Anda di halaman 1dari 8

Latihan:

Tuliskan Kata Nama Am dan KAta Nama Khas yang terdapat dalam ayat-ayat
dibawah ini.

1. Kedai buku itu terletak di sebelah Restoren Sang Kee.
Kata Nama Am : ____________________________________
Kata Nama Khas : ____________________________________

2. Anak Encik Ali bernama Ahmad.
Kata Nama Am : ____________________________________
Kata Nama Khas : ____________________________________

3. Si Putih kucing kesayangan saya.
Kata Nama Am : ____________________________________
Kata Nama Khas : ____________________________________

4. Televisyen itu jenama Samsung.
Kata Nama Am : ____________________________________
Kata Nama Khas : ____________________________________












PILIH KATA GANTI NAMA DIRI YANG BETUL UNTUK AYAT-AYAT BERIKUT

1. Ali dan Rahmat baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.
a. Kita
b. Dia
c. Beliau
d. Mereka

2. Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.
a. Saya
b. Dia
c. Aku
d. Mereka

3. ______ ialah negarawan yang terkenal.
a. Dia
b. Kamu
c. Beliau
d. Kita


4. "______ ingin bersantap," titah sultan.
a. Beta
b. Hamba
c. Patik
d. Tuanku


5. "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada
sultan.
a. Beta
b. Patik
c. Aku
d. Saya


6. "______ patutu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat,"
kata ketua pengawas.
a. Kita
b. Kami
c. Dia
d. Mereka


7. Kumaran suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis.
a. kita
b. dia
c. mereka
d. nya


8. "______ akan ke sana sekarang," kata Abu dan Amin kepada Cikgu Mohini.
a. Kita
b. Kamu
c. Kami
d. Awak


9. Setiap hari ______ pergi ke sekolah dengan bas.
a. beta
b. kami
c. saya
d. patik


10. Adik menangis kerana ______ sakit perut.
a. dia
b. kami
c. mereka
d. kita


















Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.


kerana / sementara /sambil / tetapi / lalu / agar /sejak


1. Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu
Wong.
2. Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3. William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4. Natasha suka makan ayam goreng __________________dia tidak suka makan
sayur.
5. Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6. Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7. Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.















Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.

Satu pameran dan jualan hasil pertanian telah diadakan di Stadium Sultan
Muhammad IV. Pameran tersebut diadakan selama seminggu. Saya telah
membuat tinjauan di pameran ini.

Pameran ini disertai oleh petani-petani dari seluruh Kelantan. Menurut
seorang pegawai pertanian, Encik Ahmad Ramlee, pameran ini diadakan untuk
membantu petani menjual tanaman mereka terus kepada pembeli.

Seorang peserta pameran ini, Pak Harun menyatakan rasa gembira kerana
dapat menjual hasil kebunnya seperti pisang, nangka, keledek dan sayur-
sayuran dengan cepat dan mudah. Hasil jualannya memuaskan kerana ramai
orang yang datang ke pameran itu.

Pameran ini dikunjungi oleh penduduk dari seluruh Kelantan dan para
pelancong juga. Mereka berpuas hati dengan harga barang-barang di
pameran itu.
1 Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV?

A Pameran dan jualan barangan kraftangan

B Pameran dan jualan hasil pertanian

C Pameran dan jualan hasil lukisan

D Pameran dan jualan kain batik






2 Siapakah yang menyertai pameran ini?

A Para petani dari seluruh negeri Kelantan

B Para pelancong dari seluruh Kelantan

C Para peneroka dari seluruh Kelantan

D Para penoreh dari seluruh Kelantan










3 Mengapakah Pak Harun gembira?


A Dapat menyertai pameran ini

B Dapat membeli hasil pertanian di pameran
ini
C Dapat melihat pameran dan jualan hasil
pertanian
D Dapat menjual hasil kebunnya dengan cepat
dan mudah


4

Bagaimanakah keadaan sayur-sayuran di pameran itu?


A Segar dan mahal harganya

B Segar dan murah harganya

C Segar dan sederhana harganya

D Tidak segar dan murah harganya



5 Siapakah yang pergi ke pameran ini?

A Para petani sahaja

B Para nelayan sahaja

C Para penoreh getah sahaja

D Penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong










Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya


Arnia dan Azam dalam perjalanan pulang dari sekolah. Ketika mereka
sampai di persimpangan jalan, mereka terdengar suara kucing yang mengiau-
ngiau dari arah semak di tepi jalan.

Tanpa membuang masa, mereka bergegas ke arah suara itu. Seekor anak
kucing sedang mengiau-ngiau kesakitan. Mereka menghampiri kucing tersebut.
Kakinya luka dan berdarah. "Kemungkinan kucing ini telah dilanggar oleh
kereta", kata Arnia.

Azam mengelap luka di kaki kucing itu dengan sapu tangan. Akhirnya,
mereka bercadang untuk membawa pulang kucing itu. Dalam perjalanan
pulang, kucing itu tidak berhenti mengiau-ngiau.

Tiba di rumah, Arnia terus memberi kucing itu minum susu. Kemudian, beliau
merawat kaki kucing itu. Arnia memberi kucing itu nama Tompok. Setelah
sembuh, kucing itu menjadi lebih sihat. Setiap petang Arnia dan Azam
membawa kucing itu untuk bersiar-siar. Kadang-kadang mereka bermain
dengan Tompok. Tompok mempunyai ekor yang panjang dan bulu yang
lembut. Warnanya pula bertompok-tompok. Arnia dan Azam sangat sayang
kepada kucing itu.

1 Mengapakah Arnia dan Azam berhenti di persimpangan jalan?

A Kerana lupa jalan pulang

B Kerana ada kucing melintas

C Kerana mereka tersesat jalan

D Kerana terdengar suara mengiau-ngiau



2 Apakah sikap yang dipamerkan oleh Arnia dan Azam?

A Sikap rajin dan taat

B Sikap zalim dan sombong

C Sikap tidak membuang masa

D Sikap prihatin dan penyayang



3 Di manakah kucing itu dibawa oleh Arnia dan Azam?

A Ke sekolah

B Ke rumah Azam

C Ke rumah Arnia

D Ke klinik haiwan



4 Apakah yang dilakukan oleh Arnia untuk menyelamatkan kucing itu?

A Membawa pulang ke sekolah

B Membersihkan bulu kucing itu

C Memberi nama pada kucing itu

D Memberi susu dan merawat kucing itu





5 Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku kepada kucing itu jika
Arnia dan Azam tidak menyelamatkannya?

A Mungkin kucing itu lari

B Kucing itu mungkin mati

C Kucing itu akan gembira

D Kucing itu akan mengikut Arnia dan Amin pulang

Anda mungkin juga menyukai