Anda di halaman 1dari 1

Kaedah-kaedah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Moral

1.0 Kaedah simulasi


Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah
simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi
kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh
memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya
ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah
simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti
lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan
cara penyelesaian untuk satusatu masalah yang ditimbulkan, yang mana
masalahmasalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah
disiplin atau peristiwaperistiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan
raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Kaedah simulasi ini terdpat dua jenis iaitu
sosiodrama dan main peranan.

Anda mungkin juga menyukai