Anda di halaman 1dari 3

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Tugasan Projek (100%)



Bilik sains adalah tempat yang dilengkapi dengan peralatan dan bahan-bahan sains agar
eksperimen yang sistematik atau aktiviti sains dapat dijalankan dengan baik. Dengan
persekitaran pembelajaran sains yang kondusif, murid dapat menglibatkan diri secara aktif
serta mengamalkan kemahiran saintifik dan nilai murni untuk mempelajari dan memahami
konsep sains dengan mudah dan secara beransuransur. Justeru, guru sains seharusnya
mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengurus bilik sains. Kemampuan guru-guru sains
merancang dan mengurus makmal akan dapat menjadikan makmal sains tempat yang
selamat. Daya kreativiti dan inovatif guru sains dalam membina sumber pengajaran dan
pembelajaran dapat menimbulkan keseronokan untuk murid-murid mempelajari sains.

Pecahan Tugasan Projek.

Tugasan 1 (30 %) (Individu)

Kumpul maklumat tentang bantuan per kapita (PCG) dan maksud perbelanjaan bagi sekolah
rendah. Guna pengurusan grafik untuk memaparkan maklumat yang diperoleh. Sediakan
satu proposal perbelanjaan PCG untuk tahun 2015 di sekolah yang anda jalani praktikum.

Tugasan 2 (30 %) (Individu)

Bandingkan bilik sains di sekolah praktikum anda dengan bilik atau makmal sains yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hurai perbandingan anda dari aspek
kelengkapan infra struktur, susun atur perabot, notis amaran dan peraturan, kekerapan
penggunaan untuk PdP dan pengurusan aset. Sertakan bukti untuk menyokong dapatan
anda (gambar foto). Beri cadangan untuk menambah baik pengurusan dan penyusunan
makmal sains tersebut.

Jika tiada bilik sains di sekolah, nyatakan alasan dan beri cadangan pembinaan bilik sains.
Aspek pengurusan dan penyusunan bilik sains perlu dinyatakan dalam cadangan anda.

Tugasan 3 (30%) (berkumpulan 2/3 orang)

Hasilkan satu sumber pengajaran dan pembelajaran sains dengan menggunakan bahan
kitar semula. Dengan menggunakan poster(saiz A4) terangkan pembinaan sumber tersebut
dan cara menggunakannya semasa pengajaran dan pemudahcaraan.

Tugasan 4 (10%) (Individu)

Tulis sebuah refleksi tentang pengalaman anda sepanjang kursus ini. Refleksi seharusnya
mengandungi :
a) Kepentingan kursus dan impaknya dalam amalan guru sains di sekolah
b) masalah mengikuti kursus
c) cadangan untuk mengatasi masalah tersebut


SCE 3113
PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Tugasan Projek (100%: Wajaran 50%)

Pembinaan dan pengukuhan kefahaman tentang prinsip-prinsip dalam pengukuran dan
penilaian adalah amat penting dalam penggubalan kertas peperiksaan. Aspek kesahan dan
kebolehpercayaan perlulah diberikan perhatian serius dalam memastikan ujian yang dibina
oleh guru adalah bermutu. Justeru iem-item yang disediakan oleh guru mesti berpandukan
Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) dan memenuhi ciri-ciri item yang baik. Item-item ujian juga
perlulah mempunyai aras kesukaran yang sesuai, berkeupayaan mendiskriminasi dan
mempunyai distraktor yang berkesan. Oleh yang demikian ujian puerlu dibina dengan
sistematik agar matlamat yang sahih dan dipercayai dicapai dengan menggunakan teknik-
teknik pengukuran dan penilaian yang betul agar kualiti ujian adalah terpelihara.


A. Esei (Individu) : 20%

Ada pandangan individu yang menyatakan bahawa sekiranya tidak ada penilaian
dan pentaksiran murid-murid tidak akan serius dalam pembelajaran mereka.

Bincangkan pendapat anda tentang pandangan di atas.


B. Penghasilan Produk (Secara Berpasangan) : 30%
Item-item ujian yang dibina mestilah berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan
memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan.
Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, anda dikehendaki menggubal satu set
kertas soalan yang mengandungi 20 item aneka pilihan bagi satu ujian sains sekolah
rendah untuk ditadbirkan semasa praktikum anda. Tunjukkan semua langkah-
langkah yang terlibat dengan jelas dan lengkap

C. Laporan Penilaian Kualiti Produk (Secara Individu): 50%

Anda dikehendaki melaporkan kualiti kertas ujian yang telah disediakan. Justifikasi
hujah anda dengan menggunakan teknik-teknik dalam pengukuran dan penilaian.

Komponen A dan C dijalankan secara individu. Manakala komponen B dijalankan
secara berkumpulan 2-3 orang.

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
(ELM 3043)

SOALAN :
Proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam membentuk moral individu dan boleh
digunakan bagi menangani masalah sosial di kalangan pelajar. Huraikan peranan anda
sebagai seorang guru yang boleh memainkan peranan dalam membentuk proses sosialisasi
dan seterusnya mengatasi isu-isu moral yang berlaku ini di kalangan para pelajar pada
masa kini.

Anda dikehendaki:

1. Mencipta satu pengurusan grafik peta i-Think yang menarik mengenai definisi dan
ciri-ciri Proses Sosialisasi. (20 %)

2. Membuat perkaitan di antara proses sosialisasi dengan peranan anda sebagai guru
bagi mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar dalam bentuk grafik. (50%)

3. Membuat pembentangan mengenai isu-isu moral yang terpilih dan perkaitannya
dengan konsep asas moral atau pemikiran moral atau teori etika. (20%).

4. Membuat refleksi tentang peranan anda sebagai seorang guru bagi melaksanakan
proses sosialisasi dan elemen-elemen yang mencabar penghayatan nilai-nilai murni
di kalangan para pelajar. (10%)

Anda mungkin juga menyukai