Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

MUHAMMAD ASH SYAHID BIN HAJI ISMAIL


910724-14-6439
2011211340029
PISMP KAJIAN SOSIAL B JAN 2011

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah
Wacana dalam Masyarakat. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran
dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul
di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus dan kajian
tindakan yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak
memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi
kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya
telah disediakan lebih awal.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing sewaktu interaksi kuliah berlangsung. Perbincangan dan kolaborasi ini
sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya
berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara
melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan
kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa bermulanya mendapat kertas
tugasan lagi. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan tajuk yang tepat dan
baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan rujukan
dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan
dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran dalam isu
social yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya mempelajari
bahawa seseorang guru haruslah peka dan prihatin dengan permasalahan yang berlaku dalam
jiwa anak murid. Hal ini kerana, secara keseluruhannya anak-anak murid di sekolah
memerlukan bimbingan dan perhatian serta kasih sayang secukupnya untuk membawa ke jalan
yang benar. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan ilmu dan
kemahiran untuk mengambil hati murid, menjalankan suasana p&p dengan baik dan sentiasa
menjadi contoh teladan kepada anak murid. Jika seseorang guru boleh menjadi fleksibel, anak
murid akan lebih menyayangi, menghargai dan mengagumi segala yang telah dilakukan oleh
guru demi kejayaan mereka di masa hadapan.
Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah disarankan
untuk bersikap ramah mesra dan tidak terlalu garang dengan murid namun harus berpendirian
tegas agar murid tidak cuba untuk mengambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan guru.
Sebagai seorang guru juga, saya perlu menyediakan suasana p&p yang kondusif serta tidak
menekan murid untuk menarik minat murid agar terus menghadiri kelas. Seterusnya, pihak
sekolah perlu mengambil perhatian kerana kegagalan pihak sekolah menyediakan program
yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Perkara ini akan dijadikan alasan untuk ibu bapa
dan murid yang mengatakan membuang masa dan bosan ke sekolah. Sekolah sepatutnya
mengadakan program-program tertentu yang dapat menarik minat murid hadir ke sekolah
selepas peperiksaan. Sementara itu, ibu bapa pula perlu menasihati anak-anak supaya terus ke
sekolah meskipun peperiksaan telah berakhir.
Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah bijak menggunakan pendekatan tertentu
kerana murid yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 80-an dan 90-an dahulu.
Pelajar dulu lebih takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar,
tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak serta dibesarkan dengan latar belakang
keluarga yang penuh dengan kasih sayang di samping tidak mengejar kebendaan semata-
mata. Saya sebagai guru sedar bahawa murid sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang
melindunginya. Mereka juga ada kalanya mencabar kewibawaan guru. Oleh itu, kaedah
merotan, memarahi, menggantung dan membuang sekolah tidak sesuai lagi dalam kemelut
disiplin sekarang. Bahkan, merotan juga tidak dibenarkan di sekolah. Ini menunjukkan bahawa
pendekatan yang berbeza perlu diaplikasikan untuk mendisiplinkan murid.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan
ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya
haruslah bertindak lebih proaktif dan pantas dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa cepat. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya
akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan
tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai
yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa
dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat
hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran
agar lebih cekap dan prihatin apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya
dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang
demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa
yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan
tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada
saya.

Anda mungkin juga menyukai