Anda di halaman 1dari 6

1

BAHAGIAN A. JAWAB SEMUA SOALAN.


1. Pemilik Syarikat Komputer Maju
menjual dua puluh buah komputer
kepada SMK Sulaiman secara tunai.
Tunai yang diterima direkodkan sebagai
hasil. Tiada catatan lain yang dibuat
dalam bukunya. Apakah konsep
perakaunan yang tidak dipatuhi oleh
pemilik Syarikat Komputer Maju?
A. Catatan bergu
B. Entiti berasingan
C. Wang sebagai ukuran
D. Asas perakaunan akruan

2. X disediakan dengan memasukkan
semua baki akaun yang telah disemak,
dikemas kini dan yang tidak
memerlukan pelarasan. Apakah X?
A. Lejar
B. Imbangan duga
C. Buku catatan pertama
D. Imbangan duga terlaras

3. Butiran manakah yang merupakan aset
Syarikat Elektrik Sheng Heng?
A. Penghawa dingin yang digunakan di
pejabat
B. Penerimaan membaiki penghawa
dingin pelanggan
C. Bayaran kepada pemiutang untuk
penghawa dingin yang dibeli
D. Penghawa dingin persendirian yang
dibawa masuk untuk kegunaan
pejabat

4. Apakah tujuan akaun kontra
disediakan?
A. Mendapatkan nilai bersih jualan
B. Mendapatkan nilai belian kredit
C. Menyeimbangkan akaun-akaun
dalam lejar Am
D. Mendapatkan nilai bersih bagi
akaun-akaun induk

5. Apakah dokumen yang digunakan
dalam urus niaga tunai?
A. Invois
B. Nota debit
C. Nota kredit
D. Baucar bayaran

6. Apakah rekod perakaunan yang
digunakan oleh Syarikat Murni untuk
merekod nota kredit yang dikeluarkan
oleh kerani akaunnya?
A. Akaun jualan
B. Akaun pulangan jualan
C. Jurnal pulangan masuk
D. Jurnal pulangan keluar

7. Maklumat berikut diperoleh daripada
Syarikat Waida.
Syarikat Waida membeli barang niaga
daripada Syarikat Zainee dan menerima
diskaun niaga sebanyak 15%
Berapakah hutang Syarikat Waida
kepada Syarikat Zainee?
A. RM2748
B. RM14042
C. RM16520
D. RM18998

8. Apakah tujuan diskaun niaga diberi?
A. Mengelakkan hutang lapuk
B. Menggalakkan pembeli membayar
dengan segera
C. Menggalakkan pembeli membeli
secara pukal
D. Mengingatkan pembeli tentang
hutangnya

2

9. Salinan nota kredit digunakan oleh
peniaga sebagai sumber maklumat bagi
merekod butir
A. Jualan dalam jurnal jualan
B. Belian dalam jurnal belian
C. Pulangan belian dalam jurnal
pulangan belian
D. Pulangan jualan dalam jurnal
pulangan jualan

10. Maklumat berikut diperoleh daripada
Kedai Buku Kita.
RM 380 diambil dari bank untuk
kegunaan perniagaan
Apakah catatan yang dibuat dalam Buku
Tunai untuk merekod urus niaga
tersebut?
A. Debit ruangan tunai RM380, kredit
ruangan bank RM380
B. Debit ruangan bank RM380, kredit
ruangan tunai RM380
C. Debit ruangan tunai RM380, kredit
ruangan tunai RM380
D. Debit ruangan bank RM380, kredit
ruangan bank RM380

11. Akaun manakah yang digunakan untuk
mencatat urusniaga yang tidak
dibukukan atas nama firma atau
individu?
A. Akaun Nyata
B. Akaun Nominal
C. Akaun Perorangan
D. Akaun Bukan Perorangan

12. Apakah fungsi Imbangan Duga?
A. Menghitung jumlah modal
B. Menguji ketepatan catatan bergu
C. Mengira untung kasar dan untung
bersih
D. Menunjukkan kedudukan kewangan
perniagaan

13. Butiran manakah yang direkodkan
sebagai belanja dalam Penyata
Pendapatan?
i. Hutang lapuk
ii. Stok alat tulis
iii. Hutang lapuk terpulih
iv. Belanja susut nilai perabot
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iv
D. iii dan iv

14. Pemilik Pusat Tarian Moden telah
membayar sewa tahunan kedainya
sebanyak RM2640 pada 31 Mei 2012.
Tempoh perakaunannya berakhir pada
31 Disember 2012. Berapakah jumlah
sewa bagi tahun 2012?
A. RM1100
B. RM1320
C. RM1540
D. RM2640

