Anda di halaman 1dari 10

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

PJM3114


Page 1


1.0 RUMUSAN ARTIKEL 1
(PHYSICAL EDUCATION AND SPORT ADAPTATION FOR STUDENT WHO ARE
HARD OF HEARING)
Artikel pertama yang saya pilih ini ditulis sepenuhnya oleh dua penulis iaitu Lori M.
Reich dan Barry Lavay pada Mac 2009. Secara keseluruhannya, artikel ini
menceritakan mengenai masalah kurang pendengaran di dalam kalangan pelajar.
Perkara-perkara seperti perbezaan kurang pendengaran dan pekak, permasalahan dan
kaedah pengajaran yang sesuai diterangkan secara terperinci di dalam artikel ini.
Menurut Gallaudet University (2007), kumpulan ini seringkali di anggap sebagai pekak
oleh masyarakat. Terdapat perbezaan ketara antara masalah kurang pendengaran dan
masalah pekak ini serta kaedah pengajaran bagi kedua-dua masalah ini juga
mempunyai perbezaan.
Masalah utama dalam pengajaran terhadap pelajar kurang pendengaran ini ialah
masalah salah faham terhadap pelajar berkenaan. Dalam artikel ini, penulis
menceritakan kisah berkenaan seorang gadis Amerika Syarikat yang bernama Leanne,
yang mengalami masalah kurang pendengaran ini. Melalui kisah yang dihadapi oleh
Leanne, sememangnya seharusnya menjadi iktibar untuk semua pihak. Masalah utama
yang berlaku ialah Leanne sendiri merahsiakan masalah kurang pendengaran dari
orang lain kerana tidak mahu digelar orang kurang upaya. Ini menjurus kepada masalah
salah faham kerana rakan-rakannya serta guru akan bertindak memarahi Leanne jika
dia tidak mendengar arahan dengan betul kerana menganggap Leanne hanya bersikap
pasif. Ini menyebabkan guru tersebut tidak menjalankan pengajaran khusus untuk
pelajar seperti Leanne seperti mana seharusnya guru tersebut lakukan. Masalah kedua
pula apabila guru menganggap alat bantuan pendengaran dapat mengembalikan
pendengaran seperti normal. Disebabkan oleh itu, guru akan menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani seperti biasa jika murid tersebut memakai alat bantuan
pendengaran. Masalah-masalah seperti inilah yang menjadikan pengajaran Pendidikan
Jasmani untuk murid berkeperluan khas seperti Leanne tidak dapat menjalankan
pengajaran.
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 2


Antara yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan jasmani adalah seperti
mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai murid yang mengalami masalah
kurang pendengaran ini. Ini membolehkan guru memahami sedikit sebanyak mengenai
masalah ini supaya mereka dapat membina strategi pengajaran yang lebih berkesan
kepada individu-individu yang terlibat ini. Selain itu, guru juga perlu bercakap dengan
murid yang terlibat secara peribadi supaya mereka dapat memahami situasi ini dan
memberi kerjasama dan membina kepercayaan dalam proses pengajaran. Ini adalah
disebabkan murid yang mengalami masalah ini selalunya lebih suka mengasingkan diri
dari proses pengajaran kerana mereka berasa bosan apabila tidak melakukan aktiviti
tersebut dengan baik. Seterusnya, guru bolehlah membahagikan kumpulan dengan
memberi kebebasan kepada murid yang bermasalah itu untuk memilih pasangan
mereka yang dirasakan selesa. Hal ini adalah memberi keselesaan sepenuhnya kepada
murid tersebut ketika menjalani aktiviti fizikal. Kedudukan guru juga amat penting
kerana murid tersebut mempunyai jarak pendengaran tertentu. Guru harus memastikan
ketika memberi arahan, dia haruslah berada di dalam jarak pendengaran tersebut.
Arahan pula perlu jelas dan diulang-ulang supaya murid tersebut tidak terlepas dari
mendengar arahan.
Kesimpulannya, murid yang mengalami masalah pendengaran ini sering disalah
anggap sebagai murid pekak. Guru harus memainkan peranan unutuk memenuhi
kehendak tertentu oleh murid kurang pendengaran ini kerana pengajaran untuk murid
kurang pendengaran ini tidak sama dengan murid pekak.






PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 3


2.0 RUMUSAN ARTIKEL 2
(DYSLEXIA AND PHYSICAL EDUCATION-OUTDOOR EDUCATION, SPORTS,
GAMES, DANCE)
Artikel kedua yang saya pilih ini telah ditulis oleh Moira Thompson yang merupakan
konsultan pendidikan di DysGuise Ltd. yang membantu individu yang mempunyai
masalah disleksia di Scotland. Artikel ini menerangkan berkenaan pelajar sekolah
menengah yang mempunyai masalah disleksia serta strategi pengajaran Pendidikan
Jasmani terhadap pelajar ini.
Masalah disleksia ini didefinisikan sebagai masalah memproses maklumat
berdasarkan bahasa. Ini memberi kesan terhadap memori jangka masa pendek,
mengenal urutan, arah dan koordinasi pelajar tersebut. Masalah ini mudah untuk
dikesan jika murid terlibat dengan pengajaran yang berasaskan penulisan dan kerja.
Tetapi jika pelajar tersebut menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani, guru sukar untuk
mengenal pasti pelajar yang mengamai masalah disleksia ini. Walaupun kelihatan
seperti normal, terdapat permasalahan yang berlaku kepda murid disleksia ini.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan pendidikan yang sama
adil untuk semua pelajarnya berdasarkan keupayaan dan kemampuan masing-masing.
Pelajar yang mengalami masalah disleksia ini juga mempunyai keperluan khas yang
tertentu yang harus dititik beratkan dalam peoses pengajaran. Sebagai contoh, Pelajar
disleksia ini tidak seharusnya bergantung kepada pengajaran berasaskan penulisan
sepenuhnya. Antara perkara utama yang guru perlu faham ialah seperti memahami
bahawa disleksia ini tidak berkaitkan dengan kebolehan fizikal pelajar. Walaupun
begitu, guru perlu memilih atau mencipta teknik pengajaran yang dapat merangkumi
kesemua keperluan pelajar di dalam kelas.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar disleksia di dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani ialah seperti kurang keyakinan diri, takut dengan situasi baru,
keliru dengan arahan samada lisan ataupun bertulis, kurang stamina dan sering
mengelak atau menyendiri. Keadaan seperti ini menyebabkan merka sering mengalami
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 4


masalkah dalam pengajaran kerana pelajar disleksia mempunyai kemahiran motor yang
tidak matang dan sering tidak peka. Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut
urutan dalam perlakuan teknik. Contohnya jika guru menujukkan teknik membaling bola
mengikut urutan, meraka mengalami masalah untuk mengikut urutan itu dengan betul.
Meraka juga sering salah faham apabila cuba memahami peraturan sesuatu
permainan.
Antara kaedah atau teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah
memperkenalkan aktiviti latihan yang dapat meningkatkan kemahiran motor. Guru juga
oleh memberi ruang untuk pelajara berlatih melalui urutan berdasarkan visual atau
demonstrasi. Selain itu juga, guru perlu mengelakkan untuk menggunakan arahan lisan
sahaja. Arahan haruslah disertakan dengan demonstrasi. Dengan menggunakan
pelajar untuk melakukan demonstrasi, pelajar disleksia ini akan lebih yakin kerana dia
yakin bahawa dia dapat melakukan apa yang rakannya dapat lakukan. Tambahan,
pengajaran juga dapat dilaksanakan dengan menggunakan warna, irama atau lagu
supaya aktiviti yang dijalankan lebih mesra dan menyeronokkan.
Kesimpulannya, pelajar disleksia ini tidak seperti masalah lain. Ianya tidak
berkaitan dengan keupayaan fizikal pelajar itu tetapi masalah utamanya ialah
pemahaman murid dalam pengajaran. Dengan kaedah pengajaran yang sesuai, pelajar
yang mengalami masalah disleksi ini juga mampu untuk bersaing seperti pelajar normal
dalam bidang sukan.






PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 5



3.0 RUMUSAN KEDUA-DUA ARTIKEL
Hasil dari pembacaan terhadap kedua-dua artikel ini, dapat saya rumuskan bahawa
terdapat pelbagai jenis murid yang mengalami masalah dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani ini dan mereka semua mempunyai tahap dan keperluan yang tertentu dan
berbeza berbanding murid lain. Dari dua artikel yang saya pilih, terdapat dua masalah
dan kedua-duanya berbeza dan tidak kritikal iaitu kurang pendengaran dan disleksia.
Tetapi kedua-dua masalah ini perlu diambil kira sebagai satu perkara yang serius
keranamereka juga merupakan murid berkeperluan khas dan memerlukan kaedah
pengajaran yang tertentu.
Berbeza dengan masalah lain yang lebih serius seperti pekak, buta atau
masalah pembelajaran yang serius seperti sindrom down, mereka ini masih boleh
melaksanakan pembelajaran bersama-sama dengan murid yang normal. Tetapi
disebabkan masalah yang dihadapi, murid yang mengalami masalah-masalah ini sukar
untuk menerima dan memahami maklumat yang disampaikan. Dari segi keupayaan
fizikal, mereka sama seperti murid normal yang lain malahan terdapat atlet yang
terkenal yang mengalami masalah seperti ini, misalnya Muhammad Ali, peninju juara
dunia dan Bruce Jenner atlet olahraga olimpik. Ini bermaksud tahap dan kemampuan
mereka adalah setanding dengan murid normal. Tetapi jika pengajaran di dalam kelas
tidak sesuai dengan murid-murid ini, mereka akan ketinggalan seperti murid-murid
berkeperluan khas yang mengalami masalah yang lebih serius.
Kesimpulannya, dengan kesedaran guru terhadap perkara ini, ianya dapat
menjadikan satu motivasi kepada murid-murid berkeperluan khas ini apabila mereka
mampu bersaing dengan murid normal lain secara adil. Penglibatan mereka di dalam
sukan akan meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang yang lain.


PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 6




4.0 RUMUSAN PENGAJARAN
Sewaktu menjalankan praktikum fasa 2 saya telahpun ditugaskan untuk mengadakan
pengajaran khusus terhadap murid yang berkeperluan khas bagi memenuhi tugasan
bagi subjek Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114). Saya bersama-sama rakan saya
Mohd Hazwan Akmal Bin Ismail telahpun merancang dan melaksanakan pengajaran
tersebut. Pengajaran tersebut telahpun direkodkan. Disebabkan Sekolah saya tidak
mempunyai kelas untuk murid pendidikan khas, saya telah menggunakan kelas
pemulihan kerana murid dari kelas ini mempunyai masalah pembelajaran yang hampir
sama dengan murid lembam malahan terdapat beberapa orang murid yang
sememangnya mempunyai masalah seperti lembam dan hiperaktif. Sepanjang proses
pengajaran, saya telah mempelajari teknik yang sesuai untuk digunakan. Saya
mengambil masa yang agak lama untuk mengenal pasti teknik yang sesuai itu. Saya
terpaksa menjalankan pengajaran beberapa kali sebelum berjaya mengawal kelas
dengan baik untuk pengajaran yang direkodkan. Perkara-perkara sebegini amat penting
dalam persediaan menghadapi dunia perguruan kelak.
Kelemahan
Sewaktu pengajaran berlangsung, terdapat beberapa perkara yang berlaku dan boleh
dianggap sebagai satu kelemahan. Kelemahan inilah yang saya sepatutnya lihat dan
betulkan kembali supaya dapat menjadi kekuatan untuk saya kelak.
Kelemahan yang terdapat dalam pengajaran saya keadaan padang yang agak basah
dan licin menyebabkan beberapa aktiviti tidak dapat dilaksanakan kerana aktiviti-aktiviti
tersebut memerlukan murid untuk berbaring di atas padang. Oleh disebabkan itu,
pengajaran menjadi sedikit terganggu dan aktiviti ganti yang dilakukan adalah hasil
ubahsuai dari aktiviti pertama. Ini menyebabkan murid kelihatan bosan dan kurang
berminat dengan aktiviti yang hampir sama itu.
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 7


