.

Mengawal Tenaga dengan Teknologi REP
Kebiasaannya anda lebih bertenaga selepas bangun tidur. Ini kerana banyak tenaga yang
direhatkan semasa anda tidur. Maka anda bangun dengan kumpulan tenaga yang bersatu,
banyak dan lebih cergas. Anda lebih fokus dan bersemangat serta boleh menghasilkan
sesuatu yang hebat. Namun tidur yang tidak mencapai tahap delta serta terganggu
menyebabkan tenaga yang sepatutnya direhat dan disatukan tidak mendapat caj tenaga
secukupnya menyebabkan tidur berjam-jam pun seakan tidak mendapat tidur yang
mencukupi. Selain tidur, emosi dalaman juga dapat dikawal dan diperkuat dengan aktiviti
spiritual seperti bersolat, berzikir juga menghadiri sesi motivasi dan kaunseling. Apabila
emosi terjaga, sudah pastilah tenaga positif dapat terhasil.


Euvibe Ungguli Inovasi teknologi REP terkini
Kehadiran satu penemuan terbaru dalam inovasi teknologi Rest Energy Particle (REP)
berjaya menghasilkan dan mengembalikan tenaga yang sukar dicapai dewasa ini
memandangkan tubuh teradiasi dengan pencemaran alam, faktor luaran seiring peningkatan
usia dan banyak lagi. Kajian menunjukkan bahawa tahap keseimbangan tenaga tubuh akan
mempengaruhi kesihatan, kewangan, kebahagiaan, kejayaan dan ingatan seseorang. Justeru
kewujudan Eubive yang terdiri daripada gabungan unsur sains alami dengan teknologi
kejuruteraan partikel sudah tentu dapat memberi manfaat dan membantu lebih ramai individu
untuk mengecapi impian kehidupan yang lebih berjaya dan bahagia. Kajian ini telah
dipelopori oleh beberapa saintis islam yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan,
perubatan, psikologi, neurologi dan geometrik molekul.

Antara fungsi dan manfaat utama Euvibe ialah membantu dari segi pengurusan stress,
memulihkan fobia, terapi hati, rawatan rohani, mempertenaga semangat, mencipta tenaga
positif, terapi kekeluargaan, cipta cinta dan memulihkan kebahagian rumahtangga.
Keberkesanan Euvibe ini telah diuji secara klinikal dan terbukti keberkesanannya dapat
membantu menyeimbangkan tenaga hati, minda dan tubuh.

Euvibe menerusi Euvibe Consulting Firm menawarkan khidmat terapi emosi dengan
menyediakan pelbagai kursus kaunseling dan terapi emosi untuk menghilangkan stress
seterusnya dapat menyerlahkan potensi diri seseorang. Selain itu, Euvibe turut menyediakan
perkhidmatan klinik terapi emosi yang membolehkan anda menganalisis aura anda untuk
menyerlah potensi yang hebat. Malah, Euvibe turut menawarkan tiga rangkaian produk untuk
menyahradiasi tubuh, mempertenagakan emosi dalaman dan merangsang minda serta emosi
positif. Tiga rangkaian tersebut adalah:

1. X-Cleanse Titanium Plus - Bebaskan Tubuh Anda Daripada Radiasi

Radiasi merupakan musuh di dalam selimut yang tanpa
anda sedari kewujudannya sangat hampir dengan diri
anda. Ia terhasil daripada perkembangan teknologi tidak
terkawal yang dilakukan tanpa menimbangkan baik
buruknya. Maka terhasillah pelbagai jenis penyakit baru.
Pencemaran radiasi turut menjadikan tubuh semakin lesu,
mood tidak stabil, sering stress, mudah lupa, kanser dan
lain-lain lagi. X-Cleanse Titanium Plus merupakan garam
yang jika dibuat mandi di pagi hari dapat membebaskan
tubuh dari teradiasi dan mengelakkan pelbagai penyakit
bahaya. Selain dapat membersihkan tubuh dari teradiasi,
antara kelebihan lainnya ialah dapat mengembalikan
keseimbangan tubuh, membantu tidur berkualiti,
membuang emosi cepat marah dan kurang sabar serta
menghilangkan gangguan seperti sihir, santau dan ilmu halus dengan keizinan-Nya.

2. Energizing Spray - Tenagakan Semula Sistem Tubuh

Rutin harian yang sibuk, penuh dengan tekanan ditambah dengan pemakanan yang tidak
sihat dan tercemar menyebabkan partikel
tubuh menjadi lemah tidak bermaya.
Partikel yang lemah ini tidak dapat dinafikan
akan mengganggu sistem sel dan
seterusnya mengganggu keseluruhan sistem
tubuh manusia. Jika dibiarkan berlarutan,ia
akan bertambah kronik sehingga
menyebabkan seseorang itu boleh
menjadi lemah pemikiran, tekanan perasaan,
hilang semangat dan keradangan pada
organ fizikal serta terhasilnya penyakit
berbahaya seperti kanser.

Dengan hanya beberapa semburan Euvibe
Energizing Spray secara berterusan akan
mempertenagakan semula partikel tubuh ke
tahap yang diperlukan untuk sistem tubuh
berfungsi dengan sempurna. Antara
beberapa manfaat Euvibe Energy Spray dapat meningkatkan semangat, menyuntik keyakinan
dalam diri, meningkatkan ingatan dan kefahaman, dapat meningkatkan pengaruh
berkomunikasi, dapat menjana idea bernas dan kritis, dapat memberi ketenangan segera,
dapat membantu tidur berkualiti, kekal bertenaga walau kurang rehat dan meningkatkan
kealkalian tubuh dan tepu penyakit.

3. Optimizer Premium Plate - Rangsang Minda Dan Emosi Positif
Seiring kedewasaan manusia, boleh jadi terlalu
banyak herdikan dan lontaran kata-kata kesat
serta negatif yang kita terima. Pengalaman lalu,
ejekan kata-kata orang yang menyekat
kepercayaan (limiting belief) kejayaan yang
boleh dicapai diri banyak mempengaruhi
keputusan dan tindakan yang kita buat setiap
hari. Dan kita pun menjadi semakin negatif dan
takut mencuba sesuatu yang baharu. Kita jadi
cepat putus asa. Kita melihat situasi sukar
sebagai satu masalah dan malapetaka besar
dalam hidup. Akhirnya, semua impian kita
kecundang kerana asyik berprasangka dan
bermain dengan bayang-bayang sendiri. Maka
jadilah impian sebagai angan-angan.

Inovasi teknologi REP yang disuntik ke dalam
Euvibe Optimizer dengan kaedah tampalan dapat membantu menyingkirkan pemikiran dan
emosi negatif, sebaliknya merangsang pemikiran dan emosi positif pada tubuh, ruang rumah,
pejabat dan premis niaga, menigkatkan keharmonian suasa rumah kediaman, pejabat dan
premis niaga serta membersih dan mempertenagakan semula tubuh yang tercemar dengan
gelombang negative seperti pengaruh media seperti television, kata-kata negative,
pertengkaran dan juga ilmu halus ataupun sihir.

Usah biarkan ion positif membelenggu anda dan orang tersayang lagi. Rawatlah dengan
segera. Takluki diri, serlahkan potensi! Untuk keterangan lanjut dan motivasi emosi lawati
www.euvibe.com atau like Facebook eubive.

Anda mungkin juga menyukai