Anda di halaman 1dari 2

PKP3110

CS Nathan / PKP1
Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah dalam pengajaran matematik
murid pemulihan


1. Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa

Masalah ingatan adalah perraka utama apabila murid mengalami
kesukaran untuk mengingat poerasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Ada murid yang boleh membuat latihan matematik pada masa PdP
dijalankan dan dilupai keesokkan harinya. Murid sebegini perlu dilatih
kemahiran mengurus maklumat, memberi tumpuan dan kaedah
mengungay (Swanson & Saez 2003)

2. Mempelajari matematik dengan cara meghafal tanpa memahami
konsep

Murid-murid perlu diajar supaya dapat membina konsep dan
memahami dengan menghafal sesuatu konsep. Apabila murid hanya
menghafal konsep sahaja secara tidak langsung mereka akan
menghadapi masalah utnuk menyelesaikan masalah matematik
apabila cara soalan itu dipersoalkan diubah daripada kebiasaan. Bagi
murid yang suka menghafal konsep, mereka juga turut akan
melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai seperti cari
beza nilai anatar 4 dan 9.

3. Tidak boleh membaca

Murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan
memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik.
Bagi matapelajaran matematik juga sukar untuk difahami untuk murid
kerana dia tak pandai mengeja. Oleh itu, murid-murid tak dapat
membaca ayat matematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah
matematik.
PKP3110


CS Nathan / PKP1

4. Kurang teliti atau lalai

Masalah murid kurang teliti atau lalai dari segi pengiraan boleh
menyebabkan jumlah atau jawapan bagi sesuatu soalan tidak betul.
Kelalaian murid semasa menggunakan operasi boleh menyebabkan
murid mendapat jawapan yang salah. Ada juga murid yang gunakan
operasi yang betul, tetapi gagal mencari jawapan yang betul
disebabkan dia kuarng teliti semasa mebuat pengiraan.

5. Masalah Peribadi

Faktor kemiskinan dan Masalah social

Murid yang miskin terpaksa membuat kerja-kerja sambilan sehingga
tidak mempunyai masa untuk belajar. Tidak dapat galakan dari
ibubapa. Pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi
masalah yang serupa juga boleh menyebabkan mereka menghadapi
masalah dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai