Anda di halaman 1dari 1

Laporan Kad Ucapan Pop-Up

Oleh : Zharif Asyraf b. Khozali


Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kad ucapan yang ada di pasaran, seperti
kad perkahwinan, kad hari lahir, kad perayaan, dan sebagainya. Saya telah memilih
untuk membuat kad perkahwinan kerana mengikut trend semasa yang sering
menonjolkan kad-kad perkahwinan yang cantik dan bercorak kontemporari. Oleh itu,
saya telah menggabungkan 2 teknik pop-up dalam kad perkahwinan saya agar ia
nampak lebih elegan dan menarik. Kedua-dua teknik tersebut ialah teknik angled-folds,
dan angled stick-ons. Saya telah menggunakan manila kad berwarna putih sebagai
bahan asas utama untuk membuat kad tersebut. Saya juga menggunakan pensel
warna bagi mewarnakan kad saya. Saya telah meletakkan satu gambar bunga ros
sebagai gambar utama kerana bunga ros sudah menjadi sinonim dengan percintaan
dan perkahwinan.
Proses yang telah saya lakukan ialah membuat rujukan melalui buku dan internet
tentang teknik-teknik pop-up yang ingin saya gunakan. Kemudian, saya mula
melakukan proses membuat kad ucapan. Saya telah membuat beberapa contoh kad
ucapan yang menggunakan pelbagai teknik pop-up sebagai pra-persediaan sebelum
memulakan pembuatan kad ucapan yang sebenar.
Selepas itu, proses pembuatan kad ucapan pop-up yang sebenar pun bermula.
Saya telah menggunting kad manila putih kepada bentuk yang dikehendaki. Selepas
itu, saya mula membuat teknik-teknik pop-up di atas kad manila tersebut. Teknik
angled-folds saya menonjolkan bentuk hati manakala angled stick-ons pula
menunjukkan gambar pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Saya telah mendapat
idea untuk menggunakan kedua-dua teknik ini setelah berbincang dengan ibu saya.
Kesimpulannya, amali kad ucapan pop-up ini telah mengukuhkan lagi
pengetahuan sedia ada saya tentang kejuruteraan pop-up dan harapan saya agar ianya
dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak.