Anda di halaman 1dari 12

Komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan

Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di


sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di
bawah satu pemerintahan), masyarakat
keseluruhannya.
Maksud Komuniti
Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang
didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan
tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling
bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang
lain.

Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai
individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling
berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup
dan benda bukan hidup yang lain.
Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran
yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia
yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah
laku.

Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-
membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling,
persaingan yang sihat dan sebagainya.
Komuniti Pembelajaran
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie
Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya
ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak
membesar dan individu-individu yang mempengaruhi
kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.

Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang
berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya.
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu
menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu
persekitaran yang paling hampir dengan individu.

Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan
sebaya, berada di sekolah, atau kawasan setaman atau
sekampung.
Sistem Mikro
Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem
mikro.
Misalnya, menghubungkan antara pengalaman
bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah;
antara pengalaman bersama keluarga dengan
pengalaman bersama rakan sebaya.
Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya
dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan
menghadapi masalah menjalin hubungan yang
positif dengan gurunya.

Sistem Meso
Sistem ekso adalah berkaitan dengan sistem politik,
media massa dan lain-lain yang secara tidak
langsungnya mempengaruhi perkembangan pelajar.
Contohnya, Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menyediakan dan menetapkan syllabus pembelajaran
sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Sistem Ekso
Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di
mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan
adat resam masyarakat.

Contohnya, adat budaya (seperti budaya Islam di
Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi
mengikut jantina.
Sistem Makro
Pembelajaran berasaskan komuniti ini melibatkan
beberapa bahagian iaitu komuniti bilik darjah yang
melibatkan rakan sebaya dan guru.

Selain itu, komuniti luar bilik darjah berkaitan
masyarakat setempat iaitu lebih meluas proses
pembelajarannya.

Pembelajaran Berasaskan Komuniti

Gotong royong kawasan sekolah
Khidmat masyarakat di rumah rumah orang tua
Membersihkan kawasan surau atau masjid
Membuat lawatan ke rumah anak anak yatim.



APLIKASI KAEDAH PEMBELAJARAN
KEPADA PELAJAR

Anda mungkin juga menyukai