Anda di halaman 1dari 14

KUMPULAN 2:

ABIDIN BIN MADDE


FARAHATUN NAILAH BINTI MANSOR
SITI ZULAIKHA BINTI ABDU RAHIM
SITI HALIZAH BINTI MOHD SADING
NOR AIZATI BINTI DAWI

KONSEP BANGSA
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bangsa
membawa maksud jenis manusia daripada satu
asal keturunan; dan kumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan.
John Stuart Mill pula mendefinisikan bangsa
sebagai rumpun manusia yang terikat oleh rasa
taksub bersama dan lebih rela bekerjasama
sesama mereka, berbanding dengan rumpun
bangsa yang lain.

KONSEP BANGSA
Kamus Pelajar (1993) pula mendefinisikan
bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama
asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya.
Secara ringkasnya, bangsa merupakan satu
kelompok manusia yang dianggap memiliki
identiti bersama, yang bersatu pada satu
wilayah dan mempunyai perhubungan dengan
wilayah tersebut.
KONSEP BANGSA
Di Malaysia, terdapat 3 bangsa utama iaitu:
Melayu
Cina
India
Catatan sejarah menjelaskan bahawa bangsa
Cina dan India merupakan bangsa yang
muncul di Tanah Melayu kesan daripada
beberapa faktor seperti perdagangan dan
perkahwinan.
KONSEP BANGSA
Ketiga-tiga bangsa tersebut hanyalah bangsa-
bangsa majoriti yang terdapat di Malaysia.
Namun begitu, masih terdapat banyak lagi
kaum lain yang wujud di negara kita.
Untuk mengendalikan kepelbagaian bangsa/
kaum yang terdapat di Malaysia ini, konsep
perpaduan haruslah ditanam dalam diri
semua warga Malaysia.
Kepincangan semangat perpaduan akan
mencalarkan identiti negara.
INTEGRASI BUDAYA
Perbezaan bangsa akan mewujudkan perbezaan
budaya.
Dengan wujudnya kepelbagaian bangsa di
Malaysia, pelbagai penyerapan budaya dari setiap
bangsa telah timbul dalam kalangan masyarakat
di Malaysia dan ini menyebabkan wujudnya
integrasi budaya.
Integrasi budaya merupakan perlaksanaan proses
bagi mewujudkan identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi.
INTEGRASI BUDAYA
Integrasi budaya yang wujud di Malaysia dapat
dipecahkan kepada beberapa peringkat
(proses), iaitu:
Asimilasi
Amalgamasi
Pluralisme
Akomodasi
Akulturasi
INTEGRASI BUDAYA
Asimilasi
-budaya masyarakat majoriti/ dominan
menyerap budaya masyakat minoriti/ imigran
tanpa membawa perubahan kepada
kebudayaan yang menyerapnya.
-contoh: budaya berjabat tangan

INTEGRASI BUDAYA
Amalgamasi
-merupakan proses percantuman dari segi
biologi yang mana berlaku melalui
perkahwinan campur.
-perkahwinan ini akan menghasilkan satu
kelompok baru yang seterusnya membentuk
budaya baru dalam masyarakat berkenaan.
-contoh: budaya Baba Nyonya.

INTEGRASI BUDAYA
Pluralisme
-merupakan proses mempertahankan
kepelbagaian budaya.
-ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok
dikekalkan.
-setiap etnik mempunyai hak terhadap
warisan kelompok, justeru itu mereka terus
mengamalkan budaya yang diwarisinya.
-contoh: pemakaian pakaian tradisional,
tarian, makanan
INTEGRASI BUDAYA
Akomodasi
-setiap etnik menyedari nilai dan norma
antara satu sama lain.
-mereka menghormati budaya etnik lain dan
dalam masa yang sama mempertahankan
budaya mereka sendiri.
-contoh: perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Kaamatan, Gawai.
INTEGRASI BUDAYA
Akulturasi
-masyarakat menerima dan meminjam unsur-
unsur budaya golongan majoriti tanpa
mengubah unsur-unsur budaya asal.
-proses ini juga dikenali sebagai proses
asimilasi budaya.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, proses integrasi budaya
yang telah dijelaska merupakan satu proses
yang membantu kita mewujudkan dan
meningkatkan semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat di negara kita.
Tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku akibat
masalah perpaduan seharusnya menjadi
iktibar kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai