Anda di halaman 1dari 11

1.

0 KONSEP PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA


BUDAYA
Kehidupan rakyat Malaysia sebagai rakyat berbilang kaum ini banyak
mencetuskan perselisihan fahaman dan budaya. Perkara ini sememangnya menjadi
kekangan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan lebih jelas lagi, membina
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya akan dapat mengelakkan permasalahan
yang berlaku antara murid-murid disebabkan perbezaan latar belakang disebabkan
perbezaan kaum atau agama. Sebagai contoh, seorang murid yang beragama Islam
bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak akan mempunyai masalah untuk
berinteraksi dengan murid-murid lain yang berlainan agama dan kaum jika suasana bilik
darjah tersebut harmonis dan mesra budaya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini
guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan
integrasi dalam kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.
Pendek kata, pengurusan bilik darjah yang berkesan sememangnya membantu
murid dalam meningkatkan kefahaman dan minat dalam pembelajaran. Marzano (2003)
menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam
pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian
kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Ini bermaksud persekitaran fizikal
sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan prestasi
murid-murid.. Aspek yang terkandung dalam pengurusan persekitaran fizikal melibatkan
kemudahan yang terdapat, kebersihan, susun atur dan sebagainya. Aspek-aspek inilah
yang harus dilihat bagi mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif.
Sebagai guru yang berkesan, guru tersebut seharusnya memastikan bilik darjah itu
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang cukup. Keadaan bilik darjah yang
tidak mempunyai kemudahan yang cukup akan menyebabkan bilik darjah tersebut
menjadi tidak selesa. Aspek seperti kebersihan juga perlu dititik berat kerana keadaan
bilik darjah yang tidak bersih akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran
akan terganggu. Dalam usaha untuk menjaga kebersihan, murid secara tidak
langsungnya akan membentuk budaya berdisiplin dan bertanggungwab. Ini akan
mendorong untuk murid mewujudkan semangat kekitaan dan bertindak sebagai satu
organisasi.
Saya berpendapat bahawa guru sepatutnya menyelitkan penerapan nilai-nilai
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aspek pengurusan
persekitaran sosio-emosi juga dilhat sebagai salah satu elemen yang membantu dalam
mewujudkan persekitaran mesra budaya. Dengan penerapan nilai-nilai ini di dalam
kelas, guru dapat menghindarkan sentimen-sentimen perkauman di antara murid-murid
yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Wan Mohd.Zahid, (1988) mengatakan
bahawa nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan
berakhlak mulia. Suasana bilik darjah yang harmonis dan kondusif ini secara
automatiknya mendorong murid-murid supaya lebih bermotivasi. Menurut Woolfok
(1990), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal
minat serta tingkah laku murid. Oleh yang demikian, emosi murid harus diurus dengan
berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam
pembelajaran mereka. Selain dari penerapan nilai, hubungan yang baik juga akan
mendorong murid-murid untuk mewujudkan satu tanggapan positif terhadap ahli kelas
yang lain. Hubungan ini tidak hanya terhad antara guru dan murid malahan murid-murid
seharusnya membina hubungan positif dengan ahli kelasnya. Ini akan mewujudkan
interaksi pelbagai dan murid juga akan berasa lebih yakin apabila berada di dalam
kelas. Mereka juga akan membina semangat kerjasama hasil dari hubungan positif itu.
2.0 ASPEK PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA.
Dalam pembinaan bilik darjah yang mesra budaya, terdapat beberapa aspek
yang perlu diberi penekanan. Dalam penulisan ini, saya akan menghuraikan secara
kritis 3 aspek iaitu pedagogi releven budaya dan kepelbagaian kelompok (cultural and
indigenous relevant pedagogy), sosiolinguistik dan penilaian berasaskan budaya.


2.1 PEDAGOGI RELEVEN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK
Pedagogi releven budaya dan kepelbagaian kelompok ini membincangkan
strategi-strategi yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berlainan. Strategi-strategi ini
banyak memberi penekanan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas
dan memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian latar
belakang dan kebolehan murid-murid serta ianya bersesuaian dengan budaya yang
diamalkan. Setiap kepelbagaian aspek budaya murid harus diambil kira bagi
mengelakkan murid tersebut tercicir dalam pelajaran.
Saya berpendapat bahawa untuk menjadi seorang guru yang berkesan, adalah
amat penting seseoeang guru tersebut untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar
(perbezaan individu). Konsep kepelbagaian pelajar ini berkait rapat dengan modal
budaya. Mudal budaya merujuk seseorang itu mewarisi keupayaan bahasa dan budaya
dari individu di sekelilingnya seperti keluarga dan masyarakat. Kenyataan ini disokong
kuat oleh kajian seorang ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, Pierre Bourdieu (1930)
mengenai pencapaian di sekolah seseorang indiidu itu adalah berkait rapat dengan
latar belakang kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih
banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan
kerjaya mereka dalam masyarakat. Justeru, pemilihan strategi yang dilakukan oleh guru
haruslah bersesuaian mengikut keadaan kelas dan kerelevanan budaya. Antara
pendekatan pedagogi yang releven untuk diamalkan dalam situasi kepelbagaian
budaya ialah direktif, mediatif, generatif, konstektual, metakognitif, konteks luar/kajian
luar, kajian masa depan, koperatif dan kolaboratif.
Kaedah direktif merupakan kaedah belajar melalui penerangan dan
kemudiannya murid-murid diberi ujian kefahaman dan latihan. Sesetengah pelajar lebih
memahami sesuatu pelajaran yang diajar jika mendapat bimbingan dan arahan guru
terutamanya pembelajaran mengenai sesuatu konsep. Dalam situasi pembelajaran
kepelbagaian kelompok ini, guru tersebut bolehlah memberikan penerangan secara
langsung kepada murid-muridnya berkaitan kepelbagaian budaya dalam kelompok
mereka. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih memahami tentang perbezaan
budaya yang terdapat di dalam kelas.
Pengajaran mediatif pula merupakan satu pendekatan yang membolehkan murid
belajar untuk menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan
pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam kaedah ini, guru bertindak
sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah berkaitan kepelbagaian
budaya bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Kemudiannya murid
tesebut akan menilai soalan atau masalah tersebut dan cuba menyelesaikan dengan
pelbagai cara yang berlainan. Proses ini akan membolehkan murid memahami isu
perbezaan budaya dan kepentingan menjaganya. Melalui kaedah ini, murid akan
mengenal pasti strategi menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan
masalah beerdasarkan kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran tentang
apa yang telah dilakukan dan apa yang patut dilakukan pada masa akan datang.
Kaedah lain yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah kaedah generatif. Ramai
yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid mencipta
pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan
ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan menggunakan metafora atau
keadaan yang luar biasa. Guru akan mengelak daripada memberi pertimbangan nilai
yang boleh menyekat kreativiti. Dalam usaha untuk membina bilik darjah yang mesra
budaya, guru boleh menggalakkan murid-muridnya untuk menjana idea-idea bernas
yang sesuai dengan budaya. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh
digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.
Pengajaran kaedah konstektual pula dapat membantu guru mengaitkan
kandungan bahan belajar kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk
membuat hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu
digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat.
Pembelajaran kontekstual berdasarkan John Dewey (1916) ialah murid-murid akan
belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di
persekitaran. Menurut teori ini, pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses
maklumat dengan cara yang bermakna iaitu menggunakan ingatan, pengalaman dan
maklum balas mereka sendiri. Teori ini menggalakkan guru memilih dan membentuk
persekitaran pembelajaran dengan memasukkan sebanyak mungkin pelbagai
pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi dalam usaha ke arah hasil
pembelajaran yang diingini. Sebagai contoh, untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya, guru memberi idea kasar yang berkaitan dengan budaya. Murid pula akan
mengunakan idea tersebut dalam kehidupan sehariannya. Idea yang diberikan oleh
guru tersebut secara tidak langsung telah diperkembangkan melalui pengalaman murid
tersebut. Aktiviti yang berkesan berkaitan pengajaran kontekstual ini adalah seperti sesi
hands-on, seminar, bengkel serta aktiviti buat sendiri. Dalam persekitaran seumpama
itu,murid menemui hubungan bermakna antara idea abstrak dan mengaplikasikannya
secara amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan dan
dihubungkaitkan.
Kaedah metakognitif adalah pengajaran tentang proses berfikir mengenai
pemikiran, apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976)
menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau
sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, seperti ciri-ciri pembelajaran
relevan. Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses
pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-
contoh soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi
metakognitif dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya ialah, Apakah yang saya
telah fam dengan budaya? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan hubungan sosial
saya dengan orang lain yang berlainan kaum? Apakah bantuan yang saya perlu untuk
mencapai matlamat? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa
mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi. Dengan soalan-
soalan ini, murid akan bertindak untuk mencari penyelesaian dengan mengaitkan
soalan dengan pengetahuan lamanya. Kenyataan ini disokong oleh kenyataan Dirkes
(1985), yang mengatakan strategi asas metakognitif ialah menghubungkan maklumat
baru dengan maklumat yang lama, memilih strategi berfikir dengan teliti dan
merancang, memantau dan menilai proses berfikir. Pemikiran metakognitif ialah
pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh murid-murid. Flavell berpendapat
bahawa metakognitif menjelaskan sebab kanak-kanak berlainan umur berbeza dalam
menghadapi tugasan pembelajaran. Mereka telah membina strategi pemikiran yang
baru.
Kajian masa depan berdasarkan kepada pemahaman bahawa murid perlu
bersedia berhadapan dengan cabaran dan perubahan masa hadapan yang dinamik.
Kenapa kita perlu mengajar tentang masa hadapan? Kauffman (1976) menyatakan
bahawa, kita sebagai guru harus memberikan kefahaman kepada murid kita terhadap
isu-isu penting, masalah dan peluang-peluang yang mereka akan hadapi, mengajar
mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan untuk terus berjaya dalam
kehidupan dan menyediakan mereka dengan cara-cara yang berkesan untuk
menghadapi segala halangan dan tekanan kesan daripada perubahan mendadak.
2.2 SOSIOLINGUISTIK
Menurut kamus dewan edisi keempat, sosiolinguistik ini membawa maksud
kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Maksud
yang lebih terperinci ialah merangkumi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam
interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara
kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa. Secara amnya
bidang sosiolinguistik ini menekankan kajian terhadap bahasa dan perkaitannya dengan
interaksi sosial masyarakat yang menuturnya. Khususnya istilah sosiolinguistik ini baru
muncul sekitar tahun 1952 dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya
disediliki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat.
Bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah organisasi
masyarakat. Ianya melambangkan sesebuah masyarakat itu. Seperti contoh, jika kita
melihat dua orang bertutur bahasa yang berlainan, kita akan mengetahui bahawa
mereka mempunyai perbezaan latar belakang dan asal-usul. Selain itu, apabila
seseorang itu menuturkan sesuatu bahasa, kita juga sering membuat ramalan
mengenai latar belakangnya seperti tempat kelahiran atau tempat dia dibesarkan.
Bahasa dapat dikelaskan mengikut beberapa tahap. Istilah bahasa itu sendiri
merangkumi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bahasa seperti
bahasa Melayu, Indonesia, Arab dan lain-lain. Ragam regional pula mewakili bahasa
mengikut kawasan. Contohnya dalam bahasa Melayu itu terdapat pembahagian
mengikut kwasan seperti melayu Malaysia, Brunei. Selatan Thai, Kelantan, Kedah dan
lain-lain. Ragam kelompok sosial pula mewakili perbezaan bahasa disebabkan taraf
hidup seseorang seperti bangsawan, kelas tinggi. Dan ragam stailistik pula melibatkan
situasi seperti majlis rasmi, santai, intim dan sebagainya. Pendek kata, seseorang
individu itu tidak terhad untuk menuturkan satu jenis bahasa sahaja dan bahasa yang
dituturkan oleh seseorang itu akan berubah-rubah mengikut situasi.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah sosiolinguistik ini mengkaji cara-cara atau
bagaimana bahsa berinteraksi dengan masyarakat. Dalam situasi di dalam pembinaan
bilik darjah yang mesra budaya, bahasa sangat memainkan peranan kerana interaksi
yang bermakna ialah interaksi dua hala yang difahami maksudnya. Hal ini disokong
dengan kenyataan, ini adalah satu kajian cara bagaimana struktur bahasa berubah
sebagai respons terhadap fungsi-fungsi sosial yang beraneka ragam, dan batasan dari
fungsi-fungsi ini (Crystal 1971:252). Dalam masyarakat Malaysia, Bahasa Melayu dan
Inggeris merupakan digunakan secara meluas oleh pelbagai kaum dan etnik.
Masyarakat sudah boleh menerima bahawa kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa
perantara. Kedua-dua bahasa ini juga bukan sahaja digunakan secara rasmi malahan
pada situasi yang tidak rasmi.
Berbalik pada pembinaan bilik darjah yang mesra budaya, saya berpendapat
bahawa guru yang mempunyai kemahiran menutur Bahasa Melayu dengan baik akan
dapat membina interaksi yang jelas dan difahami dengan murid-murid. Adalah salah
untuk seorang guru itu menggunakan bahasa loghat tempat kelahirannya untuk
mengajar di sekolah yang mayarakat setempatnya menuturkan bahasa loghat yang
sangat berbeza. Penggunaan Bahasa Melayu formal akan menjadi teras untuk guru itu
berkomunikasi dan membuat pengajaran di dalam kelas dengan situasi tersebut.
Seperti contoh, seorang guru berasal dari Kedah dan ditempatkan di sekolah dalam
negeri Kelantan. Loghat guru tersebut dan loghat masyarakat setempat di kawasan itu
sememangnya berbeza. Jika guru itu membuat pengajaran dalam bahasa loghatnya,
murid-murid yang berasal dari kawasan setempat di situ akan mengalami kesukaran
untuk memahami yang. Saya tertarik dengan kenyataan E.R. Guthrie yang menjadi
profesor psikologi di Universiti Washington. Bukunya The Psychology of Learning
(1935) mengandungi pendapat bahawa, pembelajaran itu berlaku dengan adanya
rangsangan dan diikuti dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas itu berlaku dalam satu
keadaan tertentu, maka semasa kita berada dalam keadaan seperti itu pada masa yang
lain, maka kita akan melakukan gerak balas yang sama. Apabila ada rangsangan dan
tindak balas, maka berlakulah pembelajaran. Dalam situasi perbezaan bahasa, bahasa
itu bertindak sebagai rangsangan. Bahasa yang tidak difahami akan menghasilkan
ransangan yang lemah. Ini akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan turut
menjadi lemah. Dalam hal ini, gerak balas merupakan prestasi atau tahap pembelajaran
yang berlaku. Saya melihat contoh ini dalam konteks bilik darjah mesra budaya.
Ransangan masih sama iaitu bahasa yang dituturkan oleh guru. Cuma gerak balasnya
adalah berbeza. Jika dalam situasi biasa gerak balas tersebut merupakan tahap
pembelajaran murid, untuk bilik darjah mesra budaya, gerak balas tersebut akan
mewakili interaksi murid kepada guru. Berbalik kepada kesimpulan kajian tersebut, guru
yang menggunakan bahsa loghat yang sukar difahami akan menyebabkan murid-
muridnya sukar untuk berinteraksi dengannya.
Selain itu juga, interaksi yang berlaku antara murid-murid juga sangat
memainkan peranan dalam pembinaan bilik darjah mesra budaya. Murid-murid yang
mempunyai kepelbagaian kaum akan mengalami masalah untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dalam kelas. Oleh itu, guru sewajarnya memilih kaedah pengajaran yang
sesuai. Bagi membolehkan murid belajar berkomunikasi sesama sendiri, kaedah
pengajaran yang paling sesuai ialah kaedah Kolaboratif. Menurut Whipple (Dipetik
daripada Kimber,1994) menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah corak
pedagogi yang menekankan usaha bersama di kalangan pelajar-pelajar, fakulti dan
pentadbir. Ia menekankan konsep inquiry sebagai asas proses pembelajaran. dalam
keadaan ini, murid secara tidak langsung memerlukan mereka untuk berinteraksi antara
satu sama lain.


2.3 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA
Istilah penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang
berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan
lain, penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam
membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall
(1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai
cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan
Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan
suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan
kepercayaan).
Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang
dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan
seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau
memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah
sah dan boleh dipercayai.
Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu
mengambil kira faktor pelajar seperti asal-usul atau perpindahan, status sosio-ekonomi,
latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan
maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses
penilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya
memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau
menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian. Penilaian ini
bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk
memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak
mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan
pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu,
penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan
pengajaranpembelajaran, dan seterusnya pembangunan program pendidikan. Secara
keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk mengumpul maklumat
untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya serta menilai dengan
menggunakan prosedur autentik dan alternatif. Selain itu juga, ianya bertujuan
memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid. Tambahan, ianya
juga adalah untuk mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor
linguistik dan kerelevanan budaya dan untuk menentukan keperluan bahasa yang
sesuai untuk penilaian formal. Akhirnya ianya bertujuan untuk mengurangkan bias
dalam amalan-amalan penilaian tradisional.

















3.0 RUJUKAN
1. Chandra Muzaaffar, 1980. Inter Religious Communication; The Five Task
dalam One God Many Path, Pulau Pinang;Aliran
2. David Berry, 1993. Idea-idea Utama Dalam Sosiologi. Terjemahan Rahimah
Abdul Aziz. Dewan Bahasa & Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur.
3. Mok Soon Sang. 2006. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.Kumpulan Budiaman, Kuala
Lumpur
4. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Kuala Lumpur
5. Kamus Dewan, 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
6. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, 2013. Budaya dan
Pembelajaran Edisi Ketiga. Penerbitan Multimedia. Selangor
7. http://www.slideshare.net/HazelBug/bab-5-persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-
budaya
8. http://prpm.dbp.gov.my/
9. http://kopidangula.blogspot.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html