15. Mengapakah peniaga perlu mengawal
aliran masuk dan aliran keluar tunai?
A. Untuk mengetahui untung atau rugi
perniagaan
B. Untuk mengelakkan
penyelewengan dan kehilangan
tunai
C. Untuk menyemak ketepatan
perekodan urus niaga dalam lejar
D. Untuk menyesuaikan baki tunai di
penyata bank dan di buku tunai




3

16. Pernyataan manakah yang bukan ciri-
ciri kawalan tunai?
A. Lebihan tunai mesti dibankkan pada
hari yang sama
B. Pekerja yang sama perlu
mengendalikan dan merekodkan
urus niaga tunai
C. Semua urus niaga penerimaan dan
pembayaran tunai disokong dengan
dokumen
D. Tunai yang berlebihan dilaburkan
untuk mendapat pulangan yang
menguntungkan

17. Apakah item yang tidak direkodkan
dalam penyata bank?
A. Caj bank
B. Buku Cek
C. Pindahan kredit
D. Cek belum dikreditkan

18. Pada 18 Mei 20X4, pengurus
Perniagaan Tekun telah mendepositkan
cek berjumlah RM3400 yang diterima
daripada penghutang ke dalam bank.
Kerani akaun perniagaan itu telah
mencatatkan cek itu sebagai RM4300
dalam buku tunai. Bagaimanakah
kesilapan ini direkodkan apabila buku
tunai dikemaskinikan?
A. Debit buku tunai RM900
B. Kredit buku tunai RM900
C. Debit buku tunai RM3400
D. Kredit buku tunai RM3400







19. Apakah dokumen yang terlibat dalam
urusan pembayaran gaji pekerja?
A. Resit
B. Memo
C. Slip gaji
D. Nota debit


20. Apakah yang dimaksudkan dengan gaji
kasar?
A. Gaji pekerja tanpa elaun dan bonus
B. Gaji pekerja sebelum potongan
dibuat
C. Gaji pekerja termasuk caruman
PERKESO
D. Gaji pekerja yang ditawarkan dalam
surat pelantikan
















4

BAHAGIAN B. JAWAB SEMUA SOALAN.
1. Encik Zan merupakan pemilik sebuah perniagaan Zan Enterprise yang menjalankan perniagaan
di Manjong Perak. Berikut adalah baki-baki akaun yang diperoleh daripada buku-buku
perniagaannya pada 30 Jun 2013.

BUTIRAN DEBIT KREDIT

Stok 1 Julai 2012
Belian dan Jualan
Kenderaan (Kos)
Lengkapan (Kos)
Pulangan
Ambilan
Pinjaman bank
Sewa
Kadar bayaran
Angkutan masuk
Faedah atas pinjaman
Hutang lapuk
Peruntukan susut nilai-kenderaan
Peruntukan susut nilai lengkapan
Gaji
Penghutang dan Pemiutang
Peruntukan hutang ragu
Modal
Bank

RM
19000
58700
40000
10000
400
1200

9000
750
320
500
340


3800
20500


1740


RM

86000


1000

20000





8000
1000

10000
250
40000

166250 166250

MAKLUMAT TAMBAHAN:
i. Stok pada 30 Jun 2013 bernilai RM28400 pada harga pasaran dan RM 28500 pada harga
kos.
ii. Sewa tahunan ialah RM9600
iii. Faedah atas pinjaman adalah 5% setahun.
iv. Hutang lapuk pada 30 Jun 2013 yang berjumlah RM500 belum dicatatkan dalam mana-
mana buku.
v. Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada 2% atas penghutang.
vi. Susut nilai kenderaan ialah 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan . Susut nilai
lengkapan ialah 10% setahun atas kos.
Anda dikehendaki menyediakan :
a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2013. [9markah]
b) Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2013. [8 markah]

5

2. a. Encik Donovan, pemilik Perniagaan Elektrik DN telah menerima Penyata Bank untuk
bulan Mei 2011. Beliau mendapati bahawa baki penyata bank berbeza dengan baki buku
tunainya.
Berikut ialah Buku Tunai dan Penyata Bank perniagaannya.



































Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2011 tanpa
mengemaskinikan Buku Tunai. [6 markah]
6

b. Encik Sam ialah eksekutif sumber manusia di Syarikat Pelita. Beliau memberi maklumat-
maklumat berikut :
RM
Gaji pokok 2000
Elaun bulanan 500
Kerja lebih masa 750
PERKESO 20
Potongan Cukai Berjadual 35
Insurans 45
Caruman KWSP bagi pekerja ialah 9% manakala bagi majikan ialah 12%.
Anda dikehendaki mengira :
a) Gaji Kasar [2 markah]
b) Caruman KWSP bagi pekerja [1 markah]
c) Caruman KWSP bagi majikan [1 markah]
d) Gaji Bersih [3 markah]


KERTAS SOALAN TAMAT

Usaha tanpa doa itu sombong, doa tanpa usaha itu bohong.

Anda mungkin juga menyukai