Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Untuk sekolah menengah pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa
(FIBA) dan peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang
dikuatkuasakan.
1.2 Untuk sekolah rendah pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa
(FIBA) dan undang-undang yang dicadangkan sesuai dari
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) serta peraturan-
peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah
2.2 Masa bermain ialah 12 minit bagi tiap-tiap separuh masa
dengan rehat selama 5 minit. Di samping setiap separuh masa
dibahagikan kepada 2 waktu dengan masa rehat 1 minit
antaranya. Masa pertandingan dijalankan mengikut peraturan
FIBA yang terkini.
2.3 Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri,
pertandingan disambung semula selama 3 minit setelah 2 minit
berehat. Jika keputusan seri lagi, pertandingan bersambung
semula selama 3 minit sehingga keputusan kemenangan
diperolehi.
2.4 Masa 2 minit terakhir dalam waktu ke 4 atau masa tambahan,
apabila berjaring atau pengadil meniup wisel, masa
pertandingan perlu diberhentikan.
2.5 Permainan terpaksa ditangguhkan kerana hujan atau sebab-
sebab lain, pertandingan akan disambung semula pada tarikh
dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak pengelola. Segala
mata yang diperolehi dan masa yang telah digunakan
dikekalkan.

3. PENDAFTARAN
3.1 Pasukan yang hendak mengambil bahagian dikehendaki
menghantar tidak lebih dari 12 nama pemain bagi tiap-tiap
kumpulan umur. Butir-butir yang dikehendaki dalam borang
penyertaan itu perlu diisi dengan penuh. Setiap pemain mesti
mengisi borang pengesahan pemain dan di tandatangan oleh
guru besar atau pengetua sekolah masing-masing.
3.2 Penukaran pemain yang telah didaftarkan perlu diberitahu
dengan butir-butir yang lengkap dan ditandatangani oleh Guru
Besar/Pengetua ataupun Pengerusi Pertandingan Daerah
sebelum pertandingan pertama dimulakan.
3.3 Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding,dengan didaftarkan
dalam peringkat umur Bawah 18 Tahun dengan kadar dua
orang dalam setiap pasukan berdasarkan Peraturan Am MSSM
Edisi 2005 dengan syarat belajar sepenuh masa di sekolah-
sekolah bantuan kerajaan atau swasta yang berdaftar dan
bergabung dengan MSSS.
3.4 Pengurus dan Jurulatih MESTI daripada kalangan
guru/kakitangan pendidikan


4. SISTEM PERTANDINGAN

System pertandingan yang dijalankan secara liga atau cara kalah mati
adalah seperti betikut :

4.1 Liga 4 kumpulan (A,B,C dan D) minimum 12 pasukan

Tidak terlibat (MSSS 9 pasukan sahaja)

4.2 Liga 3 kumpulan (A,B dan C)

4.2.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil
bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan
iaiyu A, B dan C
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

b. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan
tahun lalu akan di tempatkan dalam kumpulan seperti
berikut :

Johan - kumpulan A
Naib Johan - kumpulan B
Ketiga - kumpulan C

c. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga
kumpulan tersebut dengan cabutan-cabutan undi.

d. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan yang lain
hendaklah diundi.

4.2.2 Pusingan kedua

a. Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap setiap kumpulan
akan ditempatkan dalam kumpulan kumpulan X dan Y
dengan mengadakan undian

b. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama,

c. Dari 3 pemenang 1, satu akan ditempatkan di kumpulan lain.

d. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan
lain dari pemenang 1 kumpulannya.

e. Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain
secara liga dalam kumpulan masing-masing.

4.2.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1
Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

b. Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2
Kumpulan Y untul menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

4.3 Liga 2 Kumpulan (A dan B)

4.3.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan
B. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

b. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan
Tempat Ketiga tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan
B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua
kumpulan dengan cabutan undi.

c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan yang lain
hendaklah diundi.


4.3.2 Pusingan kedua (Separuh Akhir)

a. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2
kumpulan B (Kumpulan X) dan Pemenang 1 Kumpulan B
akan melawan Pemenang 2 kumpulan A (Kumpulan Y)

b. Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara
kalah mati.

Separuh Akhir
Pemenang 1 Kumpulan A ----------------- Akhir
(Kumpulan X) -------------
Pemenang 2 Kumpulan B ----------------- Johan
---------------
Pemenang 1 Kumpulan B -----------------
(Kumpulan Y) --------------
Pemenang 2 Kumpulan A -----------------



4.3.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan
Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

c. Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untul
menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

4.4 Liga 1 Kumpulan

Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian,
pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan.

4.5 Bagi sukan tertentu Sistem Pertandingan hendaklah mengikut Sistem
Pertandingan yang ditetapkan sukan berkenaan.
Sila rujuk Peraturan Am (6) MSSS


5. CARA MEMUTUS KEPUTUSAN
5.1 Cara Liga
5.1.1 Cara memberi mata
Menang 2 mata
Kalah 1 mata
Menarik diri 0 mata

5.1.2 Jika dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama,
pemenang akan
ditentukan seperti berikut:

a. Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat
akan menentukan kedudukan mereka.
b. Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh
pihak lawan adalah sama anatra dua pasukan, maka
pemenang akan ditentukan oleh purata jaringan.

5.1.3 Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang
sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan
dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan
yang sama mata).
b. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan
yang tertinggi akan dikira menang (cuma mengambil
keputusan antara pasukan yang sama mata).
c. Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan
mengambil kira purata jaringan dari keputusan semua
permainan yang dimain dalam kumpulan. Jika ada apa
keraguan, rujuk peraturan FIBA.
d. Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.

6. PAKAIAN
6.1 Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam dengan
satu set berwarna gelap dan satu lagi berwarna putih.
6.2 Untuk pertandingan, maka mana-mana pasukan yang
disebutkan dahulu di jadual pertandingan dikehendaki memakai
pakaian berwarna putih sementara lawannya berwarna gelap.

7. PENGADIL
7.1 Jawatankuasa teknik Bola Keranjang MSSS bertanggungjawab
atas perlantikan pengadil-pengadil yang bertauliah untuk
mengadili semua perlawanan.
7.2 Pengadil-pengadil yang bertugas mestilah meneliti kelayakan
peserta-peserta sebelum permainan dimulakan.

8. GELANGGANG/ALATAN
Rujuk undang-undang Bola Keranjang antarabangsa (FIBA)

9. KELEWATAN
Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa
pertandingan yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam
pertandingan. Keputusan yang dicapai sebelum itu tidak akan
diambil kira.

10 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian
tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

10.2 Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau
menyerah kalah dengan sengaja dari pertandingan-
pertandingan semua keputusan yang dimainkan oleh
pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak
dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan
tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta yang
berkenaan.


10.3 Mana-mana pasukan/peserta/sekolah/daerah yang telah
mengesahkan penyertaan sesuatu pertandingan tetapi menarik
diri akan dikenakan denda sebanyak RM200.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ratus) atau digantung penyertaan selama
setahun atau kedua-duanya sekali.







11. Bantahan
11.1 Sekiaranya selepas tamat perlawanan pasukan yang ingin
membuat bantahan, ketua pasukan hendaklah menandatangani
di ruang protest dalam score sheet supaya bantahannya dapat
dipertimbangan.
11.2 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus
pasukan hendaklah disertakan kepada setiausaha pengelola atau
wakilnya tidak lewat daripada 20 minit selepas perlawanan
dengan bayaran RM200.00.

12. JURI RAYUAN

Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum)
atau 7 orang (maksimum). Mereka terdiri daripada :

12.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
12.2 Setiausaha Agung MSSS atau wakilnya.
12.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSS.
12.4 Dua atau empat orang pengurus pasukan yang tidak terlibat
dengan bantahan/kes tersebut.

13. LEMBAGA TATATERTIB

13.1 LEMBAGA Tatatertib Permainan Negeri Terdiri daripada :
13.1.1 Yang DiPertua MSSS
13.1.2 Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya
13.1.3 Naib yang diPertua
13.1.4 Setiausaha Agung MSSS
13.1.5 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan

Lembaga ini bertanggungjawab untuk :

a. Mengambil tindakan mengenai perlanggaran peraturan
pertandingan yang berkenaan bagi semua perkara semasa
kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut :
i. Memberi amaran.
ii. Mengantung dari pertandingan berikutnya bagi
jangka masa tertentu.
iii. Menyingkirkan daripada keseluruhan
kejohanan/pesta.

a. Menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku
kepada Lembaga Tatatertib MSSS selewat-lewatnya 14 hari
selepas tamat kejohanan/pesta dan membuat syor atau
cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes
yang lebih berat yang melibatkan displin pegawai-pegawai
hendaklah dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib MSSS
untuk tindakan selanjutnya.


14 PINDAAN DAN TAMBAHAN PERATURAN.

14.1 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan berhak
meminda atau menambah peraturan dan undang-undang di atas.


15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua yang tidak disebutkan di dalam peraturan ini, akan
diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola Permainan Negeri yang
berkenaan mengikut kuatkuasa Peraturan dasn Undang-Undang
Permainan itu.
http://sueteckhua.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/basmsssperaturan2005.htm

Anda mungkin juga menyukai