Kelemahan lain yang terdapat dalam pengajaran saya ialah gangguan dari pihak luar.
Disebabkan pengajaran pendidikan jasmani untuk sekolah petang diadakan pada waktu
petang, dan murid-murid tahap dua yang bersekolah pada sebelah pagi turut
menggunakan padang tersebut untuk bermain. Ini mengganggu pengajaran sedikit-
sebanyak kerana seperti yang sedia maklum, murid-murid lelaki sangat menyukai
permainan bola sepak. Dan apabila pihak luar ini bermain bola sepak semasa
pengajaran saya, murid-murid yang terlibat dengan pengajaran saya bertindak dengan
melihat murid tahap dua tersebut bermain bola sepak.
Kekuatan
Walaupun pengajaran saya terdapat beberapa kelemahan yang berlaku, ada juga
beberapa perkara yang dapat diambil sebagai satu kekuatan dalam pengajaran
tersebut.
Antaranya ialah dengan memasukkan unsur permainan dalam setiap aktiviti. Dengan
menggunakan elemen permainan, ini sememangnya menyebabkan timbnul persaingan
yang sihat antara setiap kumpulan. Setiap kumpulan ini akan mencuba sehabis baik
bagi memenangi permainan tersebut. Dengan ini, murid akan terlibat dengan aktiviti
secara lebih aktif. Ini sememangnya membantu saya untuk memastikan murid berminat
dengan aktiviti yang dijalankan supaya pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
Selain iu juga, pengajaran terhadap murid-murid kelas pemulihan ini memerlukan saya
untuk memberi arahan yang jelas. Dalam pengajaran ini, arahan yang diberikan oleh
saya lantang dan jelas. murid-murid yang terlibat dengan pengajaran ini dapat
mendengar dengan jelas. arahan yang jelas sememangnya menjadi teras kepada
pengajaran yang berkesan. Dengan arahan yang jelas ini. Murid akan lebih mudah
untuk memahami apa yang perlu dilakukan dan perkara ini akan menyebabkan proses
pengajran menjadi lebih mudah dan berkesan.
Penambahbaikan
Untuk mewujudkan proses pengajaran yang berkesan, segala kelemahan yang berlaku
perlulah diperbaiki dan segala kekuatan yang terdapat perlulah ditambahbaik.
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 8


Antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ialah dari segi pemilihan tempat yang
sesuai untuk aktivit yang akan dilaksanakan. Saya sepatutnya memikirkan segala
kemungkinan yang akan berlaku. Dengan pemilihan tempat yang sesuai ini, ianya dapat
mengelakkan masalah yang berlaku semasa pengajaran saya iaitu aktiviti tidak dapat
dilaksanakan oleh kerana padang basah. Sebagai contoh, dengan memilih dewan
tertutup sebagai lokasi untuk melaksanakan pendidikan jasmani, saya dapat
menjalankan kesemua aktiviti yang dirancang tanpa masalah.
Perkara lain yang dapat ditambah dalam pengajaran saya ialah penggunaan elemen
muzik dalam aktiviti. Dengan memasukkan elemen muzik dalam pengajaran, murid
akan lebih berminat dan menyukainya aktiviti yang dijalankan. Ini akan membantu murid
untuk menarik minat murid dan mengawal kelas dengan lebih baik dan mudah. Sebagai
contoh, guru membuat aktiviti memanaskan badan dengan muzik. Murid akan lebih
bersedia untuk menjalakan aktiviti yang seterusnya. Guru boleh memberi arahan untuk
murid mendengar arahan dengan baik dan selagi murid tidak mendengar arahan,
aktiviti seterusnya tidak akan dilaksanakan.
Dengan penambahbaikan ini, pengajaran guru akan menjadi lebih menarik dan efektif.
Murid-murid akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menjalani kelas Pendidikan
Jasmani.








PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114


Page 9














PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
PJM3114

Page
10



Menyusun alatan untuk pengajaran


Memberi arahan semasa pengajaran

Anda mungkin juga menyukai